Tips susun format resume anda
Sebahagian majikan mempunyai banyak permohonan kerja yang mempunyai kelayakan yang sama dan kelulusan yang tidak jauh bezanya. Jadi anda yang membuat permohonan kerja perlu menghasilkan resume yang mempunyai format teratur dan mampu menambat hati majikan. Tips susun format resume anda perlu dilakar terlebih dahulu untuk mendapatkan gambaran awal.
Usah guna template
Jika anda menggunakan Microsoft Word untuk menaip resume, ia akan menyediakan anda contoh resume di bahagian template. Elakkan daripada menggunakannya kerana ia sudah ketinggalan. Selain itu, template tersebut turut digunakan oleh ramai pengguna Microsoft di seluruh dunia. Carilah contoh resume kerja yang berbeza dan unik daripada resume yang ada di situ.
Usah masukkan banyak gambar
Resume anda mestilah tidak lebih dari 2 halaman. Bahagian objektif kerjaya dan pengalaman mestilah menjadi bahagian yang terpanjang dalam resume anda. Elakkan daripada memasukkan gambar-gambar contoh kerja anda kerana ia akan memakan banyak ruang di resume anda. Masukkan contoh-contoh kerja anda dalam satu portfolio yang berasingan.
Tulisan yang kemas
Gunakan font dan saiz tulisan yang konsisten, usah pilih font yang berkerawang seperti kad jemputan kahwin. Gunakan huruf besar untuk menulis tajuk utama dalam resume dengan huruf yang ditebalkan. Saiz yang sesuai untuk menulis font resume ialah 12 – 14 poin. Usah terlalu kecil atau terlalu besar kerana ia akan menyakitkan mata bakal majikan anda.
Resume anda haruslah dijarakkan dengan mematuhi ukuran yang standard bagi sebuah resume. Ini boleh diperolehi dalam ebook Rahsia Resume Kerja di laman www.ResumeKerja.com yang menghimpunkan tips penulisan resume dan contoh resume yang mematuhi standard dalam industri pekerjaan baik sektor kerajaan atau sektor swasta.
Cetak resume anda dan buat semakan ejaan, maklumat dan susunan sebelum anda memberikan beberapa salinan resume tersebut kepada rakan-rakan untuk mendapatkan komen dari mereka yang berpengalaman dalam kerjaya. Adalah lebih baik lagi jika anda dapat merujuk kepada mereka yang bertugas dalam bidang Sumber Manusia bagi memeriksa resume anda sama ada betul atau tidak.
Leave a Reply