Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Motivasi Kerjaya » Impian Selepas Graduasi
Impian Selepas Graduasi

Muaz Hadi December 19, 2015 11 Comments

Impian Selepas Graduasi

impiangraduasi

Setelah bergraduasi pastinya setiap orang mempunyai impiannya. Cuba pejamkan mata dan bayangkan saat anda berada di pentas mengambil skrol dengan kehadiran ahli keluarga, teman rakan dan pensyarah anda. Pastinya hari itu satu kenangan yang paling indah untuk anda.

Boleh kami tahu, atau boleh tak anda cuba ingat, apa yang bermain difikiran anda saat itu? Mungkin impian untuk kehidupan anda, untuk keluarga anda, untuk kerjaya anda?

Semua orang berhak Berimpian!

Tetapi persoalannya bagaimana dengan impian tersebut. Sudahkah ianya tercapai? Atau mungkin anda telah terlupa apa impian tersebut?
Serius, pejamkan mata anda. Ingat semula ‘moment’ tersebut. Ianya bakal menjadi ‘success point’ anda. Latihan ini mudah. Cuba sekarang.

Ok, tahniah kerana anda dah mula senyum dengan kenangan itu. Langkah seterusnya mohon anda kongsikan impian tersebut dan adakah ianya telah tercapai? Jika masih belum tercapai, apa yang anda rasa menjadi halangan untuk anda capai impian tersebut?

Kongsikan apa sahaja. Kegembiraan mahupun kekecewaan ataupun kemarahan atau isu pengangguran yang mengganggu momentum anda. Mungkin ianya tidak berjaya dicapai disebabkan;

  • halangan keluarga
  • halangan pasangan
  • halangan orang persekitaran
  • masalah kerajaan
  • masalah sektor swasta
  • masalah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • masalah Tim Infokerjaya 🙁

Apa sahaja. Ceritakan. Kami mahu mendengar terus daripada anda. Mungkin anda akan temui kekuatan dari perkongsian sahabat yang lain dan mungkin juga sahabat yang lain menemui kekuatan dari perkongsian anda.

Tinggalkan komen di bawah, kami mahu bersama anda!

Bacaan Tambahan:

  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • soalan temuduga kerajaan
    7 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan yang Selalu Disoal…
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan
    7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon…
  • temuduga kerja kerajaan
    Soalan Motivasi & Hipotesis dalam Temuduga Kerja…
  • Ujian Psikometrik Yang Sukar, Bagaimana Nak Menjawabnya
    Ujian Psikometrik Yang Sukar, Bagaimana Nak Menjawabnya?

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: impian graduasi, pengangguran, pengangguran di malaysia

About Muaz Hadi

Muaz Hadi berkelulusan Bachelor of Engineering (Biotechnology-Biochemical Engineering) dan memiliki ijazah sarjana Master of Science dalam bidang Bioteknologi. Beliau adalah perintis dalam menyediakan rujukan secara online untuk membantu graduan berjaya dalam sesi tapisan kemasukan ke sektor awam. Dikenali sebagai pengasas INFOKERJAYA dan bersama sahabat beliau bergerak atas nama Tim Infokerjaya bagi membantu graduan memasuki alam pekerjaan.

Comments

  1. Din says

    January 6, 2016 at 12:54 pm

    Terbaik tuan. Semua bermula dengan sekecil impian.

    Reply
  2. Aisha says

    December 23, 2015 at 9:01 am

    Assalamualaikum semua,,

    Saya lepasan dari sebuah IPTS dan baru juga tamat pada bulan April 2014, kelulusan Diploma Perakaunan. Dan sekarang bekerja dalam bidang akaun (alhamdulillah). Kalau d tanya impian semua pasti ada impiankan? Semasa saya masih bergelar pelajar lagi saya ingin menjadi seorang “pengajar”. Memandangakan keluarga inginkan saya menjadi Guru saya pun beria2 untuk kecapi impian saya.
    Namun apabila saya selesai pengajian saya tidak dapat untuk menjadi seorang guru ini kerana untuk menjadi seorang guru kenalah menyambung pelajaran ke peringakat Ijazah kerana saya hanya berkelulusan Diploma. Apabila saya fikir semula saya ambil keputusan untuk “tidak” sambung belajar dulu (mugkin akan datang) kerana saya terfikir bahawa sekarang agak “susah” untuk mendapatkan pekerjaan kerana kebanyakan syarikat memerlukan PENGALAMAN jadi saya teruskan dengan kerja saya sekarang. Di samping itu saya juga mengisi jawatan kosong dalam sektor Awam ini kerana keluarga saya berharap sangat saya dapat pekerjaan dalam sektor awam tapi belum ada rezeki rasanya 😀 saya tetap bersyukur dengan pekerjaan sekarang.

    Terima kasih kepada Tim Infokerja kerana sedikit sebanyak membantu saya dalam mencari kerja dalam sektor awam ini. Saya doakan kita semua berjaya dunia wa akhirat. Saya nak pesan buat diri ini dan rakan2 y membaca ni jangan pernah berputus asa teruskan usaha. Rezeki Allah itu luas.

    Good Luck Gais!! MAy Allah easy All

    Sekian.

    Reply
  3. Anonymous says

    December 21, 2015 at 3:51 pm

    Assalamualaikum semua,

    Alhamdullillah dan syukur atas ke hadrat ilahi kerana akhirnya telah tercapai hajat ibu bapa dan cita-cita saya untuk bergelar penjawat awam. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Muaz dan Tim Infokerjaya atas perkongsian ilmu yang amat berguna bagi mencapai impian saya bergelar penjawat awam. Ilmu yang dikongsi tuan adalah antara ikhtiar saya untuk memasuki perkhidmatan awam.

    Sebenarnya impian saya adalah ingin menjadi seorang doktor perubatan, tetapi mungkin sudah tertulis rezeki saya bukan di dalam bidang itu. Selain itu, saya juga menyimpan cita-cita sebagai pensyarah. Namun, cita-cita itu juga tidak kesampaian. Kegagalan demi kegagalan dalam mendapatkan pekerjaan yang baik dan setimpal dengan kelayakan serta memenuhi hajat ibu bapa yang merupakan pesara kerajaan telah menyebabkan timbul rasa kecewa untuk memohon pekerjaan dalam sektor awam. Tetapi, di sebalik kekecewaan itu, saya sering berusaha untuk memperbaiki diri terutamanya dalam sesi temuduga. Dalam saat itu, Allah swt pertemukan saya dengan Tim Infokerjaya dan dari situ saya sedar, untuk ke sesi temuduga pun memerlukan ilmu. Malah resume juga perlu diambil perhatian.

    Alhamdullillah, berkat doa ibu bapa dan usaha yang saya lakukan beserta ilmu antaranya yang dikongsi oleh Tim Infokerjaya, saya berjaya mengharungi temuduga kerajaan yang sangat sukar itu dan akhirnya berjaya diterima memasuki perkhidmatan awam pada awal tahun ini setelah berusaha selama 4 tahun. Walaupun impian masa kecil saya tidak tercapai, tetapi sekurang-kurangnya impian ibu bapa saya tercapai.

    Kepada semua yang sedang mencari pekerjaan sama ada swasta atau kerajaan, teruskan berusaha terutamanya dalam membaiki kelemahan diri, sentiasa penuhi diri dengan ilmu walau ilmu itu nampak remeh dan sentiasa bertawakkal kepada Allah (bagi yang beragama Islam). Semoga berjaya!

    Reply
  4. nazirah says

    December 21, 2015 at 11:16 am

    saya merupakan lepasan ijazah sebuah universiti tempatan dan baru sahaja bergraduasi oktober yang lalu. cita-cita saya ingin menjadi seorang guru, namun rezeki saya bukan dalam bidang tersebut. semua orang ada impian. saya pun ada impian. impian saya ialah saya dapat bekerja dalam sektor kerajaan dan dapat memiliki gaji yang agak stabil. dengan kenaikkan harga barang zaman sekarang ini, saya bukan nak ‘demand’ kerja tetapi biarlah berpatutan dengan kelayakan serta pengalaman kerja. sekarang saya mengumpul pengalaman sebagai kerani kewangan di sebuah syarikat swasta. walaupun gaji yang diberikan tidaklah selumayan rakan-rakan yang lain, saya bersyukur kerana masih ada peluuang pekerjaan. saya percaya suatu hari nanti peluang kerja akan terbuka untuuk semua orang, termasuk saya cuma cepat @ lambat sahaja. yang penting kita usaha. setiap hari saya akan membuka email untuk mengetahui info-info pekerjaan jika terdapat kekosongan. saya doakan kawan-kawan yang masih tidak dapat lagi pekerjaan, jangan la putus asa, saya pernah alami. dan alhamdulillah rezeki datang dengan izinNYA =)

    Reply
  5. Cik_Juju says

    December 20, 2015 at 9:47 pm

    Assalamualaikum . terima kasih
    saya lepasan stpm 2013 . saya harap lepas tamat pengajian saya dapat memasuki alam perkerjaan , tp malangnya smpai sekarang saya masih menganggur . sebelum ni saya ada juga menghadiri temuduga tp saya tak lepas . saya masih ingin melanjutkan pelajaran , tapi sampai sekarang belum smpai rezeki . saya risau sebab ada yg cakap sijil stpm laku hnya 2 tahun sahaja . saya ingin sangat untuk tahun 2016 sya tidak lagi menganggur . saya harap Timinfokerjaya dapat membantu saya . saya dah tak tahan kalau org sering pandang rendah terhadap penganggur . saya menganggur pun , saya tetap usaha cari kerja .

    Reply
  6. Cikpah says

    December 19, 2015 at 9:35 pm

    Sy graduan sarjana…mempunyai pengalaman dlm sektor kerajaan…tp apa yg menyedihkan setiap kali pohon pekerjaan baru setaraf dengan kelaykan semuanya direject termasuk selepas interview..alasan yg diberi kerana sudah mempunyai pekerjaan tetap walau bergaji taraf diploma…kebelengguan ini sentiasa menghantui diri termasuk rakan rakan sepenjawat lain disebabkan mempunyai kelulusan yg tinggi tetapi promotion jawatan terhad yakni jawatan pegawai banyak dimonopoli oleh pihak luar yg tidak mempunyai pengalaman…jadi apakah yg seharusnya dilakukan oleh kami yg bergraduasi tetapi peluang untuk kenaikan pangkat tidak diberi keutamaan…adakah pengalman yg sedia ada tidak membantu dalam pencarian mngikut kriteria yg ditetapkan? Soalan soalan begini sentiasa diajukan oleh golongan pekerja bawahan seperti sy…ada yg berpendidikan ijazah tetapi masih di level pengkeranian sehingga ke pencen…saya ingin ajukan kpd pihak yg terlibat utk menilai semula sistem pengrekrutan dan kpsl dalam sektor kerajaan…kerana masih ramai lagi kakitangan kerajaan yg berpendidikan tinggi tetapi dinafikan hak utk kenaikan pangkat ke jawatan 41…situasi ini bukan sahaja berlaku di peringkat persekutuan malah di peringkat perjawatan negeri…

    Reply
  7. Syakir Najib Kedah (Tauke MiFi ) says

    December 19, 2015 at 1:21 pm

    Pertamanya, terima kepada Tim Info Kerjaya ,saudara Muaz Hadi & rakan-rakan atas pelaung & khidmat nasihat anda pada umum yang memerlukan sentuhan & bimbingan .

    Saya sekarang berumur 24 tahun.
    Saya pernah berimpian dari sebelum mendapat skrol lagi untuk menubuhkan perniagaan sendiri sekiranya, dalam masa yang sama saya berimpian untuk menjadi penasihat Syariah atau penasihat Bank .

    Apa yang saya lalui saya pernah bekerja lebih 3 Agensi ,di Gombak lebih kurang 3 ke 4 bulan , di Melaka & Penang. Sekarang saya sudah pulang ke negeri asal Kedah dengan hasrat mendapat kerja tetap di sini. Walaupun setakat ini saya belum mendapat posisi yang saya mahukan, saya bersyukur kerana mendapat tahu ada peluang untuk menjalani latihan SLIM dari Khazanah .

    Apa yang saya perasan faktor/halangan selama tempoh saya menganggur ialah dari diri sendiri & masalah yang berlaku dalam kerajaan yang mana telah mengehadkan bajet dan peluang pekerjaan khususnya sebagai guru, program KPLI sudah diberhentikan .

    Faktor dari sendiri pula ialah disebabkan saya masih dalam zon selesa, lambat ntuk merebut peluang yang pernah ada sebelum datangnya kegawatan ekonomi yang berlaku seperti sekarang, akibatnya pluang pekerjaan tidak lagi terbuka & seperti dahulu .

    Apapun saya berpesan pada diri saya & rakan-rakan pembaca, kita harus terus maju ke depan & optimislah bahawa anda boleh .
    Percayalah bahawa kita hidup di Malaysia sangat beruntung, kita dilimpahi dengan nikmat yang bermacam-macam . Bandingkan kehidupan kita dengan negara negara susah lain seperti Indonesia dsbg. Ada rezeki berjalanlah melihat negara orang & ‘for sure’ kita rasa bersyukur.

    Sekian dari saya.

    Reply
  8. Rasni says

    December 19, 2015 at 10:11 am

    Assalammualaikum,

    Saya Rasni, berusia 25tahun pada bulan may 2015 ( tarikh sorok nt dpt plak hadiah mister, hihi gurau je). Bila ditanya soal impian off course i have my own dream, dah tercapai? Jawapannya belum… saya ada menulis impian dalam sebuah kertas yang masih disimpan elok dalam buku. Apa impian itu? Saya ingin menubuhkan sebuah legasi perniagaan Tudung Labuh dan Jubah. Tujuan saya menubuhkan legasi ini adalah untuk mengajak wanita-wanita islam di luar sana untuk tampil sebagai wanita islam sebenar dari segi penampilan, atau dalam erti kata lain menutup aurat dengan sempurna. Since saya tahu menjahit dan sememangnya bakat itu saya perolehi dari mak saya yang merupakan tukang jahit di kampung. Kenapa belum tercapai? Saya belum memiliki peluang dari segi kewangan untuk memulakan retorik perniagaan yang saya ingin cipta ini. Namun, saya percaya impian ini akan tercapai kelak insyaaALLA.

    Reply
  9. rizamradzi82 says

    December 19, 2015 at 9:47 am

    Saya sedang belajar dan bersedia untuk peperiksaan M41. Walau Timinfokerjaya akan membantu tetapi sayamesti berusaha bersungguh-sungguh. Umur saya kini 33 tahun. Oleh itu saya harus berusaha keras.

    Reply
  10. norizan says

    December 19, 2015 at 9:19 am

    saya berimpian untk memiliki satu kerjaya dan pekerjaan yg tetap dgn pendapatan yg baik..tidak kiralah sama ada pekerjaan trsebut dalam sektor awam mahu pun swasta..namun, kini setelah setahun lebih bergraduasi iaitu pada tahun 2014, saya belum lagi menemukan pekerjaan yang diinginkan..pada masa sekarang tak boleh memilih pekerjaan sangat..bila berjaya mendapatkan pekerjaan yang baik, itu dikira rezeki dan nasib..pada masa ini saya hanya bekerja di kedai serbaneka dengan pendapatan RM 800.00 sebulan dan melakukan pekerjaan sampingan sebagai guru tuisyen..saya telah berusaha mencari pekerjaan yang lebih baik dengan dengan menghantar resume secara atas talian mahupun secara by hand..pada pendapat saya kurangnya jawatan kosong yang ditawarkan dan lebihan pemohon yang mengisi bagi satu-satu kekosongn jawatan menyebabkab persaingan menjadi sangat tinggi dan melimitasikan peluang bagi setiap graduan untk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka..diharapkan tahun 2016 bakal membuka laluan yang lebih baik buat para graduan yang masih belum nendapatkan pekerjaan lagi pada masa kini..

    Reply
  11. azhar_electronics says

    December 19, 2015 at 8:16 am

    Saya berimpian untuk bina jenama sndri dalam perniagaan…itu yg memang sy cita2kan dari dahulu…sekarang baru ada masa yg sesuai nak belajar tentang bisnes…walaupun ia halangan mungkin dr keluarga sebab memilih sesuatu yg luar dari bidang semasa belajar tapi saya akan cuba bgi keyakinan pada mereka i want to be independent…juz doakan sy dpt truskan apa yg sy minat n nak dalam hidup…itu lebih baik dari kita pura2 suka tp sebenarnya mg xd minat nk kerja dlm bidang semasa blajar…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Tingkatkan Nilai Diri: 9 Kemahiran Diperlukan Oleh Majikan & Cara Kuasainya
  • Gagal Temuduga Kerja Kerajaan Bukan Penamat: Cara Bangkit dan Perbaiki Diri untuk Percubaan Seterusnya
  • Perlukah Fasih Berbahasa Inggeris untuk Temuduga Kerajaan? Tip Kuasai Bahasa untuk Calon
  • Lulus Ujian Fizikal & Pancaindera: Tips Persediaan untuk Calon Jawatan Beruniform
  • Temuduga Kerja Kerajaan Secara Online? Tips Berkesan Untuk Anda

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume contoh objektif kerjaya untuk resume exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja resume kerja kerajaan separa perubatan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA