Format peperiksaan online Pegawai Psikologi S41
Peperiksaan perkhidmatan awam yang dianjurkan oleh SPA kini telah dijalankan secara online. Kini calon-calon yang terlibat dengan peperiksaan awam ini sudah boleh membuat persediaan yang lebih teratur kerana tidak perlu keluar ke lokasi peperiksaan. Hanya perlukan sebuah komputer dan talian internet yang stabil. Format peperiksaan online Pegawai Psikologi S41 turut mengalami perubahan.
Peperiksaan online Pegawai Psikologi S41 yang bakal diadakan terbahagi kepada 3 komponen yang utama iaitu :
Seksyen A : Pengetahuan am
Seksyen B : Daya menyelesaikan masalah
Seksyen C : Ujian psikometrik
Seksyen A : Pengetahuan Am
Dalam seksyen A, soalan yang bakal ditanyakan meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan bidang psikologi. Sesuai dengan jawatan Pegawai Psikologi, bidang yang berkaitan adalah psikologi dan kaunseling. Oleh itu anda perlu mencari maklumat-maklumat seperti pengertian psikologi, kaunseling, kementerian, jabatan atau agensi kerajaan yang mempunyai jabatan psikologi dan kaunseling. Pastikan anda mengambil tahu objektif, misi dan visi ianya ditubuhkan dan bagaimana ianya dijalankan.
Selain itu, informasi seperti teknologi maklumat dan komunikasi tidak harus anda lupakan kerana tanpanya sukar untuk anda menjadi seorang Pegawai Psikologi. Setiap hari akan ada maklumat-maklumat terbaru yang perlu anda ketahui supaya sentiasa mengikuti perkembangan berita semasa. Ada banyak contoh-contoh berita di media massa yang boleh anda gunakan untuk psikologi dan kaunseling.
Selain itu, hal ehwal yang melibatkan pengurusan sumber manusia dan organisasi perlu anda ambil tahu. Ianya amat berkaitan dengan tugas dan tanggung jawab seorang Pegawai Psikologi. Bidang psikologi dan kaunseling amat berkaitan dengannya. Untuk melengkapkan persediaan peperiksaan anda, perancangan dan pentadbiran sosial juga perlu diambil kira. Kedua-dua perkara ini memainkan peranan yang penting untuk anda menyediakan maklumat bagi menghadapi peperiksaan online Pegawai Psikologi S41.
Seksyen B : Daya menyelesaikan masalah
Untuk lulus dalam peperiksaan online Pegawai Psikologi S41, anda harus membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan pengiraan. Anda perlu tahu operasi asas dalam matematik yang semasa anda belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah dahulu. Rujuk kembali buku nota matematik yang terdapat di pasaran.
Anda tidak perlu bimbang kerana pihak SPA sendiri anda menyediakan garis panduan untuk anda membuat persediaan. Anda perlu membuat penyelesaian masalah yang diberi dengan menggunakan kaedah di bawah iaitu :
1. Kemahiran Logik. Anda perlu menggunakan kemahiran logik untuk membuat pilihan jawapan yang benar atau mengenal pasti jawapan yang salah.
2. Kemahiran Menginterpretasikan Data. Anda perlu membuat analisis data-data yang diberikan untuk mendapat penyelesaiannya. Anda boleh menggunakan jadual, graf dan formula untuk memudahkan pengiraan.
3. Konsep Matematik. Konsep matematik seperti numeric, kuantitatif dan kemahiran nombor boleh digunakan semasa menjawab soalan yang dikemukakan. Ia termasuklah konsep dan kebolehan untuk memahami dan berfikir secara kuantitatif yang selari dengan tugasan seorang Pegawai Psikologi. Anda tidak perlu bimbang kerana tahap matematik yang diaplikasikan tidak melebihi silibus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Anda sudah semestinya mempunyai pengalaman sebagai pelajar SPM.
Seksyen C : Ujian psikometrik
Ujian psikometrik ini diadakan bagi menguji sikap anda, cara anda membuat keputusan dan respon terhadap situasi yang diberikan. Oleh itu anda perlu menjawab dengan berhati-hati kerana soalan yang diberikan mempunyai jawapan yang hampir sama atau tepat.
Kesimpulan
Untuk menjadi seorang Pegawai Psikologi S41, anda bukan hanya perlu lulus dalam peperiksaan online yang dijalankan, tetapi juga harus melepasi tapisan temuduga yang dijalankan selepas anda lulus peperiksaan online Pegawai Psikologi S41. Bentuk soalan akan ditanyakan ada dalam 3 kategori. Jumlah soalan dan markah termasuklah masa menjawab akan ditentukan oleh pihak SPA dari masa ke semasa.
Jadi apa yang perlu anda lakukan ialah membuat persediaan yang rapi berdasarkan daripada maklumat yang berkaitan dengan Pegawai Psikologi itu sendiri. Terus ke laman www.PegawaiPsikologi.com untuk mendapatkan pakej rujukan peperiksaan online Penguasa Psikologi S41.
sensasi2020 says
Semoga bakal-bakal calon yang ingin menduduki peperiksaan itu buat persediaan awal.
myliferia says
Untung betul para pegawai Psikologi S41 dapat panduan macam ni. All the best buat semua calon. 🙂
zalnun says
Tahniah kepada yang terpilih untuk menduduki peperiksaan pegawai psikologi S41 pada 25 Mac ini. Anda buat yang terbaik dan sehabis baik untuk peperiksaan pegawai psikologi ini. Banyakkan membuat rujukan nota berkaitan peperiksaan ini. Good luck semua 🙂
KerjayaMalaysia says
Saya doakan semoga anda yang terpanggil untuk menjadi calon peperiksaan pegawai psikologi S41 pada 25 Mac 2015 nanti berjaya menjawab soalan exam. Calon juga boleh mengambil peluang dan kesempatan ini untuk merujuk nota-nota pantas yang diberikan oleh Tim InfoKerjaya. Selamat Maju Jaya.
BloggInspired says
Peperiksaan online mempunyai cabarannya yang tersendiri. Setiap calon perlu mengambil peluang yang diberi dengan sebaiknya.
Media Kerjaya says
Peperiksaan online pegawai psikologi berbeza format dengan peperiksaan psikologi yang sebelumnya. Dengan adanya panduan ini di harap dapat membantu calon membuat persediaan terbaik 🙂
Laman Kerjaya says
Diharapkan calon-calon peperiksaan online Pegawai Psikologi S41 tahun ini bersiap sedia lebih awal. Berdasarkan pengalaman tahun-tahun lepas, ramai yang dipanggil menduduki exam online, namun kekosongan terhad. Anda wajib skor!