Soalan temuduga Pegawai Tadbir
Selepas mendaftar dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk jawatan Pegawai Tadbir N41, calon-calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan akan dipilih untuk menghadiri temuduga Pegawai Tadbir N41. Di antara soalan temuduga Pegawai Tadbir N41 yang bakal ditanya meliputi banyak aspek seperti yang disenaraikan di bawah ini.
1. Berikan pendapat anda mengenai GST dan pelaksanaannya.
2. Ramai rakyat Malaysia menentang pelaksanaan GST. Jika anda pergi ke kawasan kampung, bagaimana anda nak menyampaikan kebaikan GST dan membetulkan pandangan masyarakat mengenai GST?
3. Mengapa anda tinggalkan kerja sekarang?
4. Mengapa pihak kerajaan sibuk tentang inovatif?
5. Apakah persamaan tugas Pegawai Tadbir N41 dengan Pegawai Tadbir Diplomatik M41?
6. Mengapa jawatan Pegawai Tadbir M41 ini diwujudkan?
7. Apak skop kerja anda sekarang?
8. Apakah pengalaman yang paling berharga semasa anda belajar di IPTA?
9. Apa hobi anda? Bagaimana hobi anda memberi sumbangan pada negara?
10. Bagaimana nak sesuaikan latar belakang anda dengan jawatan ini?
11. Adakah anda bersedia untuk bekerja secara kontrak walau pun tiada jaminan diserap sebagai penjawat tetap?
12. Mengapa ada rakyat yang membantah pelaksanaan GST?
13. Apa kementerian yang bertanggung jawab menjelaskan isu berkaitan GST?
14. Apakah kelebihan diri anda berbanding calon-calon lain?
15. Mengapa kami perlu memilih anda sebagai Pegawai Tadbir?
Tips Pegawai Tadbir N41
Pegawai Tadbir N41 yang terpilih akan mengisi kekosongan PTD M41. Jika berkhidmat dalam Kementerian, mereka akan menjalankan kerja-kerja Penolong Setiausaha manakala mereka yang berkhidmat di Jabatan akan menjalankan kerja-kerja Penolong Pengarah.
Kekosongan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) perlu diisi secara kontrak oleh Pegawai Tadbir kerana PTD yang ada sedang menjalani latihan Diploma Pentadbiran Awam (DPA).
Sebaik sahaja kontrak Pegawai Tadbir tamat, tiada jaminan untuk diserap masuk kerana kekosongan yang ada akan digantikan oleh PTD yang telah tamat latihan. Kontak Pegawai Tadbir diberi tempoh 1 tahun dengan lanjutan maksimum 1 tahun.
Sahliza says
Assalammualaikum..
Saya menerima tawaran temuduga dan ujian bertulis bagi Administrative Officer N41 Pegawai Tadbir dari salah satu Badan Berkanun. Pertanyaan saya adakah ujian bertulis dan sesi temuduga sama seperti didalam SPA. Jika tidak keberatan boleh tak tuan memberikan tips sebelum saya menghadiri ujian bertulis dan temuduga ini. Saya boleh di hubungi di [email protected].
Sekian, terima kasih.
Mohd Shuib Md Sani says
Hello, I am one of the candidates for Administrative Officer N41 position in a local authority. My questions are; whether the job description for the N41 position in a local authority is similar to the position N41 offered under SPA? If not, what are the possible questions will be raised in the interview? Furthermore, what are the required preparations do I need to do before attending the interview? Please help me. I can be reached at [email protected].