10 faktor kegagalan temuduga kerja kerajaan
Memasuki sektor awam atau kerja kerajaan merupakan impian ramai masyarakat di Malaysia. Saingan yang sengit dalam peperiksaan online anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah cukup membuktikan bahawa kerja kerajaan ini mempunyai permintaan yang amat tinggi. Selepas tapisan peperiksaan, tapisan temuduga menanti calon-calon yang layak. Di sini saya lampirkan 12 faktor kegagalan temuduga kerja kerajaan yang kerap berlaku di kalangan calon temuduga kerja kerajaan.
1. Tidak selidik bentuk peperiksaan dan temuduga. Sebahagian besar calon-calon tidak membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan dan temuduga awam yang bakal berlangsung. Ada yang hadir dengan sikap yang acuh tidak acuh sahaja. “Kalau lulus, boleh ke temuduga. Kalau berjaya, rezeki terpijaklah”, itulah sebahagian kata-kata calon tersebut. Elakkan daripada berfikiran seperti ini. Ambil inisiatif untuk berjaya. Buat persediaan dengan sewajarnya. Buat rujukan persediaan peperiksaan dan temuduga kerja kerajaan.
2. Hadir tanpa persediaan. Hadir dengan tangan kosong tanpa sebarang bekalan informasi yang berkaitan dengan peperiksaan mahu pun temuduga kerja kerajaan. Ini merupakah tiket bagi kegagalan anda. Jika anda mengambil inisiatif untuk membuat persediaan, peratusan untuk anda berjaya akan menjadi lebih tinggi. Saingan untuk memasuki kerja kerajaan amatlah tinggi. Menurut pihak SPA, 2 kekosongan jawatan yang ada memerlukan tapisan seramai 10,000 orang calon. Buatlah persediaan menghadapi peperiksaan dan temuduga kerja kerajaan dengan serius.
3. Darah gemuruh. Perasaan ini tidak dapat dielakkan kerana anda bukannya hari-hari pergi menghadap peperiksaan atau temuduga. Situasi ini boleh mengakibatkan daya fikiran anda tidak sama dengan kepandaian yang anda miliki. Akibatnya prestasi anda tidak dapat ditampilkan secara maksimum. Ini telah mengakibatkan peluang yang terhidang di depan anda terbiar begitu sahaja.
4. Mendiamkan diri semasa temuduga. Bersikap pasif semasa temuduga memang merugikan. Anda hadir ke sesi temuduga kerajaan bukan untuk menjadi tunggul kayu. Apa yang disoal sepatah oleh penemuduga, maka sepatah jugalah yang anda jawab.
5. Dokumen berkaitan tidak disertakan. Dokumen sokongan dan akademik tidak dibawa bersama semasa sesi temuduga. Hanya yang ada ialah sijil-sijil yang tidak begitu membantu. Penemuduga akan melihat anda tidak serius untuk ditemuduga. Elakkan daripada perkara ini berlaku kerana bukan sesuatu yang mudah untuk memasuki kerja kerajaan.
6. Datang lambat ke sesi temuduga. Sekiranya anda dipanggil ke sesi temuduga, sudah pasti waktu temuduga tersebut ada dinyatakan bersama. Sekiranya anda perlu hadir temuduga pada sesi pagi, maka anda perlu meluangkan sekurang-kuranya 1 jam awal atau keluar dari rumah 2 jam awal. Perjalanan anda ke lokasi mungkin akan mengalami kesesakan lalu lintas atau tersalah alamat. Jadi rancang perjalanan anda supaya tidak lewat ke sesi temuduga.
7. Tidak ambil tahu isu semasa. Salah satu soalan yang gemar ditanya oleh penemuduga ialah isu semasa yang berlaku. Ini dilakukan untuk menguji anda sama ada peka atau tidak dengan isu semasa.
8. Menipu semasa menjawab soalan. Kejujuran anda boleh dinilai semasa sesi temuduga berjalan. Penemuduga yang memberikan soalan kepada anda bukanlah calang-calang oranya. Mereka pastinya memiliki pengalaman yang banyak dalam menapis calon-calon. Hanya dengan memerhatikan riak wajah anda, gerak geri anda dan gaya percakapan anda, kejujuran anda sudah dapat dinilai dengan mudah. Jadi elakkan daripada menipu semasa menjawab soalan temuduga.
9. Pakaian tidak memenuhi standard. Standard pakaian untuk temuduga kerja kerajaan pastinya berbeza dengan pakaian kerja swasta. Meski pun ianya tida jauh beza, untuk kerja kerajaan anda harus memenuhi kriteria yang diperlukan. Contoh yang paling mudah ialah anda lihat pada pakaian yang dipakai oleh penjawat awam di sebuah kementerian, jabatan atau agensi kerajaan. Baju kemeja lengan panjang, seluar slack dan bertali leher serta berkasut sarung yang sesuai.
10. Tidur lambat pada malam sebelumnya. Segelintir calon berjaga malam atau tidak tidur langsung pada malam menjelang sesi peperiksaan atau temuduga kerja kerajaan. Ini bakal memberi kesan kepada rupa wajah anda yang akan kelihatan letih kerana tidak cukup tidur. Badan anda pula akan berasa lesu dan pemikiran anda mungkin tidak selari dengan tindakan. Oleh itu prestasi anda pasti tidak dapat dipersempahkan dengan tahap optimum. Oleh itu pastikan anda tidur awal untuk mendapatkan rehat yang cukup.
10 tips di atas merupakan garis panduan yang umum sahaja mengenai peperiksaan dan temuduga kerja kerajaan. Anda boleh masuk ke sektor awam untuk kerja kerajaan dengan membuat persediaan dengan panduan yang telah diakui ramai dan terbukti dapat membantu anda terus lulus temuduga kerja kerajaan. Terus ke laman www.kerja-kerajaan.com untuk mendapatkan rujukan tersebut.
islam di dadaku says
interview ini mesti belajar betul karena sangat vital ketika nak melamar kerja
Mek ila Jual Vitamin says
Tips yang sangat berguna untuk mereka yang nak bekerja di sektor awam. Bab persediaan tu bagi Mek ila sangat-sangat penting kerana ianya bakal memberikan penilaian sama ada yang datang interview tu benar-benar berminat dengan kerja tersebut atau pun suka-suka sahaja.