Mungkin tahun 2014 ini peluang untuk anda masuk ke kerjaya kerajaan. Banyak tempat dijangka akan diisi pada tahun ini berbanding tahun 2013 iaitu 60,059 orang.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan kira-kira 100,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam untuk diisi dalam tahun ini.
Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam, berkata kekosongan jawatan itu membabitkan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri.
“Kebanyakan kekosongan adalah pada peringkat kumpulan sokongan memandangkan lebih 70 peratus jawatan dalam perkhidmatan awam ketika ini diisi kumpulan itu,” katanya
(Sumber: Berita Harian Online)
100,000 jawatan kosong untuk rakyat Malaysia. Bunyinya ramai tetapi harus diingat yang jumlah permohonan mencecah jutaan. Mengikut data tahun 2013, lebih dua juta permohonan diterima pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan sudah 262,911 dipanggil ke sesi temuduga.
Sememangnya diketahui yang jawatan kerja kerajaan ini adalah rebutan graduan yang mengimpikan kestabilan kerja dan data ini mengeyakan fakta ini.
Letak diri anda pada pandangan yang lebih luas, bagaimana untuk anda menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Jangan hanya fokus kepada apa yang anda ada, tetapi fokus bagaimana untuk anda meningkatkan lagi potensi sedia ada.
Menurut Tan Sri Mahmood Adam lagi, calon yang mahu berjaya bukan hanya sekadar bergantung kepada kelulusan, kelayakan dan kebolehan, tetapi harus bersama kualiti teras antaranya;
- Cepat
- Tepat
- Produktif
- Kreatif
- Inovatif
Itu ‘hint‘ berharga yang diberikan oleh Pengerusi SPA sendiri. Persoalannya apa yang telah graduan lakukan untuk menepati kehendak SPA ini sekaligus mengenepikan persaingan jutaan permohonan yang lain. Tepuk dada tanya usaha anda.
Cukuplah mengeluh, berusaha sehabis baik untuk tambah nilai pada diri anda.
Annusik95 says
Поймай удачу! Благотворительный фонд “Измени мир – твори добро”