Pegawai Tadbir Diplomatik Hanya untuk Graduan Kelas Pertama?

Pegawai Tadbir Diplomatik

Apa pandangan anda dengan maklumat terkini ini. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu majlis minggu ini membuat satu kenyataan yang mengejutkan ramai graduan yang bercita-cita nak jawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).

Sinar Harian melaporkan dalam akhbar semalam yang Tan Sri KSN barkata hanya graduan kelas pertama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ditawarkan peluang sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam perkhidmatan awam bagi sesi pengambilan Julai dan Ogos ini. Maklumat lanjut dan terperinci berkaitan isu ini belum dikeluarkan.

Ramai yang tanya Tim Infokerjaya berkaitan pengumuman ini antaranya;

  • Adakah untuk sesi tahun ini sahaja atau semua sesi bermula tahun ini?
  • Adakah peluang untuk graduan yang tiada tajaan JPA tidak layak lagi menjawat jawatan PTD ini?
  • Adakah graduan yang tak dapat kelas pertama universiti ditutup pintu untuk jadi PTD?

Tiada Peluang Jawat Pegawai Tadbir Diplomatik?

Kita tak ada jawapan yang tepat untuk semua soalan ini. Kita tunggu pengumuman rasmi berkaitan isu ini. Mungkin kerajaan mahu menarik minat pelajar-pelajar cemerlang untuk jawatan ini? Beliau berkata langkah ini adalah sebagai eksperimen kepada graduan kelas pertama;

Kita mahu menjalankan eksperimen. Sebelum ini, kita ambil semua graduan kelas pertama, kelas kedua atas dan kelas kedua bawah. Sekarang kita mahu melihat sama ada kumpulan graduan cemerlang ini boleh melaksanakan tugas dengan baik atau tidak,” katanya kepada media selepas majlis perjumpaan KSN bersama graduan cemerlang tajaan JPA di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Sebenarnya anda tak perlu risau. Peluang untuk masuk ke Perkhidmatan Awam masih terbuka untuk jawatan-jawatan yang lain jika Pegawai Tadbir Diplomatik ini hanya untuk graduan kelas pertama. Secara jujurnya Tim Infokerjaya rasakan peluang untuk Pegawai Tadbir Diplomatik tidak akan ditutup untuk graduan yang tak dapat kelas pertama semasa universiti. Ianya akan dibuka untuk lebih ramai graduan. Ianya masih pada tahap cadangan dan belum diimplementasikan.

Jangan putus asa. Ada rezeki untuk anda yang yakin dan sentiasa berusaha 🙂

Apa pandangan anda?

Ada perancangan untuk peningkatan kualiti perkhidmatan dan tarik minat pelajar-pelajar cemerlang untuk menyertai Perkhidmatan Awam. Kita sokong sepenuhnya.

Sebagai graduan yang punya cita-cita besar seperti anda, apa pandangan anda?

Kita sama-sama bincang. Tinggalkan komen anda di bawah. Kita bincang sama-sama jom!

 

8 thoughts on “Pegawai Tadbir Diplomatik Hanya untuk Graduan Kelas Pertama?”

  1. What’s Happening i am new to this, I stumbled upon this I have discovered
    It absolutely useful and it has helped me out loads. I hope to contribute & aid other users
    like its aided me. Good job.

  2. to be very honest….it’s not that fair….i mean not every single of them who graduated with first class degree with full scholarship for jpa really that competent. i swear. not saying these kind of thing sbb jealous or what but this is reality. i’ve experienced it in my working environment. that person hold gred 41 position (contract basis). yup that person got first class degree and yesssss full scholarship from jpa BUT that person lack of communication skills plus that person can’t even talk english well (i mean at least basic comm in english tho). that person very timid, very exclusive and passive……………..howwwwwwwwwwwwww????????the fact that people with 2nd/3rd class deg way much better than them but still trying for ptd. if this is how jpa will work on this matter, i think there’s no improvement and variety in the service tho. well, no matter what, it’s all back to rezeki, innit?

    * JPA should work on how to improvise the organization and see the great competencies towards “so-called low class student”. they’re totally hella wicked!!!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Scroll to Top