Cara efektif terangkan deskripsi tugas dalam resume
Dalam penulisan resume, ada cara yang paling berkesan untuk menyatakan tanggungjawab anda di dalam deskripsi tugas. Tanpa pengalaman menulis resume, ruang kosong dalam resume anda bakal menjadi ancaman kepada diri sendiri. Anda boleh saja menulis senarai kerja yang menjadi tanggung jawab anda, namun meletakkannya di dalam resume adalah kerja yang berbeza.
Ikut jenis jawatan yang dipinta
Lihat apa jawatan yang anda pohon. Deskripsi tugas haruslah mencerminkan matlamat kerja anda termasuklah pengalaman terkini dan masa lepas yang benar-benar berkaitan dengan jawatan yang diminta. Anda perlu peka dengan kata kunci yang sering digunakan oleh majikan di internet. Contoh perkataan tersebut ialah, berjaya, dibangunkan, mencipta, penyampaian dan pencapaian.
Bezakan pekerja dan pengurus
Perkara pertama yang perlu dimasukkan dalam deskripsi tugas anda ialah aktiviti yang anda pernah lakukan. Contoh paling mudah ialah menguruskan akaun bulanan syarikat. Perkara ini akan menarik perhatian majikan kerana anda bukan sekadar bekerja, tetapi mentadbir organisasi yang besar secara konsisten. Jika anda sekadar menulis sebagai pekerja, maka anda hanya buat kerja bukan mengurus.
Kerja seorang dan kerja berkumpulan
Pastikan anda mencatatkan senarai tanggung jawab yang boleh membantu untuk menguatkan lagi permohonan kerja anda. Jika anda seorang pengurus, pastikan anda tulis di dalam resume yang mengatakan anda mampu mengurus dan memimpin sekumpulan pasukan dengan menyenaraikan aktiviti-aktiviti berkumpulan lebih daripada membuat kerja secara berseorangan.
Bagi memastikan resume anda mudah dinilai dan disemak, objektif kerjaya perlu ditulis dalam bentuk poin. Ia akan memudahkan bakal majikan anda membuat semakan dan mengimbas maklumat dalam masa yang cepat. Jika anda sekadar menulis acuh tak acuh dan berselerak, maka resume anda bakal dilontarkan ke bakul sampah dengan cepat.
Susun atur resume anda mestilah kemas dan mengikut turutan seperti resume yang ada di pasaran. Anda boleh jadikan ia sebagai rujukan tetapi usah tiru secara bulat-bulat. Wujudkan perbezaan dalam resume anda dengan resume yang dijadikan contoh. Jika anda kurang pasti bagaimana nak tulis deskripsi tugas, sila rujuk pada panduan resume kerja di bawah ini. Klik pada banner untuk melihat contohnya.
Leave a Reply