Temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
Selepas keputusan peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), calon-calon perlu membuat persediaan untuk menghadapi tapisan temuduga. Temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27 memerlukan anda faham apakah tugas-tugas bagi jawatan ini.
Secara umumnya, seorang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat bertanggung jawab untuk memberikan perkhidmatan secara rundingan, merancang aktiviti setiap hari, memantau penghuni di penjara dan pusat pemulihan dadah.
Mereka turut bertanggung jawab untuk memberikan khidmat kaunseling kepada mereka yang membuat kesalahan juvana dan akhlak. Bantuan kepada orang kurang upaya, warga emas, miskin, papa dan mangsa bencana alam turut dipikul oleh seorang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat.
Panel penemuduga terdiri daripada panel yang melibatkan seorang pegawai sehinggalah kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Negeri. Jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat ditempatkan mengikut kepada kementerian atau jabatan kerajaan yang mempunyai kekosongan contohnya Kementerian Pembangunan Wanita,. Keluarga dan Masyarakat.
Biasanya calon-calon yang berjaya dalam temuduga akan ditempatkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Jadi soalan temuduga yang ditanya akan berkait rapat dengan JKM dan beberapa isu semasa yang berkaitan.
Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
1. Apakah visi dan misi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang anda tahu?
2. Apakah kumpulan yang disasarkan oleh JKM
3. Berikan contoh akta yang digunakan oleh JKM
4. Sebutkan nama menteri KPWKM yang anda tahu
5. Siapakah nama Ketua Pengarah JKM?
6. Nyatakan tugas-tugas seorang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
7. Senaraikan perkhidmatan yang JKM sediakan
8. Mengapa anda pilih Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat sebagai karier?
9. Terangkan definisi bagi seorang kanak-kanak
10. Nyatakan 3 contoh agensi di bawah KPWKM?
11. Apakah bantuan yang diberikan oleh JKM kepada mereka yang layak?
12. Beri contoh kategori OKU dan kelebihan bila mendaftar sebagai OKU
13. Apakah sumbangan yang pernah anda berikan kepada masyarakat?
14. Pernahkah anda terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan?
15. Apakah perbezaan Jabatan Kemajuan Masyarakat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat?
16. Nyatakan golongan yang layak menerima Bantuan Pesakit dengan kadar yang layak diterima
17. Menurut Akta Kanak-Kanak 2001, apakah klasifikasi sekolah selamat?
18. Huraikan tanggung jawab sebagai seorang Pegawai Akhlak
19. Terangkan bagaimana prosedur untuk menangani kes bencana
20. Bagaimanakah prosedur untuk membuat pendaftaran bagi sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak?
Jika anda mahukan lebih banyak tips temuduga kerja kerajaan, terus ke laman www.kerja-kerajaan.com
syukri hilmi says
boleh tak bagi jawapan untuk soalan nomber 19 iaitu prosedur menangi bencana
terima kasih