10 tips balik kampung musim raya
Tips perjalanan balik kampung di musim perayaan sentiasa menjadi perhatian menjelang Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas. Banyak tips dan panduan yang boleh dijumpai di internet termasuklah tips memandu balik kampung dan tips keselamatan balik kampung. Mari lihat 10 tips balik kampung musim raya yang sudah diringkaskan sebagai peringatan bersama.
1. Matikan suis elektrik di rumah. Periksa peralatan elektrik di rumah atau di pejabat anda. Pastikan suisnya sudah dimatikan dan plug dicabut dari soket. Jika anda mempunyai pemanas air di rumah, padamkan dahulu untuk mengelakkan airnya kering dan terbakar. Jika peti ais rumah anda tidak mempunyai makanan mentah atau basah, tutup suisnya untuk menjimatkan elektrik.
2. Tutup kepala tong gas. Jika anda memasak di rumah dengan gas silinder, pastikan anda tutup kepala tong gas dengan penutup untuk mengelakkan kebocoran gas daripada berlaku.
3. Kebersihan kolah. Untuk mengelakkan sebarang pembiakan nyamuk, letakkan ubat jentik-jentik di kolah atau bekas simpanan air di rumah anda.
4. Simpan barang berharga dengan baik. barang berharga seperti barang kemas, buku bank, geran rumah, geran kereta dan apa sahaja yang berharga di tempat yang selamat.
5. Pastikan rumah berkunci. Periksa kunci di pintu rumah, pintu bilik dan pintu pagar rumah anda. Ambil inisiatif untuk pastikan semua kunci masih berfungsi dengan baik. Jika anda pengawal keselamatan sekali pun anda tidak boleh leka dan terlalu bergantung kepada mereka. Jika anda memasang alat keselamatan seperti siren dan kamera litar tertutup, pastikan ia mempunyai bekalan kuasa yang cukup untuk berfungsi.
6. Pasang lampu rumah. Jika anda mahukan keselamatan rumah yang terjamin, pasang lampu automatik yang boleh menyala di waktu gelap dan padam di waktu matahari menyinar. Jadi orang yang lalu lalang di rumah anda akan fikir ada orang di rumah.
7. Bersihkan rumah dari sampah. Sebelum balik kampung musim raya, buang sampah sarap yang boleh mengeluarkan bau busuk. Jika tidak banyak serangga seperti semut dan lalat yang datang bertandang ke rumah anda.
8. Bawa telefon bimbit. Hari ini telefon bimbit bukan seperti telefon yang dahulu. Boleh dikatakan ia seperti tempat bergantung. Ia akan memudahkan anda untuk dihubungi dan menghubungi orang lain. Pastikan bil atau kredit mencukupi untuk membuat panggilan dan melayari internet. Jangan lupa bawa powerbank, kalau tak kena berebut dengan saudara-mara nak caj telefon.
9. Servis kenderaan. Periksa kondisi enjin kenderaan anda. Periksa tekanan dan bunga tayar, gas penyaman udara, pengelap cermin dan lampu berfungsi dengan baik. Periksa paras air bateri kereta dan paras minyak hitam enjin.
10. Pakaian untuk bercuti. Balik kampung jangan lupa bawa pakaian terutamanya baju yang nak dipakai ketika sambutan raya nanti. Beli mahal-mahal sampai bersesak-sesak di Jakel, Jalan Tun Abdul Rahman dan butik Fareeda tapi lupa bawa balik memang haru. Tak dapatlah nak bergaya depan saudara-mara sambil sembang harga tudung dan jubah Leeyanarahman yang dibeli.
Leave a Reply