Soalan Temuduga Kerjaya Kastam

Soalan temuduga kerjaya kastam

Keputusan peperiksaan online Penolong Penguasa Kastam sudah diumumkan. Calon-calon yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan online tersebut akan dipanggil ke temuduga. Begitu juga dengan calon-calon peperiksaan online Penguasa Kastam. Keputusan sudah dikeluarkan dan setiap calon yang lulus sudah mula membuat persediaan untuk menghadapi temuduga.

Disebabkan jarak peperiksaan dan jawatan tidak jauh beza, kami bercadang untuk memberi panduan umum temuduga yang berkaitan dengan kerjaya kastam. Setiap calon yang berjaya dalam tapisan temuduga akan ditempatkan di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) untuk menjalani latihan dalam bidang kastam seperti berkawad, kelas dan riadah selama 3 bulan.

Berikut adalah contoh-contoh soalan temuduga yang ditulis berdasarkan perkongsian daripada calon-calon kerjaya kastam :

1. Ceritakan tentang diri dan latar belakang anda. Mulakan dengan penceritaan tentang diri, keluarga, pendidikan dari peringkat sekolah hingga ke peringkat yang tertinggi sama ada diploma atau ijazah. Sertakan sekali pencapaian anda dalam bidang akademik, sukan dan unit beruniform.

2. Nyatakan kerjaya anda yang terkini. Kongsikan kerjaya sekarang sama ada sudah bekerja atau masih belajar. Beritahu mengapa anda membuat keputusan untuk memilih kursus atau kerjaya tersebut.

3. Nyatakan nama pengarah kastam yang terkini. Ambil peluang untuk anda ulangkaji siapakah nama pengarah kastam tersebut dan struktur organisasinya sekali.

4. Sebutkan tugas dan tanggungjawab kastam. Pastikan anda boleh membezakan tugas di antara penguasa kastam dan penolong penguasa kastam.

5. Baca isu semasa di Malaysia. Rujuk pada mana-mana akhbar harian yang memaparkan isu semasa di dalam dan di luar Malaysia. Lebih baik lagi jika anda dapat kaitkan dengan kastam.


6. Rujuk dasar-dasar kerajaan Malaysia. Cari maklumat berkaitan rancangan dan dasar kerajaan yang sedang dan sudah dilaksanakan.

7. Mengapa anda nak kerja kastam. Sebutkan minat dan alasan anda untuk menyokong permohonan anda untuk kerja dalam bidang ini.

8. Mengapa SPA perlukan anda untuk berkhidmat dalam kerajaan. Sebutkan kebolehan diri anda yang berkaitan dengan skop dan tanggungjawab kastam.

9. Jelaskan fungsi jabatan kastam di Malaysia. Setiap jabatan kerajaan di Malaysia ada fungsinya yang khusus.

10. Jenis-jenis cukai kastam. Anda perlu tahu dan huraikan secara ringkas. Jika dapat huraikan secara teliti adalah satu kelebihan.

11. Ambil tahu kadar cukai restoran makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken (KFC). Berapa kadar cukai dan bagaimana kiraannya.

12. Apa kaitan kursus akademik anda pelajari dengan kastam. Kaitkan dengan bijaksana bagaimana ilmu yang anda miliki dapat digunakan untuk berkhidmat dengan kastam.

13. Beri contoh cukai yang anda tahu. Berikan 3 hingga 5 contoh cukai dan huraiannya sekali. Terangkan secara ringkas

 

Rujukan Lengkap Temuduga Kerajaan

 

Untuk persediaan lebih lengkap dan terperinci, dicadangkan untuk anda memiliki rujukan yang telah membantu calon lulus temuduga sejak tahun 2009 yang lepas. Terus dapatkan di sini;

Temuduga Kastam

>>> SAYA NAK LULUS TEMUDUGA KASTAM <<<<

25 thoughts on “Soalan Temuduga Kerjaya Kastam”

  1. order#0039658

    saya telah membuat pesanan untuk membeli pakej lulus temuduga ini dan telah melakukan pembayaran melalui akaun transfer pada 15 september 2014. masalah yang saya hadapi adalah saya masih belum menerima pakej lengkap tersebut. tidak ada sebarang email dari pihak tuan mengenai status saya. yang ada hanyalah pesanan sedang diproses dan mengambil masa sehingga 3 hari untuk memproses bayaran tersebut. saya telah cuba email ke [email protected] tetapi tidak berjaya….harap dpt respon

    1. salam encik fendi

      sudilah kiranya encik fendi berkongsi ebook terebut.
      email sy [email protected]
      sy sudah mencuba beberapa kali tapi masih tidak dpt membukanya.
      sy sudi berkongsi harga pembelian dengan encik fendi.
      sgt2 memerlukan kerana akan menduduki temuduga pada 19 okt ini.

      semoga kita semua berole kejayaan. amii 🙂

    2. salam encik fendi

      sudilah kiranya encik fendi berkongsi ebook terebut.
      email sy [email protected]
      sy sudah mencuba beberapa kali tapi masih tidak dpt membukanya.
      sy sudi berkongsi harga pembelian dengan encik fendi.
      sgt2 memerlukan kerana akan menduduki temuduga pada 19 okt ini.

      semoga kita semua berole kejayaan. amiin 🙂

  2. salam, saya nak beli ebook te,uduga ne..tapi bole tak sy nak beli melalui cimbclick.lgpun sy x nampak la nombor bank tertera..mcmna nak buat pembayaran

  3. order no :# 0039234
    salam…saya telah membeli e-book temuduga kerajaan tetapi tidak dapat untuk mengaksesnye…saya mohon bantuan dari team info untuk saya boleh mengakses e-book temuduga kerajaan..sekian, terima kasih…

  4. Order No. : #0039167
    Saya sudah beli ebook temuduga kerajaan. Tetapi saya tidak dapat buka fail..cannot open file. Saya sudah download link yang anda beri..tapi tak boleh buka. Mohon bantuan dari anda agar saya dapat rujuk segera ebook temuduga kerajaan tu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Scroll to Top