Pertama sekali, senaraikan sebab-sebab mengapa anda ingin berjaya. Mengapa anda lakukan perkara tersebut? Kenapa ianya begitu penting dalam hidup anda? Tuliskan sebab-sebab tersebut. Ia boleh jadi datang daripada kawan, keluarga, majikan atau datang dari diri anda sendiri. Kemudian buat satu perbandingan senarai kejayaan diri anda dan mereka. Bukan mencari perbezaan tetapi mencari titik persamaan.
Kedua, tuliskan alasan peribadi untuk meningkatkan motivasi. Alasan anda adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan alasan orang lain. Kerana setiap alasan itu dibuat dengan nilai yang serasi dengan diri masing-masing. Anda adalah orang yang paling layak memotivasikan diri sendiri, lebih-lebih lagi apabila melalui situasi yang genting.
Ketiga, jadikan diri anda cinta kepada tugasan yang anda buat. Ada sebahagian kerja yang sukar dilakukan. Namun kesukaran itu adalah sementara sahaja. Yang wujud pada permulaan untuk menguji diri anda. Adakah anda serius dengan tugasan tersebut atau pun sebaliknya. Jadi, anda memang laak untuk melakukan tugasan tersebut.
Kesimpulannya, ada banyak cara untuk mengembalikan motivasi yang hilang, terganggu atau tergendala. Jadikan ia sebagai satu batu loncatan untuk diri anda terus maju.
Leave a Reply