5 kesilapan resume yang buat majikan rasa terbakar
Dalam proses mencari pekerjaan, ada banyak aspek yang perlu ditekankan. Maklumlah sebagai pemburu kerja, anda harus berhati-hati ketika membuat permohonan kerja. Bermula dari menghantar resume, temuduga dan tempoh percubaan, anda sememangnya diperhatikan oleh majikan. Ketelitian perlulah dijaga supaya kadar kesilapan dapat dikurangkan semaksimum yang boleh. Mari kita lihat 5 kesilapan resume yang buat majikan rasa terbakar.
1. Salah ejaan dan tatabahasa. Barangkali anda menaip dalam perisian yang ada fungsi auto-correct di dalamnya. Anda menaip di dalam bahasa Melayu tetapi fungsi tersebut telah menukarkan perkataan yang dirasakan salah. Selain itu anda mungkin tidak sedar akan kesilapan ejaan yang ditaip. Soal tatabahasa juga mengambil peranan yang penting. Usah gunakan bahasa pasar, jika tidak anda bakal dituduh “tak reti bahasa”. Jangan pandang rendah pada penggunaan bahasa di dalam resume. Apa yang anda tulis mencerminkan sikap anda.
2. Tidak masukkan ayat yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Lihat kembali perkara-perkara yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Apakah kriteria jawatan, skop kerja yang bakal dilakukan dan yang paling penting bagaimana anda hendak jadikan informasi tersebut menjadi ayat dalam resume anda.
3. Resume tidak dikemaskini. Maklumat di dalam resume anda hanya memaparkan informasi kerjaya anda yang sudah lapuk. Barangkali resume tersebut pernah anda gunakan semasa memohon pekerjaan yang pertama mahu pun yang kedua. Baik kemahiran dan pencapaian serta skop kerjaya sudah pasti tidak sama dengan apa yang anda miliki hari ini. Letakkan pencapaian anda yang terkini supaya majikan dapat melihat kepekaan anda dengan kemajuan hari ini.
4. Terlalu banyak maklumat. Melihat kepada kekuatan syarikat yang dimiliki oleh bakal majikan, anda berasa yakin untuk berkhidmat di situ. Jadi anda cuba untuk mempamerkan kesemua kekuatan dan kelebihan diri yang ada. Awas, tindakan ini bakal menjerat anda. Resume anda mungkin menjadi terlalu panjang dan maklumat yang diberikan akan membuat pembaca berasa bosan untuk membacanya. Jadi anda perlu menapis segala maklumat dan hanya perlu menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon sahaja.
5. Objektif resume tidak menepati jawatan. Kriteria jawatan yang dipohon adalah kunci utama bagaimana anda menulis resume anda. Maklumat jawatan boleh anda perolehi dari iklan jawatan kosong yang dipaparkan. Sekiranya anda kurang pasti, telefon sahaja pihak majikan supaya mereka dapat membantu anda mendapatkan maklumat kerjaya tersebut.
Jika bermula dari resume pun sudah tidak serius, bakal majikan anda mungkin lempar sahaja resume anda ke bakul sampah. Ini semua boleh berlaku kerana beliau rasa anda tidak bersungguh-sungguh untuk memohon pekerjaan. Tiada majikan yang ingin mengambil pekerja yang tidak serius kerana ini hanya akan merugikan syarikat.
Sekiranya anda tidak mahu ini semua terjadi, terus dapatkan panduan penulisan resume di bawah ini :
Leave a Reply