Keputusan Peperiksaan Pembangunan Masyarakat S19 – Sesi 2019

Keputusan peperiksaan Pembangunan Masyarakat S19 telah diumumkan. Ini adalah keputusan peperiksaan online yang dilangsungkan dua sesi tahun 2019 ini iaitu pada 29 Ogos dan 6 September yang lalu.

Peperiksaan kali ini menyaksikan perubahan format yang ketara berbanding peperiksaan pada tahun 2018. Tiada lagi seksyen penilaian PENGETAHUAN AM yang menjadi kebiasaan penilaian sebelum ini. Ketiadaan seksyen penilaian ini digantikan dengan seksyen baru ianya Kefahaman Bahasa Inggeris.

Secara rigkasnya, format penilaian baru untuk tahun 2019 hanya 2 seksyen penilaian iaitu;

  • Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah adalah seksyen penilaian biasa yang ada sebelum ini. Cuma sebelum ini ianya diletakkan di Seksyen B, tapi kali ini diletakkan sebagai penilaian Seksyen A.

Semak Keputusan Anda

Jika nda masih belum buat semakan, terus gunakan link Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ini. Ambil nafas dan positifkan diri anda. Kami di Tim Infokerjaya ucapkan salam sukses untuk anda;

Bagaimana Keputusan Anda?

Tahniah untuk yang berjaya dalam tapisan kali ini. Tetapi jangan terlalu gembira. Anda belum boleh menjawat jawatan Pembangunan Masyarakat S19 ini lagi. Ada lagi beberapa tapisan sebelum sampai ke jawatan ini.

Untuk yang tak berjaya, ubah sikit penerimaan anda. Anda bukan tak berjaya tetapi BELUM BERJAYA. Mungkin kejayaan anda dalam sesi peperiksaan yang akan datang. Kenalpasti semula pada seksyen mana anda rasa menyebabkan anda tersangkut kali ini. Tingkatkan usaha untuk skor seksyen itu jika dipanggil lagi.

Muhasabah sedikit. Jadi untuk sesi yang akan datang anda dah ada unfair advantage berbanding calon yang baru kali pertama ambil exam ini. Anda dah seratus langkah lebih jauh dalam persediaan daripada mereka sebab anda dah ada pengalaman tahun ini!

Ambil positif dan Tim Infokerjaya doakan kejayaan anda 🙂

Kongsikan kegembiraan

Untuk yang dah berjaya, kongsikan kegembiraan anda di ruangan komen. Bagaimana rujukan yang anda beli dah bantu persediaan anda dan bagaimana ianya memudahkan anda sebelum peperiksaan. Kongsikan kegembiraan anda. Kami akan hadiahkan ebook Risalah Assessment Center yang dijual dengan harga RM40 ini PERCUMA untuk anda. Tinggalkan komen di bawah!

13 thoughts on “Keputusan Peperiksaan Pembangunan Masyarakat S19 – Sesi 2019”

  1. Alhamdullilah dan terima kasih kepada Tim Infokerjaya, kerana saya telah lulus dalam peperiksaan online Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 pada 6/9/2019 yang lalu. E-Book yang Tim Infokerjaya sediakan memang banyak membantu saya untuk membuat persediaan bagi menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh pihak SPA. Walaupun pun di saat-saat akhir saya membeli E-book dari Tim Infokerjaya, tapi rujukan soalan dan jawapan yang disediakan amatlah membantu.
    Terima Kasih Tim Infokerjaya.

  2. Sangat membantu. Ini kali pertama saya menjawab exam spa dan keputusannya Alhamdulillah berjaya untuk saringan pertama dengan bantuan ebook dari info kerjaya. Terima kasih banyak2 kerana membantu. Doakan saya berjaya untuk saringan seterusnya.

  3. Norzila Samasudin

    Saya belum berjaya lagi.. Menunggu untuk jawatan pembantu penerangan s19 untuk panggilan peperiksaan..hopefully dpt berjaya d masa akn datang..

  4. xAda rezeki saya..
    saya BELUM BERJAYA làgi..
    tapi saya berterima kasih kerana buku ini banyak mmbantu dàri segi ulang kàji..
    mana boleh nk study balik dari a sampai z…tp bentuk..tips dan kaedah skemà menerangkan cukup dan amat saya berpuas hati..

    tq

  5. alhamdulillah ini kali pertama sy exam dan lulus. terima kasih tim info kerjaya kerana memberi pelbagai info maklumat untuk persedian exam tempoh hari. semoga ada rezeki menyebelahu sy pada sesi temuduga nanti. terima kasih:)

  6. yeah…alhamdulilah lulus exam untuk jawatan ini…..sy sangat berterima kasih kepada tim infokerjaya atas bantuan persediaan menghadapi exam melalui penjualan ebook…ternyata ebook yg dijual sangat membantu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Scroll to Top