Masalah pengangguran masih menjadi ‘mimpi ngeri’ graduan. Kerjaya kerajaan menjadi pilihan utama kebanyakan graduan dan setiap tahun lebih 1 juta graduan membuat permohonan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Data permohonan dan pengambilan untuk tahun 2010 – 2012 boleh dikatakan agak menyedihkan.
Tiada hak untuk mana-mana pihak menyalahkan graduan dalam memilih kerjaya dan menjadikan SPA sebagai sumber utama impian mereka. Graduan yang mempunyai kelayakan sentiasa merasakan yang ianya adalah milik mereka tetapi graduan harus ingat kerja kerajaan adalah satu jawatan rebutan. Mereka harus melengkapkan diri dengan saranan yang dibuat oleh Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi SPA. Kriteris ini didedahkan ketika mengumumkan peluang 100,000 kekosongan jawatan kerajaan
Isu pengangguran ini termasuk dalam skop keutamaan penyelesaian oleh pihak kerajaan. Dalam Strategi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, fokus ‘Mendaya Modal Insan’ adalah tersenarai dalam fokus pertama kerajaan. Pelbagai inisiatif disediakan untuk menyiapsediakan graduan dalam dunia pekerjaan.
Penulis berada bersama dalam sesi perbincangan bersama wakil pihak berwajib untuk memberikan input tambahan dalam fokus ini. Antara ‘touch point’ yang dirangka oleh kerajaan dalam menjayakan kerangka ini adalah seperti gambar fail ini;
Graduan perlu kreatif dan kritis. Ambil peluang menambah nilai diri. Ambil peluang yang disediakan kerajaan. Tingkatkan kualiti diri untuk bersaiang di alam pekerjaan!
Leave a Reply