Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Persediaan Temuduga » Soalan Temuduga Pegawai Tadbir Dan Diplomatik
Soalan Temuduga Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

Ikhwan Fahmi January 21, 2016 Leave a Comment

Soalan Temuduga Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

Soalan temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 sudah selesai. Keputusan calon-calon yang melepasi tapisan peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik bakal meneruskan perjalanan ke sesi temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Saya mengambil inisiatif untuk mengumpulkan contoh soalan temuduga yang berkaitan dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebagai persiapan. Sebelum sampai ke temuduga anda harus melepasi PAC dan psikometrik pegawai tadbir diplomatik.

 

Contoh soalan temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Soalan-soalan temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang dihimpunkan di sini merupakan perkongsian daripada calon-calon yang telah menghadiri tapisan tersebut.

1. Sila perkenalkan diri anda (jawab soalan mengikut bahasa yang digunakan oleh panel, jika bahasa Melayu, anda jawablah dalam bahasa Melayu).

2. Ceritakan aktiviti kokurikulum semasa anda di sekolah dan universiti (berikan jawapan yang menampilkan anda sebagai calon yang aktif dalam persatuan, kelab, sukan dan berkepimpinan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik)

3. Mengapa anda nampak macam gemuk atau kurus? Jangan sentap dengan soalan ini kerana untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Indeks Berat Badan (BMI) anda mestilah 26. Jika anda gemuk atau kurus, anda beritahu panel bahawa anda sedang berusaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan mematuhi keperluan BMI sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

4. Mengapa anda mahu jadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik? Bagaimana mahu jadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang kreatif, inovatif dan produktif?

5. Terangkan tugas-tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang wajib anda ketahui.

6. Apa yang anda faham mengenai Program Transformasi Kerajaan (GTP)?

7. Apakah tema Hari Kemerdekaan yang terkini? Apa yang anda faham mengenai tema berkenaan?

8. Soalan berbentuk situasi. Anda perlu bersedia dengan apa-apa soalan yang diajukan oleh panel penemuduga. Sebagai contoh, anda sudah berada di lapangan terbang untuk bercuti bersama keluarga. Percutian ini sudah sekian lama dirancang dan ianya amat penting bagi anda. Sebelum menaiki kapal terbang, pegawai atasan anda menelefon untuk meminta anda datang bertugas. Bagaimana anda berhadapan dengan situasi ini?

9. Sebutkan 3 contoh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT? Jawab ikut PBT di tempat anda atau paling mudah ambil sahaja contoh PBT yang ada di sekitar Kuala Lumpur.

10. Bagaimana nak atasi karenah birokrasi?

11. Apa soalan yang anda mahu tanya kepada kami? Inilah masanya untuk anda bertanyakan soalan kepada panel yang hadir. Pastikan anda bertanyakan soalan kerana ini adalah peluang untuk anda mendapatkan maklumat yang terbaik berkaitan dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

 

soalan temuduga pegawai tadbir dan diplomatik

Pastikan anda membuat persediaan untuk menduduki temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

 

Sebelum hadir ke sesi temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik, pastikan anda menyusun sijil-sijil akademik secara kronologi iaitu dari yang terendah kepada yang tertinggi. Mulakan dari sekolah rendah, sekolah menengah dan hingga ke universiti. Untuk mendapatkan lebih banyak persediaan untuk temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik, terus baca artikel ini

Bacaan Tambahan:

  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • Ujian Psikometrik Yang Sukar, Bagaimana Nak Menjawabnya
    Ujian Psikometrik Yang Sukar, Bagaimana Nak Menjawabnya?
  • 7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
    7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
  • temuduga kerja kerajaan
    Soalan Motivasi & Hipotesis dalam Temuduga Kerja…
  • soalan temuduga kerajaan
    7 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan yang Selalu Disoal…

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: pegawai tadbir dan diplomatik, soalan temuduga pegawai tadbir dan diplomatik

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Tingkatkan Nilai Diri: 9 Kemahiran Diperlukan Oleh Majikan & Cara Kuasainya
  • Gagal Temuduga Kerja Kerajaan Bukan Penamat: Cara Bangkit dan Perbaiki Diri untuk Percubaan Seterusnya
  • Perlukah Fasih Berbahasa Inggeris untuk Temuduga Kerajaan? Tip Kuasai Bahasa untuk Calon
  • Lulus Ujian Fizikal & Pancaindera: Tips Persediaan untuk Calon Jawatan Beruniform
  • Temuduga Kerja Kerajaan Secara Online? Tips Berkesan Untuk Anda

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume contoh objektif kerjaya untuk resume exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja resume kerja kerajaan separa perubatan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA