Temuduga Penguasa Penjara KA41
Bagi calon temuduga Penguasa Penjara KA41 yang terlibat, sila semak maklumat berkaitan dengan Penguasa Penjara sebelum hadir ke sesi temuduga. Maklumat jawatan ini ada dipaparkan dalam portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).
Fahami kerjaya Penguasa Penjara bermula dari tugas-tugas dan tanggung jawab, skop kerja dan tangga gaji selain dari proses kenaikan pangkat yang diberikan. Soalan temuduga yang bakal ditanya adalah seperti di bawah.
1. Perkenalkan diri dan latar belakang anda.
2. Ada tak ahli keluarga anda yang bekerja di Jabatan Penjara Malaysia?
3. Di mana anda belajar sebelum ini?
4. Mengapa anda nak mohon jawatan Penguasa Penjara sedangkan ada banyak lagi jawatan pegawai yang lain?
5. Kenapa tak nak teruskan kerja di tempat sekarang?
6. Sebelum ke mari, apa persediaan yang anda lakukan?
7. Apa tugas Penguasa Penjara yang anda tahu?
8. Terangkan fungsi Sistem Parol yang anda faham.
9. Apa sikap yang ada dalam diri anda untuk memegang jawatan Penguasa Penjara?
10. Apa kemahiran yang anda miliki untuk menjaga dan mengajar tahanan di penjara?
11. Berikan nama Ketua Pengarah Penjara, Timbalan Pengara Penjara, Ketua Menteri Kementerian Dalam Negeri yang anda tahu.
12. Apa pandangan anda tentang isu keganasan yang berlaku baru-baru ini?
13. Boleh anda terangkan rukun solat dan bacaan doa yang biasa dibaca selepas solat? Sekurang-kurangnya anda boleh bantu banduan di sini belajar mengenai agama islam.
14. Terangkan misi dan visi Jabatan Penjara Malaysia yang anda tahu.
15. Apakah maksud Penjara Sejahtera dan terangkan Akta Penjara yang anda tahu?
Leave a Reply