RM1500 untuk anak kelahiran negeri Selangor
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) adalah satu program yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk anak-anak yang lahir di negeri Selangor. Ianya dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
Bermula 9 Julai 2011, setiap ibu bapa yang hendak mendaftarkan nama anak mereka wajib menyediakan dokumen seperti Mykad ibu dan bapa, Mykid atau sijil kelahiran anak dan surat pengakuan anak angkat (jika perlu).
Ada 3 jenis syarat yang perlu dipatuhi untuk memohon TAWAS iaitu warganegara Malaysia, lahir di negeri Selangor atau di luar negeri Selangor bermula pada 1 Januari 2008, ibu atau bapa lahir di negeri Selangor, atau pun ibu atau bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
Syarat yang kedua ialah anak yang dilahirkan di Selangor, warganegara Malaysia, dilahirkan di negeri Selangor bermula 1 Januari 2008, ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi sudah bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun di Selangor.
Syarat yang ketiga pula ialah warganegara Malaysia, lahir di luar negeri Selangor tetapi bersempadan dengan negeri Selangor seperti Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan yang sama dengan ibu atau bapa bermula 1 Januari 2008. Ini termasuklah ibu atau bapa yang dilahirkan di daerah negeri yang lain dan bersempadan dengan Selangor Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan.
Penyata rasmi simpanan TAWAS akan dikeluarkan selepas permohonannya diluluskan oleh YAWAS. Ibu bapa atau penjaga akan dimaklumkan untuk mengambil penyata tersebut. Semasa hari tersebut, ibu bapa atau penjaga wajib membawa dokumen seperti Mykid atau sijil kelahiran atau kad Si Manja jika ada. Penyata ini hendaklah disimpan dengan cermat sehingga usia anak mencecah 18 tahun. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan penyata ini, anda perlu membuat laporan ke pejabat YAWAS dan dikenakan caj RM10.
Untuk makluman, kad Si Manja adalah kad keahlian yang diberikan untuk setiap permohonan TAWAS yang berjaya.
Manfaat menyertai TAWAS
Pasti ada yang bertanya, apa manfaat program ini kepada ibu bapa dan anak-anak yang didaftarkan? Anda mendapat 3 manfaat seperti diskaun penginapan di De Palma Hotel, diskaun keahlian AAM Roadside Assistant dan khairat kematian RM1,500 kepada waris TAWAS yang berdaftar.
Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam artikel ini, boleh membuat permohonan TAWAS secara online menerusi link ini :
http://www.pawas.yawas.my/
Laila says
masalah kalau dah terlepas 3 Tahun boleh x apply tawas ni ..sbb masa umur anak 3 Tahun x tahulah pulak ada TAWAS NI.
Fikry says
Nanti nk kne anta dekat mne yew
Zizi says
Anak lahir putraya 2017
Saya dan suami perak tapi menetap selangor lebih dari 10 thn.
Adakah dapat tawas?
Umie Zn says
Sy dan suami menetap di selangor sudah 20thn.Anak sulong sy ic wilayah sbb bersalin di hosp university.skrg berumur 15thn..
Anak kedua 13thn bersalin diselangor.Adakah nak2 sy layak.
NORADLINDA MD YUSOFF says
assalamualaikum….
saya ingin bertanya , anak saya kelahiran selangor.
macam mana nak buat pendaftaran?
Amim Blog says
Lepas isi online kena hantar borang tu ke pejabat secara atas tangan atau boleh pos?
Kamil Salleh says
Salam….. peluang begini jangan dilepaskan begitu sahaja.
Mana-mana ibu yang lahir anak mereka di Selangor bolehlah cepat-cepat mendaftar. Rugi weh…. RM1500 tak daftar.
Laila says
masalah kalau dah terlepas 3 Tahun boleh x apply tawas ni ..sbb masa umur anak 3 Tahun x tahulah pulak ada TAWAS NI.
putra muhamad ashriq says
assalamualaikum….
saya hendak bertanya , anak saya kelahiran selangor.
macam mana nak daftar
Norlailah says
boleh x bagi link utk saya call sendiri ke pejabat itu.
Laila says
Salam,
Bagaiman saya hendak memohon?
Adakah secara Online @ pergi ke Pej. ini untuk urusan.
Mohon advised saya.
Laila.
Nora says
Assalammualaikum…sy baru mengetahui tentang hal ini…adakah anak sy yg lahirkan pada tahun 2011 dn 2014 di hospital ampang layak utk memohon…
Norani morni says
Ank sy
Nurshafeeqah bt abdullah
Lahir dkt hospital serdang
25-12-2013
Abdul Aliim says
As salam… Saya menetap di selangor cheras batu 9 sejak tahun 2008…anak saya 2 org lahir di hospital universiti kebangsaan malaysia…. Layak kah saya mohon YAWAS?
Yong Fong Peng says
My son born on 22 Dec 2011
yunie says
salam…anak sy dilahirkan di selangor…husband sy lbih 5tahun bermaustatin di selangor dan sekarang dah berpindah ke johor…layak x saya daftar tawas untuk anak saya?kalau daftar online boleh ke?
Rose aznieza says
Saya lahir 1996 boleh ke mohon?
Macam mana nak mohon .
NORSALWANA BINTI ARSHAD says
umur anak berapa tahun yang boleh apply? sebab anak saya 4 tahun lebih
nurulhuda says
salam..saya dlahirkn di Perak sna suami pon Perak juga..saya Dan suami telah bermaustatin di Selangor lebih 20 thun..ank pertama 5 thun, kedua 3 thun n ketiga 2 thun…layak kah kami memohon? minta pencerahan…
thanks
adrool adrool hisyam bin hussain says
sy isteri oku anak 3 tinggal puchong rmh..nak daftar
habibah Jusri says
saya sudah mengambil kad TAWAS anak, apakah langkah seterusnya?
sitikhadijah kunavathy binti abdullah says
Salam sy sitikhadijah kunavathy binti abdullah memeluk islam dah empat tahun tidak pernah bantuan dari pihak mana2 dan pernah memohan bantuan baitumal dua kali tetapi pegawai yg bekerja di sana mengata sy tidak layak untuk memohon bantuan lagi pun sy seorang ibu tunggal dengan tiga orang anak…
azura says
saya nk tanya…boleh lg x sy nk daftar anak selangor untuk anak sy yg tarikh lahir pd 2.4.2015
nabila says
https://www.tawas.org.my/
Nova says
salam..nak Tanya kalau suami ic Selangor..anak lahir Selangor..tapi saya dari indonesia Dan dah lama jadi pengikut suami..boleh tak saya memohon?..
nabila says
boleh puan , mendaftar sebelum 3 tahun
nabila says
https://www.tawas.org.my/
Zarina binti Azhar @ Ismail says
Anak saya ahli Tawas lahir tahun 2008. Tahun ini anak saya darjah 1. Bila dapat bantuan wang RM 1,500. Saya tidak mendengar berita Tawas setelah anak saya ke Sekolah Kebangsaan Hicom di Seksyen 27.
Boleh tak Encik hubungi melalui talipon saya. Nama saya Zarina tinggal di Kpg Baru Hicom.
No. tel : 0172191863 / 554445140
Terima kasih.
Sankardass says
Saya nak tahu..Cara-cara pendaftaran baru utk ahli baru. (login)
suntharananthan a/l mathialagan says
Saya anak Selangor….
lau says
Is this real? I called many times the office but no one picked up.
NurHanie says
Yalah, saya pun cuba banyak kali untuk mengambil kad anak pada tarikh hari jadinya 25.02.2015 setahun genap usia sikecil saya tapi tak pernah berangkat.
Bila cuba lagi talian busy pulak ..
Mintak penjelasan dari pihak yang berkenaan
Sekian
yong says
Can I know nearby setia alam city mall can register the RM 1,500.00
thank you.
kavitha says
hi,
Its a very good program and we really appreciate that this program is open to all Malaysian.
eisya says
kalau anak saya lahir di hospital putrajaya tetapi suami mmg org selangor..anak sy berpeluang tak utk dpt?
Anita Kudus says
Anak saya dilahirkan di Ampang Selangor, 18 December 2008. Tetapi apabila saya buat permohonan online, nombor mykidnya tidak di terima. Kenapa ya? Mohon pencerahan.
najiha says
as salam..saya nak tanya,kalau saya lahir di kedah tp menetap diselangor hampir 12thn dah..suami saya pulak mmg menetap di selangor..so anak2 saya pn mmg lahir di selangor.so layak ke kami mohon TAWAS?
ikhwan says
ya, anak anda memang layak mohon TAWAS.
Yoges says
Bagaimana untuk menyemak status pendaftaran?
ikhwan says
Mohon hubungi pihak YAWAS.
Muzayyan bin rasikin says
Mcm Mana nak mohon tuan??Saye lahir Di Selangor..BaRu sahaja bekhawin…
nabila says
https://pawas.yawas.my/index.php?mov=pendaftaran_search
steven says
Nak tumpang tanya kalau anak lahir Di hospital UM pada 15.2.2000, emak lahir di johor, bapa lahir di hospital selayang pada 17.12.1971. Tinggal di Selangor lebih 20 tahun, adakah Layak untuk berdaftar TAWAS?
Hanie says
Dah buat tapi tak tahu dah terima tau belum, sbb masa mintak DUN sign dia kata akan direct hantar. Boleh ke kami terus pergi ke kaunter bertanya tentang penerimaan sbb xde black n white dia dah hantar ke yawas atau belum
razrin says
Assalam, boleh beri alamat email untuk menghantar salinan my kid dan my kad secara online. tqs
Faeza Hamad says
Assalamualaikum , adik saya lahir di Selangor tahun 2009 , ayah sudah meninggal dunia , ayah saya bermastautin di Selangor sejak 1995 … sekarang sy dan adik sy menetap di Terengganu … layak ke adik sy didaftarkan ?
Farhan Halim says
Saya anak kelahiran selangor tahun 1992..macam mana? xdapat ke?
Azwa says
Pernah daftar kan anak masa buat pendaftaran sijil kelahiran (anak yang ke -4) masa anak ke -5 tu terlupa nk daftar dan sekarang dah berumur 2 tahun.. masih boleh sertai TAWAS ke?
yuszy says
tk silap saya sebelum umur 3 tahun boleh lg dftqr
Dayang Hafizah says
Skrg blh daftar lgi ke?online
Hazri Harun says
Assalamualaikum..anak saya baru lahir diselangor boleh ke dapat bantuan dan boleh daftar ke lagi
Niezam says
Mana adil nya..sy dh bermastautin di Selangor sejak 1989 hinga skang..3 anak sy dr 5 adik beradik lahir diselangor.istilahnya masih sam tiada kemudahn pd kami.
Donette says
My bro recommended I mayy like this web site. He waas completely correct.
Thiis post in fact made my day. You can not think
just the amount of time I had actually invested trying to find this info.
Thanks!
youngmansteffensj.wordpress.com says
I really wwish to examine out the very same state-of-the-art blog site posts by you in the future.
I will bookmark your blog site and keep examining for new information.
Norhayati Suaib says
boleh mohon untuk anak saya nanti.
Abdur says
Peluang yang amat menarik
rokiah says
Look for a job for my sons
atie says
http://www.maukerja.my