Contoh soalan exam SPA? Anda cari untuk exam yang bakal berlangsung ni?
Sesi peperiksaan untuk Julai 2020 telah diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Termasuk juga sesi panggilan temuduga untuk pelbagai jawatan. Anda boleh buat semakan terus di laman rasmi SPA. Untuk temuduga kerajaan boleh terus gunakan rujukan temuduga kerajaan ini.
Setiap panggilan exam dan temuduga ada dikemaskinikan dari semasa ke semasa oleh pihak SPA. Kalau profil anda di SPA8i telah dikemaskini, sepatutnya anda dah dapat update terus ke email/surat/SMS. Pastikan profil anda di SPA8i dah dikemaskini dan masih aktif.
Apa yang anda perlukan untuk persediaan yang baik adalah kefahaman mengenai jawatan yang anda pohon, nota berkaitan termasuk contoh soalan yang biasa ditanya. Fokus yang itu ya!
Jadual Terkini SPA (akhir 28 JULAI)
Lihat jadual peperiksaan ini. Ada peperiksaan PSIKOMETRIK dan ada peperiksaan ujian online yang merangkumi format tersendiri.
Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 (Semenanjung/Sabah/Sarawak). Peperiksaan ini hanya mempunyai satu seksyen penilaian iaitu;
– Daya Menyelesaikan Masalah
Untuk Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41 (Kementerian Dalam Negeri)sesi 28 JULAI ini formatnya ada dua penilaian;
– Daya Menyelesaikan Masalah
– Kefahaman Bahasa Inggeris
Untuk ujian Psikometrik pula ada sedikit perbezaan.
Bagi Pegawai Pertanian Gred G41 dan Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 ada satu saja penilaian PSIKOMETRIK iaitu melalui SPA. Dijadualkan pada 24 JULAI ini
Tetapi untuk Ujian Psikometrik pada jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41, calon dijadualkan menduduki dua sesi ujian. Satu daripada laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan satu lagi dari Jabatan Perkhidmatam Awam (JPA). Calon dapat dua link ujian yang berbeza yang wajib dihabiskan pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
Contoh Soalan. Rujukan Wajib?
Untuk bantu persediaan anda, anda boleh gunakan rujukan yang dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya. Ianya dilengkapi dengan nota yang diperlukan dan contoh-contoh soalan setiap penilaian.;
-
Rujukan Pegawai Penguat Kuasa KP41. Rujukan khusus merangkumi 2 format penilaian yang ditetapkan dan kemaskini 2020. (KLIK DI SINI)
-
Rujukan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 – sesi 23 JULAI ini penilaian hanya berkaitan “DAYA MENYELESAIKAN MASALAH”. Jadi anda boleh menggunakan rujukan umum ‘Extra Seksyen’ yang Tim Infokerjaya keluarkan. Pilih seksyen penilaian yang berkaitan. (KLIK DI SINI)
-
Rujukan Ujian Psikometrik untuk Pertanian dan Pegawai Undang-undang boleh gunakan rujukan PSIKOMETRIK yang ada. Walaupun ada sedikit kelainan pada penilaian L41, tetapi umumnya penilaian adalah sama. Boleh guna tips yang sama. (KLIK DI SINI)
Kami ucapkan salam sukses untuk anda. Anda tak perlu risau sangat dengan semua ujian yang dijalankan. Apa yang anda perlu risau adalah “BAGAIMANA TAHAP PERSEDIAAN ANDA“.
Jangan biar calon lain terus meninggalkan anda. Biar anda buat persediaan lebih baik dari calon lain. Tahniah untuk yang dah berjaya dalam ujian awal Julai yang lepas. Buat persediaan penuh daro nota dan contoh- contoh soalan.
Leave a Reply