3 peringkat temuduga kerja kerajaan
Dalam sesi temuduga khususnya temuduga kerja kerajaan, ianya berjalan dengan beberapa peringkat. Peringkat ini diwujudkan untuk memudahkan sesi temuduga kerja kerajaan berjalan dengan lancar di samping membantu calon-calon temuduga bersiap sedia dengan sepenuhnya. Berikut ialah 3 peringkat temuduga kerja kerajaan yang biasanya dijalankan.
Penemuduga akan meminta anda memperkenalkan diri dan latar belakang akademik termasuk sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi. Nyatakan nama syarikat dan pengalaman kerja yang pernah anda miliki termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan jawatan yang anda pohon.
Bercerita mengenai latar belakang keluarga, adik beradik dan kampung memperlihatkan anda seperti individu yang tidak matang. Penemuduga akan melihat sejauh mana tahap fokus anda dengan kaitan jawatan yang dipohon.
Peringkat pertama temuduga
Panel temuduga akan bertanyakan soalan berdasarkan jawapan yang diberikan calon sebagai cara pengembangan soalan. Salah satu aspek yang bakal ditanya ialah keputusan akademik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuklah subjek atau mata pelajaran yang dipelajari.
Sekiranya anda memohon jawatan sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 atau Peguasa Kastam Gred W41, maka anda akan ditanyakan subjek atau mata pelajaran yang berkaitan dengannya contohnya pengurusan organisasi atau penyelesaian masalah. Penglibatan anda dalam bidang ko-kurikulum turut memainkan peranan untuk menyokong jawapan anda.
Anda sebagai calon perlu mengemukakan jawapan yang berkaitan. Berikan poin-poin yang boleh menguatkan lagi jawapan anda. Ini tidak terkecuali dengan tugas atau kerja yang anda lakukan sekarang.
Anda mungkin sedang bekerja sebagai seorang juruwang di sebuah pasaraya sementara mendapat tawaran yang setimpal dengan kelayakan anda. Sekarang anda memohon untuk menjadi Akauntan W41 atau Penolong Akauntan W27. Anda perlu menghubungkan pengalaman kerja sebagai juruwang dengan skop kerja jawatan yang dipohon. Dengan pengalaman kerja tersebut, ia sudah mendedahkan anda kepada atmosfera kerja, mengurus, mengaudit dan melaporkan kepada ketua yang bertugas.
Kenapa minta kerja kerajaan walau sudah ada kerja?
Sudah ramai yang sedia maklum tentang kelebihan kerja kerajaan. Namun anda harus menjawab dengan soalan yang mencerminkan kematangan anda. Panel penemuduga akan menilai sama ada anda serius atau sekadar lompat-lompat kerja. Jawapan yang tidak matang bakal menjerat diri sendiri. Elakkan daripada anda dilabelkan sebagai orang yang tidak setia, kejar pangkat, mengejar gaji tinggi, kurang kemahiran khusus atau interpersonal.
Peringkat kedua temuduga
Pada peringkat ini, panel penemuduga akan membuat penilaian kepada kemahiran pengetahuan anda dengan skop kerja yang diminta. Selain itu, gerak gaya anda menjawab turut diambil kira. Kaedah anda membentangkan jawapan menerusi gerakan mata, gaya tangan ketika bercakap, kadar yakin ketika soalan dijawab dan bagaimana anda menunjukkan minat pada kerjaya yang dipohon.
Kelemahan yang dikesan di kalangan graduan
Menjawab soalan tanpa rujukan fakta adalah satu kelemahan. Ini membuatkan anda menjawab dalam keadaan yang tidak yakin. Lakukan kajian dengan merujuk kepada beberapa fakta yang boleh menyokong jawapan anda. Biar pun anda tidak boleh menjawab dengan tepat, anda masih boleh menggunakan fakta yang berkaitan sebagai sandaran.
Ada sebahagian soalan yang meminta pandangan anda secara bebas. Anda perlukan jawapan yang menampilkan keyakinan anda disusuli dengan riak wajah dan gerakan tangan. Kenali soalan-soalan yang bakal mengubah jawapan dan keyakinan anda dari panel penemuduga. mereka mungkin akan memprovokasikan anda.
“Anda tidak memiliki kelayakan untuk menjawat kerja yang dipohon”.
Seharusnya anda berikhtiar untuk menenangkan diri. Jika tidak bagaimana anda nak berhadapan dengan situasi yang lebih mencabar di masa hadapan? Anda perlu bertindak untuk menonjolkan bakat untuk memberikan sumbangan. Tampilkan keghairahan untuk belajar dan elakkan penggunaan perkataan yang boleh mensabotaj diri sendiri.
Sebahagian besar panel temuduga mahu menilai bakat untuk dipertimbangkan pada jawatan yang dipohon. Anda tidak perlu menjadi hebat tapi jadilah seorang calon yang berbakat. Semasa ditemuduga, anda perlu memperlihatkan kebolehan dan keupayaan anda. Bukan hasrat untuk bertindak bongkak, tetapi cukup untuk memperlihatkan diri anda yang dinamik dengan jawatan yang dipinta.
Elakkan daripada anda nampak tertekan semasa temuduga. Anda tidak ada apa-apa kesalahan dengan penemuduga. Jadi tenangkan diri dan bersahaja. Sematkan dalam minda yang anda sedang mengadakan perbincangan dengan rakan sekelas sahaja. Jika anda tenang, ia adalah kredit kepada anda kerana anda mencerminkan diri sebagai seorang yang boleh menerima dan bekerja dalam tekanan.
Peringkat ketiga temuduga
Peringkat ini biasanya berkaitan dengan soal bayaran gaji. Dalam kerja kerajaan, kadar gaji sudah ditetapkan mengikut kelayakan kelulusan PMR, SPM, STPM/diploma dan ijazah. Kadar kenaikan tahunan beserta elaun-elaun yang lain juga mengikut gred.
Soalan terakhir yang ditanya oleh panel penemuduga ialah “Anda ada apa-apa soalan?”
Sebagai seorang calon penjawat awam, anda seharusnya menjawab atau membalas kembali dengan bertanyakan soalan.
Jika anda katakan tiada soalan, maka anda sebenarnya sudah mensia-siakan peluang untuk mendapatkan maklumat berharga dari panel penemuduga. anda boleh tanyakan pada panel penemuduga berkaitan dengan ciri-ciri peribadi yang diperlukan sebagai penjawat awam, tips untuk kekal bermotivasi sebagai penjawat awam atau paling kurang kriteria yang diperlukan untuk diterima sebagai penjawat awam.
Selepas sesi temuduga anda berakhir, ucapkan terima kasih kepada panel penemuduga kerana meluangkan masa untuk anda diuji, disoal dan dinilai semasa temuduga. Ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada mereka. Sedikit sebanyak ia mencerminkan sikap positif anda yang berbudi bahasa dan tidak emosional biar pun tidak berjaya dalam temuduga.
Adakah anda sudah dipanggil temuduga?
Terus dapatkan Rahsia Bijak Temuduga di bawah ini untuk persiapan temuduga kerja kerajaan anda.
Muhd alif says
Salam bang.. td msa iv utk gov.. sy scra x sgja n sdar sy gelar panel sebagai ‘akk’ mgkin sbb prasaan gemntar sy .. adlh pggilan akk ni buat kn permohonan sy d tolak? Mohon Bantu
Mek ila Jual Vitamin says
Bagusnya tips-tips ini. Boleh diaplikasikan untuk interview sektor awam dan juga di sektor swasta.