Kerjaya Pembantu Tadbir Kewangan W17
Kerjaya Pembantu Tadbir Kewangan W17 dikategorikan sebagai jawatan kumpulan sokongan II yang membantu kerja-kerja pegawai di pejabat. Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W17 akan diadakan pada 19 April 2015 hingga 13 Mei 2015 ini. Sebanyak 269,731 permohonan yang diterima namun hanya 2840 calon yang dipanggil ke sesi temuduga. Kekosongan tempat yang ditawarkan ialah sebanyak 15 tempat sahaja.
Saingan sengit Pembantu Tadbir Kewangan W17
Jika calon-calon tersebut menolak, 100 orang calon simpanan akan dipanggil terus masuk untuk mengisi kekosongan. Jadi pastikan anda yang sudah menerima tawaran temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W17 membuat persediaan untuk hadir ke sesi temuduga dengan sebaik-baiknya. Calon-calon simpanan sememangnya tidak perlu ditemuduga lagi. Mereka akan mengisi kekosongan jawatan jika ada calon-calon yang layak tidak hadir ke sesi temuduga.
Tips temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W17
Dalam temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W17, ada beberapa bahagian dalam temuduga yang biasanya disoal dalam temuduga kerja kerajaan yang lain. Ini merupakan salah satu strategi yang boleh anda gunakan untuk meninggikan peratusan lulus temuduga tersebut. Bahagian ini amat mudah untuk dikuasai jika ianya ditumpukan oleh calon-calon temuduga.
Bahagian tersebut ialah :
- Kaedah memperkenalkan diri
- Sebab memilih kerja kerajaan
- Mengapa anda layak untuk jawatan tersebut
Skop tugas Pembantu Tadbir Kewangan W17
Soalan yang bakal ditanyakan kepada calon-calon ialah pengetahuan khusus yang berkaitan dengan Pembantu Tadbir Kewangan W17. Sebahagian besar calon yang hadir tidak membuat persediaan untuk bahagian kritikal ini. Oleh itu anda harus merebut peluang ini bagi mendapatkan maklumat tugas-tugas Pembantu Tadbir Kewangan W17.
Bertanggung jawab pada tugas-tugas kewangan sepenuhnya dengan bekerjasama dengan pihak pengurusan atau penyelia yang melibatkan urusan-urusan contohnya :
- Penyediaan gaji kakitangan
- Penyelenggaraan buku vot
- Menjalankan kutipan hasil
- Penyediaan baucar bayaran
- Mengendalikan pembayaran bil-bil
- Mengeluarkan resit terima bayaran
- Menerima penyata tuntut elaun
- Menguruskan buku tunai dan cerakinan buku tunai
- Penyediaan penyata pemungut atau audit
- Pengeluaran waran peruntukan mengurus
- Penyediaan laporan perbelanjaan
- Pengeluaran tawaran sebut harga atau tender
- Menguruskan permohonan pinjaman kenderaan atau komputer
- Penyediaan surat-menyurat
Tugas yang lain akan diberitahu dari masa ke semasa.
Seorang staf yang memegang jawatan sebagai Pembantu Tadbir Kewangan W17 perlu mengetahui :
- Akta Acara Kewangan 1957
- Arahan Perbendaharaan
- Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
Arahan Perbendaharaan diwujudkan bagi menggantikan Arahan Perbendaharaan yang dibentuk pada 29 Disember 1997. Arahan Perbendaharaan menjelaskan tatacara kewangan dan perakaunan yang perlu dipatuhi oleh Pegawai Pengawai atau Pegawai Yang Diberi Kuasa seperti berikut :
- Mengutip, menerima atau mengakaun Wang Awam
- Membelanja atau membayar apa-apa Wang Awam dan
- Menerima, mengeluar, menyimpan, melupus, menghapuskan kiraan dan mengakaun Aset Awam kecuali tanah dalam Persekutuan dan Negara.
Arahan Perbendaharaan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :
- A : Tatacara Kewangan
- B : Tatacara Perakaunan
- C : Audit, Kehilangan dan Tatacara Hapus Kira
Semoga artikel ini dapat membantu anda menceburi kerjaya sebagai Pembantu Tadbir Kewangan W17 dengan jayanya.
Persediaan pantas temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W17
Kami sarankan anda rujuk kepada Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan kerana rujukan ini mempunyai contoh soalan dan jawapan yang boleh anda gunakan untuk menghadapi temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W17.
BestTeri says
I have noticed you don’t monetize your website, don’t waste your traffic, you can earn additional bucks every month.
You can use the best adsense alternative for any type of website (they approve all websites),
for more info simply search in gooogle: boorfe’s tips monetize your website
EfrainSmall says
I have checked your website and i have found some duplicate
content, that’s why you don’t rank high in google, but there is a tool
that can help you to create 100% unique articles, search for: Boorfe’s tips unlimited content
ezzah salim says
9 sept ni sy ada saringan temuduga di batu caves..amat berguna pd sy tip2 ni
anis azlina says
thankyou. sgt berguna utk saya esok 🙂
syuhadah says
saya interview jawatan ni esok dekat putrajaya. ta tahu nak pergi ke tak memandangkan saya msaih belajar di tahap degree perakaunan
zoey says
sy dapat interview 6/5 nie kat rasah, seremban..thanks 4 info n wish me success in my walk-in-interview