Pengambilan dibekukan masih boleh kerja kerajaan
Setiap tahun pasti akan ada berita pembekuan sementara yang diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Baik diumumkan secara rasmi atau pun tidak, ianya pasti akan memberi kesan kepada graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian di universiti. Itu tidak termasuk dengan mereka yang masih menganggur dan bekerja sementara untuk menunggu panggilan kerja kerajaan.
Kesan positif dan negatif pengambilan dibekukan
Pengambilan jawatan baru yang dibekukan sebenarnya bakal memberi impak yang negatif kerana pihak kerajaan sendiri akan kekurangan tenaga kerja untuk membantu melaksanakan kerja-kerja yang ada. Ditambah lagi dengan tugasan yang bertambah setiap hari, staf kerajaan yang sedia ada pasti terpaksa bekerja dengan lebih cepat dan pantas tanpa boleh bertangguh walau seminit.
Jika dilihat dari sudut yang positif, mungkin tindakan ini dapat menjimatkan perbelanjaan dari pihak kerajaan. Namun untuk jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan lebih banyak masalah pengangguran graduan, tekanan hidup dan masalah kewangan. Maklumlah, kerja kerajaan ada banyak kelebihan seperti elaun dan kemudahan pinjaman.
Pelan tindakan pasca pembekuan yang wajib dilakukan
1. Kemaskini borang SPA8i lebih kerap. Pengambilan jawatan kosong dalam SPA akan dikemaskini setiap hari. Setiap kakitangan kerajaan yang pencen, tamat kontrak atau meninggal dunia akan membuka jalan kepada anda. Mereka yang tidak mengemaskini maklumat akan ketinggalan dan persaingan semakin mengecil. Peluang untuk anda masuk kerja kerajaan akan menjadi lebih tinggi.
2. Rujuk jawatan kosong di agensi kerajaan. Sebahagian besar maklumat ada di Fan Page Tim Infokerjaya. Sebahagian besar pengambilan dari agensi kerajaan menerusi tapisan temuduga. Jangan lupa ada beratus-ratus agensi kerajaan di Malaysia.
3. Selidik peluang kerja di sektor swasta. Cari pengalaman kerja sebelum anda diterima masuk ke sektor awam. Pengalaman kerja di sektor swasta boleh dijadikan modal persediaan untuk anda bekerja dan berkhidmat dalam sektor awam nanti.
4. Kemaskini resume kerja. Sediakan resume yang berlainan untuk memohon jawatan yang berbeza. Pastikan objektif kerjaya dalam setiap resume juga berbeza. Setiap satu kerja yang dipohon mestilah menggunakan resume yang berlainan. Sediakan sekurang-kurangnya 6 set resume dengan 20 salinan. Rujuk banner di bawah :
Kesimpulan
Ambil positif untuk setiap perkara yang berlaku dalam bidang kerjaya. Pembekuan pengambilan jawatan tidak dapat dielakkan kerana ianya di luar bidang kuasa kita. Oleh itu kita haruslah kreatif dan berinovasi untuk memastikan kita tidak ketinggalan dan berjaya mencapai kerjaya yang diidamkan. Elakkanlah daripada sekadar meletakkan harapan untuk kerja kerajaan tetapi tiada apa-apa usaha yang dilakukan. Menyalahkan pihak kerajaan semata-mata tidak akan mengubah apa-apa.
lg satu sy dh lupa nk gi tau td…tuk yg tengah dok bermimpi nk masuk kerjaan…satu je cara kome leh msuk keje gov…kome kene cari lobang taik UMNO BN (cable) tuk interview SPA…sbb SPA ni barua UMNO BN…klu kome semua da sapa2 yg kuat cable UMNO BN boleh lah mintak tlong…Dato kah, Tan Sri kah, Pengarah kah atu sapa2 la yg mmg kuat jilat lobang taik UMNO BN boleh lah mitak depa tlong…ini adalah reality yg perlu diterima oleh semua generasi baru…UMNO BN dh sapu hbis semua hak2 asasi rakyat…kita tengah dok merana depa pulak syok dok kt atas pijak kita…all the best…
yang peliknya pasepa ramai pekerja awam terdiri daripada pekerja yang tidak layak dari segi pencapaian akademik? maksud saya ramai daripada pekerja awam yg sy pernah jumpa hanya memiliki kelayakan SRP / PMR, SPM, STPM, Sijil, Diploma…ada pulak yg kata x lulus SPR dpt msuk kerjaan jd Engineer pulak skg…pd hl kita yg bljar smpai degree, ada yg berkelayakkan masters, phd x diberikan peluang…kerajaan malaysia mmg bodoh bangsat !! yg patut diberikan peluang x diberikan pulang…hbis tu wat pa nk bljr tinggi2 smpai msuk U dpt degree, masters, phd pastu xda peluang keje…
Mudah-mudahan pembekuan hanyalah sementara sahaja. Ramai yang mencari peluang untuk bekerja di sektor awam.