Saya berhak memilikinya!

1. Saya mahu menjadi eksekutif (jawatan anda sekarang)

Anda ingin menjadi seperti diri anda yang sekarang. Anda mesti mempertahankan kedudukan, posisi atau jawatan yang anda sandang hari ini. Dengan itu anda akan mempunyai inisiatif untuk menjaganya dengan baik. Yakinlah bahawa anda mampu melaksanakannya.

2. Saya mahu tingkatkan pencapaian dalam hidup

Sentiasa bergerak ke hadapan. Jangan kerana takut membuat kesilapan, kerana ia adalah satu pelajaran. Dari kesalahan anda belajar untuk menambah baik tindakan supaya anda tidak silap lagi.

Berhak Berjaya
Kredit Gambar

3. Saya adalah khalifah Tuhan

Ini adalah motivasi dari Nabi Muhammad SAW. Allah menurunkan wahyu kepada baginda secara berperingkat untuk memberi motivasi semasa dakwahnya ditentang oleh masyarakatnya sendiri. Baginda dimotivasikan menerusi Al-Quran lalu bangkit untuk meneruskan misi dakwahnya semula. Selepas itu baginda tidak menoleh ke belakang lagi.

4. Sentiasa terapkan motivasi dalam diri sendiri

Diri anda adalah motivasi yang sebaik-baiknya. Anda tidak perlu mendengar audio dan video ceramah motivasi bagi menerapkan unsur motivasi dalam diri anda. Diri anda sudah cukup. Letakkan diri anda di posisi yang betul dan terus bertindak!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Scroll to Top