Oleh kerana pelbagai faedah yang diperolehi apabila berjaya menjawat jawatan di sektor kerajaan, jawatan ini menjadi buruan ramai graduan sama ada graduan IPTA mahupun IPTS. Permohonan kerjaya di sektor kerajaan bermula dengan mendaftar melalui portal SPA8i.
Disebabkan persaingan yang tinggi bagi jawatan yang berkelayakan ijazah, timbul persoalan iaitu
Bolehkah saya mohon jawatan yang berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)?
Bagi menjawab persoalan ini, anda boleh merujuk jawapan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) iaitu berdasarkan kepada one step lower sahaja :
Contoh: Jika anda memiliki kelayakan Diploma/STP/STPM/STAM/HSC anda boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil (bergantung kepada syarat lantikan). Demikian juga pemohon yang memiliki kelayakan ijazah sarjana muda di peringkat ijazah kepujian/am boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan di peringkat Diploma/STP/STPM/STAM/HSC (bergantung kepada syarat skim lantikan) dengan syarat pemohon mempunyai kelayakan di peringkat Diploma/STPM STP/STPM/STAM/HSC berkenaan. Selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017, calon dengan kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh memohon jawatan dalam 39 skim perkhidmatan di Gred 29 seperti yang dinyatakan dalam surat pekeliling perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun, calon masih lagi tertakluk kepada asas tapisan yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya sebelum layak ke peringkat ujian atau temuduga.
Oleh itu, jika anda memegang Ijazah Sarjana Muda dan ingin memohon kerjaya di sektor kerajaan yang meletakkan syarat kelayakan SPM ianya telah melebihi syarat one step lower tersebut. Setelah anda mengetahui syarat yang ditetapkan ini, bolehlah anda mengemaskini semula maklumat permohonan anda.
Persoalan ini juga menjawab kepada pertanyaan calon temuduga yang memegang Ijazah Sarjana Muda dan berjaya menghadiri temuduga jawatan berkelayakan SPM. Bagi anda yang memiliki Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Diploma, SPM, bolehlah merancang permohonan anda mengikut kelayakan jawatan yang ditetapkan supaya proses temuduga anda berjalan dengan lebih lancar.
Kebanyakan calon yang menghubungi kami adalah mereka yang memilik Ijazah Sarjana Muda dan SPM. Permohonan mereka untuk jawatan berkelayakan SPM dengan keputusan SPM berjaya melayakkan mereka ke temuduga. Dalam masa yang sama, kelulusan Ijazah Sarjana Muda mereka yang ada menjadi faktor kerisauan mereka untuk berhadapan dengan panel temuduga nanti. Nasihat kami, jika anda ditanya dalam sesi temuduga nanti jawablah dengan jujur.
Jika anda mempunyai pengalaman temuduga di sektor kerajaan, kongsikan pengalaman anda bersama kami di ruang komen di bawah.
Vanitha says
Tidak berjaya kali ini. Mungkin tiada rezeki. Cadangkan ebook dikeluarkan lebih awal agar persediaan dilakukan lebih mantap. Last minute agak sukar kerana mengambil masa. Akan cuba lagi. Diakan semoga berjaya.
Vani says
Tidak berjaya kali ini. Mungkin tiada rezeki. Cadangkan ebook dikeluarkan lebih awal agar persediaan dilakukan lebih mantap. Last minute agak sukar kerana mengambil masa. Akan cuba lagi. Diakan semoga berjaya.