Kerja Kerajaan Bakal Bergelandangan Di Malaysia

Kerja kerajaan bakal bergelandangan di Malaysia

Menurut sebuah akhbar tempatan bertarikh 23 November 2014, Sinar Harian ada menyatakan bahawa kakitangan awam bakal bertukar status kepada gelandangan jika pihak kerajaan tidak mengawal harga rumah yang semakin meningkat di Malaysia.
Hal ini dinyatakan oleh Datuk Azih Muda, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kerana gaji kakitangan awam hari ini tidak dapat menampung pembelian rumah pada masa kini.

Pihak kerajaan digesa untuk campur tangan supaya harga rumah dapat dikawal. Hal ini turut dicadangkan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca). Biar pun pihak kerajaan mensyaratkan orang luar hanya boleh membeli rumah yang bernilai RM1,000,000 ke atas, ia tidak banyak menyumbang kepada kawalan harga rumah.

Kesan daripada masalah tersebut, dibimbangi pihak pemaju akan meningkatkan harga rumah sekaligus menyebabkan lebih ramai masyarakat tidak lagi mampu untuk membeli rumah.

Sekiranya kerajaan melaksanakan satu pelan seperti seorang rakyat sebuah rumah, ia akan membantu meringankan beban rakyat sekaligus membuktikan kerajaan bertanggung jawab sepenuhnya kepada rakyatnya.

Kenyataan akhbar kali ini jelas menunjukkan bahawa bekerja dalam perkhidmatan awam bukanlah satu keistimewaan lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Scroll to Top