100 soalan yang biasa ditanya dalam temuduga
Dalam sesuatu sesi temuduga, ada banyak jenis soalan yang biasa ditanyakan kepada calon yang hadir. Ada sebahagian soalan yang seakan-akan sama tetapi berada dalam kategori yang berbeza. Kami di Infokerjaya berusaha dengan gigih bagi mengumpulkan 100 soalan yang biasa ditanya dalam temuduga untuk dijadikan rujukan.
Soalan temuduga asas
1. Beritahu kami tentang diri anda?
2. Apakah kekuatan diri anda?
3. Apakah kelemahan diri anda?
4. Mengapa anda mahukan kerjaya ini?
5. Apa yang anda mahu capai dalam karier anda 5 tahun dari sekarang?
6. Apakah syarikat yang ideal bagi anda?
7. Apa yang menarik perhatian anda dalam syarikat ini?
8. Mengapa kami patut ambil anda?
9. Apa yang anda gemar mengenai kerjaya anda sebelum ini?
10. Di manakah anda rasa berpuas hati dengan kerjaya anda?
11. Apa yang anda boleh lakukan untuk kami yang calon lain tidak boleh?
12. Apakah tanggungjawab anda dalam kerjaya sebelum ini?
13. Mengapa anda meninggalkan kerja yang sekarang?
14. Apa yang anda tahu mengenai industri ini?
15. Apa yang anda tahu mengenai syarikat kami?
16. Adakah anda bersedia untuk dihantar ke mana-mana?
17. Ada sebarang soalan untuk saya?
Soalan temuduga sikap
18. Apakah projek terakhir yang anda jalankan, dan apakah hasilnya?
19. Berikan saya contoh masa yang anda rasakan anda boleh hadir dan dipanggil kerja untuk menjalankan tugasan.
20. Terangkan bilakah hasil kerja anda telah dikritik?
21. Adakah anda berada di dalam sebuah kumpulan yang seseorang tidak bekerjasama bersama anda? Bagaimana anda mengendalikannya?
22. Beritahu kami bilakah anda perlu memberi sebuah maklumbalas yang sukar? Bagaimana anda mengendalikannya?
23. Apakah kegagalan anda yang terbesar, dan apakah yang dapat anda pelajari darinya?
24. Apakah yang mengganggu anda mengenai orang lain, dan bagaimana anda menguruskannya?
25. Jika anda merupakan ketua jabatan dan diminta untuk melakukan sesuatu yang anda tidak setuju, apa tindakan anda?
26. Apakah saat yang paling sukar dalam hidup anda, dan bagaimana anda berhadapan dengannya?
27. Berikan contoh di mana anda membuat satu kesilapan, bagaimana anda menguruskannya?
28. Kongsikan dengan kami di mana anda perlu menghadapi konflik dalam kerja.
29. Jika anda berada di sebuah jamuan makan tengahari dan anda memesan menu yang jarang ditemui, apakah yang perlu anda lakukan?
30. Sekiranya syarikat anda melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang seperti penipuan, apakah tindakan anda?
31. Apakah tugasan yang sukar bagi anda, dan bagaimana anda menyelesaikannya.
32. Apakah keputusan yang paling sukar anda lakukan 2 tahun yang lepas, dan bagaimana anda menyelesaikannya?
33. Terangkan bagaimana anda mengendalikan pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan sebelum meninggalkan pejabat, dan agak mustahil untuk anda selesaikannya.
Soalan temuduga gaji
34. Gaji yang bagaimana anda cari?
35. Bagaimana sejarah gaji anda?
36. Adakah dengan gaji ini anda mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik?
37. Adakah anda sanggup dipotong gaji jika kualiti kerja anda menurun?
Soalan temuduga perkembangan kerjaya
38. Apakah yang anda cari dalam perkembangan karier anda?
39. bagaimana anda mahu meningkatkan diri anda untuk tahun berikutnya?
40. Apakah matlamat anda sekiranya anda berjaya mendapatkan kerja ini?
41. Sekiranya kami memohon untuk ketua jabatan anda terdahulu untuk memberikan latihan atau pendedahan, apa yang boleh beliau cadangkan?
Soalan temuduga bagaimana bermula
42. Bagaimana anda membina kredibiliti yang pantas di dalam kumpulan?
43. Berapa lama anda mengambil masa untuk memberikan sumbangan yang signifikan?
44. Apa yang dapat anda lihat dalam diri anda dalam masa 30 hari yang pertama semasa bekerja?
45. Jika terpilih untuk jawatan ini, bolehkan anda terangkan strategi untuk 90 hari yang pertama?
Soalan temuduga tambahan tentang diri anda
46. Bagaimana anda menerangkan cara kerja anda?
47. Bagaimana persekitaran kerja yang anda perlukan?
48. Apakah teknik yang anda gunakan untuk memastikan kerja anda terurus?
49. Sekiranya anda perlu membuat pilihan, siapakah orang yang bakal anda pilih untuk membantu anda sama ada “big-picture person” atau “detail-oriented person”?
50. Beritahu kami apakah pencapaian anda yang paling dibanggakan?
Senarai 100 soalan yang biasa ditanya dalam temuduga ini akan bersambung dalam artikel di sini.
Oh Kerjaya says
MasyaAllah banyak juga ya, terima kasih admin kerana sudi berkongsi 🙂
Boleh rujuk sini untuk tahu Soalan Terbaik Untuk Ditanya Kepada Penemuduga;
https://ohkerjaya.com/persediaan-temuduga/soalan-terbaik-untuk-ditanya-kepada-penemuduga/#axzz3Qr0knl3k
akubiomed says
Sudah boleh bersedia dengan menjawab 100 soalan diatas.