Peperiksaan ulangan Separa Perubatan
Peperiksaan online Separa Perubatan yang diadakan pada 14 September lalu telah berlangsung dengan sedikit ketegangan kerana peperiksaan tersebut menghadapi gangguan dari server SPA. Ramai calon yang mengeluh dan meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat menjawab dalam masa yang ditetapkan.
Juteru itu, ramai calon yang membuat aduan pada pihak SPA baik menerusi laman sosial Facebook dan portal rasmi SPA. Ekoran itu, pihak SPA setuju untuk mengadakan peperiksaan ulangan Separa Perubatan pada 22 September, 10 pagi pada hari Selasa.
Maklum balas SPA berkaitan peperiksaan ulangan
Berikut ialah makluman rasmi dari seorang pegawai SPA mengenai peperiksaan ulangan Separa Perubatan.
Info ringkas peperiksaan ulangan
Diadakan semula kerana :
- Calon tidak menjawab keseluruhan soalan
- Tiada jawapan yang direkodkan ke dalam sistem
- Memberi peluang kedua kepada calon yang gagal menjawab
Penting :
- Calon yang tak hadir peperiksaan kedua, markah akan diambil dari peperiksaan pertama
- Keputusan peperiksaan akan diumumkan pada 28 September untuk kedua-dua peperiksaan
Tindakan :
- Calon yang menghadapi masalah seperti di atas atau tak terima emel atau SMS dari SPA diminta membuat aduan kepada SPA
- Hubungi SPA menerusi http://aduan.spa.gov.my/aduanv2/
Nota rujukan peperiksaan Separa Perubatan
Kami membuat keputusan untuk membuka semula tempahan ebook rujukan peperiksaan Separa Perubatan bagi anda yang masih belum membuat persediaan. Terus ke laman www.examseparaperubatan.com demi masa depan anda.
Nieza says
Seksyen b soalan lmbat keluar..sy ta dapat jwb 1 soalan pown..mcm mne??
mai says
sy dah amk peperiksaan yg pertama haritu n xde msalah pon tbe2 smpai email sruh retest balik. yg retest kedua ni sy x sempat hbiskan soalan. so pengiraan markah kira yg test pertama dlu ke mcmmna?