Peperiksaan Online PTD M41 Berjalan Lancar
Peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD) yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah diadakan pada 1 November 2014. Ia melibatkan seramai 44,908 orang calon yang layak. Difahamkan sebahagian besar calon tidak mengalami masalah teknikal kerana pihak JARING telah menambah baik perkhidmatan mereka.
Peperiksaan online PTD ini dianggap sebagai “ibu segala peperiksaan” oleh Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam. Peperiksaan berlangsung dengan lancar dan tiada sebarang masalah teknikal dilaporkan. Turut hadir bersama beliau ialah Timbalan Pengerusi SPA, Dato’ R.Segarajah dan Setiausaha Datuk Ramli Juhari.
Dato’ Haji Zakaria Haji Jaafar, Timbalan Pesuruhjaya SPRM turut hadir bersama untuk melihat perjalanan peperiksaan ini. Menurut beliau, SPRM bakal menggunakan sistem peperiksaan online tersebut untuk urusan pelantikan pegawai SPRM dalam masa yang terdekat.
Walau pun SPA menyatakan peperiksaan online PTD berjalan lancar, ada beberapa komen dari calon-calon peperiksaan PTD yang mengalami masalah teknikal seperti laman tidak dapat dibuka, masa tamat ketika menjawab soalan dan seksyen B tak dapat diakses. Ini mungkin kes yang terpencil kerana sebahagian calon-calon peperiksaan PTD memuji SPA kerana berjaya membuat penambah baikan yang ketara hasilnya.
Calon-calon peperiksaan online PTD M41 yang ingin membuat semakan keputusan boleh rujuk kepada link di bawah :
mohd fedder bin musa says
Asalamualaikum… saya baru mengambil peperiksaan PTDM41 pada 19.1.2016. Inilah kali pertama saya mengambilnya. Apa yang nak saya konsikan di ruang ini ialah seperti berikit:-
i)Format peperiksaan yang berbeza daripada contoh-contoh yang ada dalam internet (online).
ii) Soalan yang disediakan agak panjang 3-4 baris ayat dan soalan sukar difahami dengan sepintas lalu.
ii) Jawapan yang disediakan ada anika pilihan contoh A) i,ii B) i, ii,iii ..
iii) Topik yang ditanya merangkumi semua isu semasa di Bahagian A.
iv) Bahagian B soalan merangkumi soalan matematik SPM dan soalan IQ. Kadar kesukaran soalan 3-4 baris ayat penyelesaian masalah.
v)Kepantasan menyawab soalan perlu ada pada setiap individu dengan menanda jawapan terlebih dahu dan mencatitkan no soalan pada kertas catitan untuk semakakan setelah habis menjawab.
Pengesyoran kepada SPA untuk jawapan yang terakhir perlu di sediakan butang ‘SELESAI’ untuk di kelik oleh pemohon.
haslizam says
Tahniah kepada calon exam yang lulus.. jangan lupa ada proses yang lebih mnggerunkan iaitu temuduga pula 🙂