Soal jawab temuduga guru
Temuduga guru biasa dikendalikan oleh panel temuduga yang dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Jika ditinjau menerusi laman-laman sesawang dan blog yang ada di internet, sebahagian besar pengalaman dan situasi temuduga sudah banyak dikongsikan. Artikel soal jawab temuduga guru akan menyenaraikan poin-poin yang sudah diringkaskan di dalam artikel ini.
1. Mengapa anda hendak menjadi guru?
Susun jawapan anda untuk memberikan jawapan yang memberikan kelebihan kepada bidang guru itu sendiri. Mulakan jawapan dengan menyebelahi agama, negara, kementerian dan masyarakat.
“Saya ingin memberikan sumbangan akademik kepada pembangunan rohani dan jasmani di negara sekaligus meningkatkan tahap pendidikan negara”.
2. Apakah sumbangan yang bakal anda berikan apabila dilantik menjadi guru?
Berikan jawapan yang berkaitan dengan bidang akademik pilihan anda. Selain itu berikan sumbangan berbentuk kerohanian dan pembangunan diri yang boleh dicapai oleh seseorang pelajar apabila menerima sumbangan anda. Boleh jadi seorang pelajar yang sebelum ini tidak kreatif menjadi kreatif hasil daripada bimbingan anda.
“Sebagai seorang guru Sains, saya akan menggunakan kelebihan sebagai seorang guru Sains untuk memberikan sumbangan berbentuk inovasi baru dalam bidang Sains seperti kemajuan teknologi pemakanan, kehidupan dan persekitaran”.
3. Terangkan komponen-komponen utama Sekolah Bestari?
Sebelum anda menjelaskan komponen utama Sekolah Bestari, ceritakan informasi ringkas berkaitan dengan fungsi sekolah tersebut sebagai sebuah institusi pembelajaran yang dicipta semula secara sistematik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat.
“Komponen sekolah bestari termasuklah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), Sistem Pengurusan Sekolah Bestari, Polisi, Sumber Manusia, Kemahiran dan Sikap, Teknologi dan Proses”.
nurfatin says
assalam..ada x buku e-book tips peperiksaan dan temuduga medsi