Masalah besar kalau kerap terlupa. Banyak alasan yang akan keluar nanti.
Kredit foto kepada www.sportsgeezer.com
“Bukan lupa tapi tak ingat!”
“Terlupa nak bawa buku”
“Terlupa nak kunci jam”
Masalah serius kan?
Mari sama-sama kita atasi masalah lupa dengan strategi di bawah :
1. Meyakini ingatan diri anda adalah yang terhebat
Ingat semula aktiviti-aktiviti yang anda sudah lakukan semalam. Fikirkan mengenai pakaian anda, makanan yang anda makan, tempat yang anda lawat dan beberapa tugasan yang anda lakukan semalam. Dengan cara ini, anda akan ingat banyak perkara. Namun jangan salah faham, maklumat yang tidak penting usah diingat. Beri ruang kepada ingatan yang perlu sahaja.
2. Kenali perkara penting yang perlu diingat
Biasakan untuk mengingati perkara yang utama. Tanyakan pada diri anda, mengapa perlu ingat perkara penting dan melupakan perkara yang tidak penting? Adakalanya fikiran kita dicemari dengan terlalu banyak perkara yang tidak perlu pun untuk diingat.
3. Catat perkara yang kerap dilupakan
Sediakan nota kecil untuk anda tuliskan perkara-perkara yang kerap anda lupakan. Bawalah ia ke mana-mana supaya dapat membantu anda mengingati semula urusan yang sering tercicir dari minda. Dengan cara ini anda akan dapat mengenal pasti masalah anda dan mengatasinya dengan pantas.
Leave a Reply