UPDATE: POST INI UNTUK FORMAT 2018 (outdated). Untuk update terkini rujuk di sini Penolong Pegawai Tadbir N29 2019
Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dah keluarkan panggilan untuk peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 sesi 15 Ogos 2018. Ya, peperiksaan pada hari Rabu. Bermula jam 8PM dan berakhir jam 9.40PM.
================
=====================
Untuk penilaian tahun ini hanya ada 2 seksyen;
- Seksyen A: Pengetahuan AM. Kali ini khusus penilaian untuk pengurusan sumber manusia, perancangan dan pentadbiran sosial infrastruktur, pentadbiran kerajaan, ekonomi, sejarah, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan lain-lain perkembangan dalam dan luar negara
- Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah. Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon
Persediaan Exam Penolong Pegawai Tadbir
Mengikut pengalaman, ramai calon mengeluh untuk seksyen A. Skopnya begitu luas. Calon umpama kena tahu banyak benda. Sebenarnya ianya lebih kepada ‘either you know or you don’t know’. Bergantung kepada pengetahuan yang anda ada.
Untuk calon yang lepas kita bekalkan nota-nota ringkas yang merangkumi maklumat-maklumat yang biasanya ditanya dalam siri peperiksaan SPA. Kita kumpulkan dan jadikan nota untuk rujukan pantas anda. Alhamdulillah ianya telah berjaya membantu ramai calon sebelum ini.
Untuk seksyen B, buat persediaan lebih khusus. Jika ada masa cari semula soalan-soalan matematik masa SPM yang lalu. Silibus soalan hanya setakat SPM sahaja. Tak perlu advance sangat. Matematik Moden ya. Bukan Matematik Tambahan. Ianya lebih kepada kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep serta kebolehan berfikir secara kualitatif.
Owh satu lagi, untuk peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir ada penilaian berbentuk kemahiran logik. Ianya macam soalan penilaian IQ. Anda perlu sedikit masa untuk faham dan kaji soalan sebelum jumpa jawapan.
Selebihnya ianya menilai kemahiran menginterpretasi data. Tak susah untuk penilaian ini. Anda cuma perlu baca dengan berhati-hati dan fokus kepada data yang diberikan. Anda akan diuji dengan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.
Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29
Untuk rujukan khas bagi membantu persediaan anda dengan lebih pantas, boleh gunakan rujukan yang dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya. Terus semak di laman khas;
[+] Exam Penolong Pegawai Tadbir N29
Kami ucapkan salam sukses untuk anda!
Leave a Reply