Temuduga Penolong Kurator
Penolong Kurator mempunyai tugas seperti memastikan keselamatan keselamatan dan repositori artifak, tugas-tugas pembangunan, aktiviti kaji selidik sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna, pameran dan diorama serta kerja-kerja yang berkaitan dengan program permuziuman.
Contoh soalan temuduga Penolong Kurator
Temuduga Penolong Kurator Gred S29 yang bakal berlangsung bergantung pada maklumat dari agensi atau jabatan yang berkaitan contohnya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Maklumat soalan temuduga yang berkaitan dengan Penolong Kurator adalah seperti di bawah.
1. Apakah tugas-tugas am seorang Penolong Kurator?
2. Berikan 5 tugas spesifik seorang Penolong Kurator.
3. Apa yang anda boleh terangkan mengenai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia?
4. Berikan nama 5 Bahagian atau Unit yang terdapat dalam Kementerian tersebut.
5. Pilih salah satu dari pada Bahagian atau Unit yang anda sebutkan tadi dan terangkan tentangnya.
6. Terdapat banyak Jabatan dan Agensi kerajaan yang bernaung di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, sebutkan 5 daripadanya.
7. Apakah fungsi Arkib Negara Malaysia?
8. Apakah kursus yang dianjurkan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan?
9. Sebutkan nama Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
10. Apakah pengiktirafan dan pencapaian yang diterima oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia?
11. Sebutkan 3 Program Pelancongan yang terdapat di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
12. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia turut menganjurkan kursus-kursus untuk menyokong industri pelancongan, senaraikan 3 kursus sebagai contoh.
13. Bagi menggalakkan industri pelancongan, kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menyediakan Tabung dan Insentif. Berikan 3 contoh Tabung dan Insentif tersebut.
14. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menyediakan aplikasi untuk Perkhidmatan Dalam Talian. Berikan 3 contoh aplikasi tersebut.
15. Apakah lain-lain perkhidmatan yang terdapat di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia? Berikan 5 contoh yang mudah.
Leave a Reply