5 tips tulis resume pemikat bakal majikan
Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan sebahagian besar resume dilontar ke bakul sampah. Pasti ada sebab mengapa resume permohonan kerja yang dikirimkan tidak menepati kehendak atau keperluan syarikat. Bagi mengurangkan risiko resume anda dibuang, periksa kembali apa yang tidak kena pada resume kerja anda. Mari lihat 5 tips tulis resume pemikat bakal majikan anda.
1. Fokus pada pencapaian bukan duti dan tanggung jawab
Pengurus sumber manusia cenderung kepada duti harian anda dan lebih berminat pada pencapaian dan kejayaan anda yang lepas. Jika resume anda sekadar menyenaraikan tanggung jawab harian, tukarkan senarai tersebut kepada senarai pencapaian yang boleh memberitahu majikan nilai yang bakal anda berikan kepada syarikat sekarang dan terdahulu.
Senarai kejayaan anda boleh menarik perhatian pembaca dan meninggikan nilai resume anda berbanding dengan pesaing lain yang turut memohon jawatan kerja yang sama.
2. Senaraikan contoh kejayaan yang boleh diberi perhatian
Di antaranya ialah :
- Cara anda meningkatkan jualan dari bawah
- Bagaimana anda mengurangkan kos atau memaksimakan keberkesanan bisnes
- Idea baru, inovasi atau perubahan yang diimplementasikan untuk hasil yang positif
- Anugerah istimewa, kehormat dan latihan kurikulum tambahan atau sijil
- Boleh melatih staf syarikat
3. Gunakan contoh kuantitatif
Sebagaimana ia penting untuk menumpukan pada pencapaian anda, cara terbaik untuk mengetengahkan kejayaan anda ialah menerusi contoh. Gunakan nombor, figura dan statistik untuk menyokong pernyataan anda.
Di samping menyatakan anda mampu “meningkatkan jualan untuk menghasilkan pendapatan yang lebih baik”, masukkan nombor untuk membentangkan gambaran lengkap kepada pengurus syarikat seperti “meningkatkan jualan 50% dalam tempoh 6 bulan”.
4. Masukkan kata kunci strategik
Penggunaan kata kunci yang strategik dalam resume berkesan bukan sekadar untuk mencuri perhatian pembaca, tetapi ia juga memastikan resume profesional anda tidak dipadam oleh bakal majikan. Resume yang memikat pastinya akan mencuri perhatian pembaca kurang dari 10 saat yang pertama semasa menatap resume anda.
Resume yang terbaik akan mendapat perhatian seperti cinta pandang pertama. Ia akan membuatkan si pembaca menatap terus-menerus resume anda lebih lama. Menghasilkan profail berkelulusan atau ringkasan eksekutif pada permulaan resume anda adalah cara terbaik untuk memperkenalkan diri anda kepada pembaca dan sekaligus memperlihatkan kemahiran dan kelulusan anda terus pada mereka.
5. Buang maklumat tak berkaitan
Masukkan maklumat dalam resume yang boleh menambah nilai kepada kerja yang dipohon. Maklumat yang tidak berkaitan boleh menjadi sebab mengapa resume anda dilontarkan ke bakul sampah.pastikan target anda menepati deskripsi kerja contohnya jika anda memohon kerja sebagai pengurus projek, pastikan anda mengetengahkan kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan jawatan tersebut.
Ingatlah bahawa resume anda adalah senjata pemasaran anda. Pastikan ia dipasarkan dengan betul. Menulis resume yang memikat bakal majikan anda akan membuka pintu peluang yang boleh membantu anda meningkatkan kadar temuduga kerja. Fokus pada resume anda untuk mempersembahkan kemahiran anda yang terbaik dan membuatkan anda menjadi calon terhebat untuk diambil kerja.
Leave a Reply