5 kelebihan cuti dalam kerja kerajaan
Terdapat banyak kelebihan apabila anda bekerja dalam sektor awam atau kerja kerajaan. Boleh dikatakan ianya meliputi segenap aspek yang diperlukan. Di antaranya ialah kelebihan cuti yang diberikan kepada penjawat awam. Lebih lama berkhidmat, lebih banyak manfaat yang diterima. Di sini kami akan kongsikan pada anda 5 kelebihan cuti dalam kerja kerajaan :
1. Cuti sakit. Pihak pentadbiran kerajaan boleh menerima sijil perubatan yang dikeluarkan oleh doktor dari klinik swasta untuk kelulusan cuti sakit. Peraturan-peraturan berkaitan dengan sijil perubatan yang dikeluarkan dari klinik swasta dipinda bagi memudahkan urusan cuti sakit penjawat awam.
2. Cuti isteri bersalin. Bila anda bekerja dalam sektor awam, cuti isteri bersalin selama 3 hari diberikan kepada suami tanpa rekod. Kerajaan telah memanjangkan cuti tersebut kepada 7 hari selaras dengan hasrat mengutamakan keluarga.
3. Cuti separuh gaji, cuti bawa ke hadapan dan cuti tanpa gaji. Cuti tanpa gaji selama 3 tahun maksimum atau selama tempoh berkhidmat dikurniakan kepada penjawat awam mengikut makna-mana yang lebih singkat. Ia boleh dipohon secara berterusan selama 3 tahun atau secara berperingkat sehinggai memenuhi batas 3 tahun maksimum. Cuti tanpa gaji yang seterusnya hanya layak dipohon selepas 3 tahun tarikh cuti tanpa gaji yang berjumlah 3 tahun sebelum ini tamat.
4. Cuti bersalin penjawat awam wanita. Selain cuti sakit, cuti kerja bersalin dikurniakan selama 42 hari dan waktu untuk memulakan cuti bersalin ditetapkan oleh pegawai perubatan. Cuti yang melebihi dari 42 hari akan ditetapkan sebagai cuti sakit.
5. Cuti ibadah haji. Pihak pentadbiran kerajaan memberikan kelonggaran untuk mengurniakan cuti mengerjakan haji khas untuk penjawat awam yang beragama islam termasuklah guru untuk mengambil cuti dengan gaji penuh khas untuk mengerjakan ibadah haji.
Itulah sedikit sebanyak kelebihan cuti bila anda kerja kerajaan. Salah satu cara untuk memasuki kerja kerajaan telah didedahkan dan dikongsikan oleh ramai penjawat awam ada di laman www.kerja-kerajaan.com.
Leave a Reply