Dalam post ini kita berikan rujukan contoh soalan exam khus untuk beberapa jawatan pilihan. Untuk semua calon yang bakal menduduki peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sesi September ini kami ucapkan salam sukses. Tahniah kerana dipanggil dan dipilih.
Ramai lagi yang dah isi borang SPA8i tapi masih belum dipanggil. Jadi jangan ambil mudah panggilan ini. Buat sehabis baik dan tak sia-siakan peluang yang datang ini. Gunakan contoh soalan exam untuk persediaan anda.
Pastikan Faham Format Penilaian
Format sentiasa berubah. Contohnya penilaian SEPARA PERUBATAN sesi Mei 2019 yang lalu, ada seksyen penilaian Psikometrik pada SEKSYEN A. Tapi untuk sesi September ini, tiada lagi seksyen Psikometrik. Digantikan dengan SEKSYEN A: Pengetahuan Am!
Jadinya pastikan anda studi rujukan yang terkini dengan huraian format terkini! Sentiasa semak panggilan dan format yang diberikan bersama panggilan anda. Jika anda studi melalui carian di internet, pastikan tarikh perkongsian itu adalah yang terkini dan bukan yang lama. Takut anda tersalah maklumat!
Pastikan Tahu Penilaian Setiap Seksyen
Perkara ini sangat penting. Dapatkan idea yang jelas penilaian setiap seksyen. Contohnya penilaian PENGETAHUAN AM. Ianya bukan sekadar pengetahuan am negara sahaja. Mencakupi juga “pengetahuan am negeri“, “pengetahuan am jawatan” dan “pengetahuan am berkaitan perjawatan/kementerian“. Nampak tak? Banyak pecahan walaupun ianya satu seksyen!
Bukanlah semua ditanya, tapi anda kena pastikan PENGETAHUAN AM itu berkaitan skop yang mana. Gunakan rujukan yang betul. Bukan apa, takut anda terbazir masa ulangkaji benda yang tak masuk dalam skop penilaian. Masa ulangkaji memang tak banyakkan? Tengoklah biasanya exam ditetapkan dalam tempoh 2 minggu selepas diumumkan dan majoriti memang studi ‘last minute’ punya :p
Pastikan Buat Latihan
Masih ingat tak masa kita ambil peperiksaan dulu seperti PMR ke SPM ke. Berapa banyak soalan Latih Tubi yang kita buat? Bukan soalan ramalan atau soalan ‘spot’, tapi latihan untuk mahirkan diri kita dengan soalan dan skop penilaian. Kita buat semaksimum mungkin contoh soalan exam tu. Betul tak?
Itu langkah ‘scorer‘. Itu langkah kita zaman tu kan? yang akhirnya menjadikan kita sukses dalam exam tahun tu. Masih ingat? 🙂
Benda yang sama kita buat untuk sesi exam kerajaan ini juga. Buat latihan semaksimum mungkin. Tiada pun soalan bocor, tapi objektif kita adalah kita nak buat latihan secukupnya.
Jadi di hari peperiksaan kita nak senyum sebab kita dah tahu bagaimana soalan ditanya dan kita dah buat latihan secukupnya!
Rujukan September 2019
Bukan semua jawatan ada rujukan disediakan. Ini rujukan untuk beberapa sesi exam yang kita berikan contoh soalan exam setiap jawatan.;
1) Contoh Soalan Jurutera J41 (KLIK)
2) Contoh Soalan Pembantu Penerangan S19 (KLIk)
3) Contoh Soalan Separa Perubatan Sijil & Diploma (KLIk)
Semua ini adalah rujukan yang disusun dan dikemaskinikan dengan format dan contoh soalan exam terkini sesuai dengan sesi exam yang bakal menjelma sesi SEPTEMBER dan OKTOBER 2019.
Rujukan pembantu penyelidik (jabatan perhutanan malaysia)
Rujukan khusus untuk Pegawai Penguatkuasa KP41(KPDNHEP) ada tak ?
Rujukan untuk Pegawai Penguatkuasa KP41(KPDNHEP) ada tak ?
Penolong pegawai pendaftaran 29,penolong pegawai tadbir(pengurusan stor) 29.