Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Kewangan » Tips Kewangan Untuk Graduan
Tips Kewangan Untuk Graduan

Ikhwan Fahmi June 9, 2017 1 Comment

Tips Kewangan Untuk Graduan

Tips kewangan untuk graduan

Bagi graduan yang bakal menamatkan pengajian di universiti, anda harus bersiap sedia bukan sahaja untuk mencari kerja, tetapi untuk merancang kewangan. Hanya dengan merancang kewangan anda boleh susun strategi untuk menyimpan dan membeli di masa yang akan datang. Tips kewangan untuk graduan ini boleh mengelakkan anda daripada membazir wang.

 

Tips kewangan untuk graduan

Usah hidup tanpa perancangan kerjaya dan kewangan, jika tidak gelap masa depan anda.

 

1. Berhenti berharap. Bila anda baru bekerja, usah berharap anda akan dapat menaiki kereta mewah, rumah mewah, makan di restoran mewah dan membeli barang atau pakaian berjenama mewah. Simpan wang anda untuk kecemasan, kehendak ditangguhkan dahulu.

2. Cari penasihat. Bertanyalah kepada mereka yang mempunyai pengalaman untuk menguruskan wang dengan lebih efektif. Bukan dari mereka yang berbelanja tanpa ilmu. Jika tidak mampu, anda boleh dapatkan buku-buku kewangan yang ada di kedai buku. Pastikan ianya ditulis oleh penasihat kewangan yang berpengalaman.

3. Objektif kewangan yang jelas. Untuk mencapai kebebasan kewangan, anda harus belajar dari mereka yang benar-benar mempraktikkan ilmu kewangan, bukan sekadar cakap sahaja. Contohnya, anda harus belajar ilmu rumah sewa dari mereka yang memiliki rumah sewa.

4. Kumpul pengalaman. Anda masih muda, cari pengalaman kerja yang boleh memandaikan anda. Ilmu yang anda harus pelajari bukan sekadar wang sahaja, tetapi perniagaan, pelaburan dan pengurusan.

5. Kerja di syarikat yang baru bermula. Biasanya syarikat seperti ini baru sahaja ditubuhkan. Lihat bagaimana pengurusan pentadbiran dilakukan. Kemudian bergeraklah perlahan-lahan bekerja di syarikat yang lebih besar. Dari situ anda boleh merancang bagaimana untuk menguruskan syarikat sendiri.

6. Simpan aset. Aset adalah sesuatu yang boleh memberikan aliran tunai yang positif. Jika anda memiliki rumah sewa tetapi tidak mendatangkan lebihan tunai, maka ia bukanlah aset lagi. Wang anda berkurangan kerana menanggung sebuah liabiliti.

7. Melawan arus. Jika ramai orang membazirkan wang, anda usah terikut dengan sikap sebegitu. Anda teruskanlah usaha menyimpan wang. Bila sudah banyak, anda boleh laburkan wang tersebut dalam unit amanah atau gunakan untuk deposit membeli rumah.

8. Elakkan berhutang. Anda sudah ada hutang belajar seperti PTPTN. Usah meminjam wang untuk memulakan bisnes. Guna apa yang ada dalam diri anda. Hutang bisnes hanyalah untuk membesarkan perniagaan. Bila anda membeli rumah, pastikan hutang yang dibuat mampu dilunaskan setiap bulan.

9. Uruskan masa dengan baik. Anda ada 24 jam sehari. Penuhi waktu tersebut supaya masa yang ada tak dibazirkan dan diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Selepas balik kerja, isi masa anda untuk belajar cara-cara menambah pendapatan dan menggandakan simpanan anda. Ambil inisiatif untuk hadir ke seminar atau bengkel yang boleh membantu anda menjana dan menguruskan pendapatan.

10. Bercita-cita tinggi. Katakan anda bermula dengan kerja makan gaji. Satu hari nanti anda bercadang untuk menubuhkan syarikat sendiri. Mulakan dengan Enterprise, diikuti dengan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) dan seterusnya Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.).

Bermula dengan anda seorang, kemudian mengambil 5 orang pekerja seterusnya mempunyai lebih 50 orang pekerja. Tidak salah kerja makan gaji, tetapi biarlah kerja dengan syarikat sendiri supaya anda boleh membantu orang lain mendapat sumber pendapatan dan berkongsi rezeki dengan anda.

 

Kesimpulannya, dari seorang graduan yang tidak memiliki apa-apa pekerjaan, anda mampu mengubah nasib anda dengan mendapat kerja yang stabil. Dari situ anda boleh belajar untuk jadi pengurus yang boleh membina syarikat sendiri dan menjadi pemimpin untuk membina kerjaya orang lain.

Bacaan Tambahan:

  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan
    7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon…
  • soalan temuduga kerajaan
    7 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan yang Selalu Disoal…
  • temuduga kerja kerajaan
    Soalan Motivasi & Hipotesis dalam Temuduga Kerja…
  • Rahsia Sulit 7 Cara Terbaik untuk Lulus Temuduga Kerja Kerajaan yang Anda Idamkan
    Rahsia Sulit: 7 Cara Terbaik untuk Lulus Temuduga…

Filed Under: Kewangan Tagged With: tips kewangan untuk graduan

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Comments

  1. Zaini says

    July 27, 2017 at 11:00 pm

    Daripada pengalaman berjimat cermat dengan wang semasa graduan, pasti akan membantu mereka jadi seorang yang lebih pandai mengurus wang ketika bekerja.

    Hutang paling ditakuti sebab akan mengheret peminjam terus bekerja dan membayar komitmen akan datang.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Resume Mantap untuk Kerja Kerajaan: 5 Tip Khas untuk Lepasan SPM & Graduan
  • 7 Kesilapan Lazim Calon Semasa Mengisi Borang SPA9 & Cara Mengelakkannya
  • Selain SPA: 5 Sumber Kerja Kerajaan Lain yang Ramai Calon Terlepas Pandang
  • Graduan Tanpa Pengalaman? 6 Langkah Proaktif Dapatkan Kerja Kerajaan Pertama Anda
  • Nak Pilih Kerjaya Apa? Panduan Memilih Kerjaya Sesuai Minat & Kelayakan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA