Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik
Pegawai Tadbir Diplomatik M41 menjadi jawatan idaman majoriti graduan yang mahu berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Atas faktor gaji, kemudahan kenaikan pangkat dan lain-lain kelebihan yang dinikmati kakitangan kerajaan, jawatan PTD ini mempunyai nilai yang lebih eksklusif iaitu PRESTIJ.
Apa yang lebih menggiurkan adalah jawatan tertinggi perkhidmatan awam iaitu Ketua Setiausaha Negara adalah menjadi hakmilik tetap dan mutlak Pegawai PTD. Selain itu jawatan di kedutaan termasuk duta negara juga menjadi antara jawatan yang dijawat oleh pegawai gred M41 ini
Tidak hairanlah senarai tugas pegawai tadbir M41 ini sangat mencabar dan memerlukan persediaan diri yang tinggi
Skop Kerja Pegawai Tadbir Diplomatik
Pegawai PTD bertugas pada skop pengurusan tinggi pengurusan. Senarai tugas mereka mempunyai skop yang mendalam dan terlibat secara langsung dalam merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam pengurusan negara. Sebab itu proses tapisan dan laluan jawatan ini lebih sukar berbanding jawatan yang lain.
Jawatan ini untuk tahun 2013 dan mungkin 2014 juga harus melalui satu peringkat tapisan lantikan yang dinamakan Kadet PTD. Dalam peringkat ini mereka perlu menduduki dan lulus Diploma Pengurusan Awam (DPA). Program ini wajib diambil oleh semua Kadet PTD dan ianya mengambil masa selama 7 bulan
Semua ini adalah persediaan untuk mereka bersedia untuk menjalankan tugas dalam skop kerja pegawai tadbir diplomatik iaitu merancang, mengurus dan melaksanakan dasar
Bidang Tugas Pegawai Tadbir
Dirangkumkan, ada lapan (8) bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik ini. Seperti yang ditetapkan pegawai PTD terlibat secara terus kepada;
- Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi
- Pengurusan Kewangan
- Keselamatan dan Pertahanan Negara
- Pengurusan Teknologi Maklumat
- Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur
- Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
- Pengurusan Ekonomi
- Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri
Jika anda mendapat panggilan ke peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik, pastikan ambiil peluang ini dan cuba buat persediaan yang rapi. Persediaan perlu kerana anda harus tahu yang persaingan untuk jawatan ini amat tinggi dan ianya menjadi idaman majoriti graduan. Lihat sahaja tugas pegawai tadbir diplomatik ini dan bagaimana ianya meletakkan penjawatnya pada status panjawat awam tertinggi
Untuk peperiksaan online, anda boleh baca artikel Contoh Soalan PTD ini mendapat gambaran yang lebih jelas
adyeadimsa says
Apakah lingkungan kerja sebagai pegawai tadbir diplomatik? suasana kerja bagaimanakah kerjaya ini? kerjaya ini memerlukan kelebihan dari segi apa?
ctfand says
Bukan calang2 orang yang berjaya dipilih menjadi PTD.. tahniah buat anda yg terpilih..
Muhammadfarizbinnordin says
Ye le China…10000 components free” bumiputra 90. Puny a psalm cengsel hahahahahah
AHMAD NAZRIN FAIZ BIN MOHD SHUAIMI says
Alhamdulillah, saya LULUS ujian pertama ini. Many many thanks to TimInfokerjaya diatas contoh2 yang diberikan. Sedikit sebanyak dapat membantu dalam menjawab soalan. Apapun do keep in touch kalau ada tips2 yang boleh digunakan dalam sessi temuduga nanti… In Sha Allah.
Jazaka Allah Khair..
zalnun says
Terima tim infokerjaya di atas perkongsian maklumat dan info PTD. Terbaik 🙂
–> bit.ly/panduanPTD2014