Salam Hormat,
Pengalaman saya baru-baru ini berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar sebuah sekolah menengah daripada tingkatan 1 hingga 5 amat menarik sekali. Sepanjang 1 jam perkongsian saya, apabila soalan ditanya mengapa mereka perlu belajar rata-rata pelajar menjawab belajar untuk ke menara gading.
Ini adalah matlamat mereka mengapa mereka perlu belajar dan skor dalam peperiksaan. Hal ini juga berlanjutan hinggalah ke universiti, iaitu ramai yang menyatakan mereka perlu skor dalam peperiksaan untuk mendapat CGPA yang baik supaya menjamin mereka mendapat pekerjaan yang baik. Mind set ini telah lama ditanam di dalam kepada bakal graduan hinggalah apabila tiba saat mereka memohon pekerjaan, tekanan demi tekanan mereka hadapi.
Tekanan ini melibatkan mereka penat mencari pekerjaan, pekerjaan tidak sesuai dengan minat mereka dan pelbagai lagi. Punca pengangguran berikutan ini, disebabkan ramai yang memilih pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka. Ada yang menunggu berbulan-bulan hinggalah bertahun mereka menunggu. Mind set belajar untuk kerja membuat mereka tertekan dengan diri mereka sendiri.
Oleh itu amatlah disarankan untuk graduan, atau para pelajar sejak dibangku sekolah lagi belajar disebabkan ilmu pengetahuan mereka. Mereka belajar kerana sukakan ilmu. Mind set perlu diubah supaya mereka lebih bersedia dengan situasi selepas tamat pengajian mereka. Tambahkan ilmu perniagaan semasa dalam pelajaran supaya lebih bersedia menempuh dunia sebenar selepas tamat pengajian jika sekiranya terlewat mendapat pekerjaan.
“Saya belajar untuk saya bekerja”
“Saya kerja untuk saya belajar”
Lihat matlamat anda, pilih mind set anda dan arahkan diri anda ke arah kejayaan seterusnya…
Assalam..setuju sangat dengan artikel di atas. Rata-rata pelajar hanya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai CGPA terbaik dan berlumba-lumba mencari pekerjaan. Sepatutnya mereka menuntut ilmu seikhlas hati. Suatu perkara yang menarik perhatian saya juga, kenapa pelajar dididik belajar untuk mencari pekerjaan? Jarang sekali pelajar dididik untuk membuat perniagaan. Seperti yang kita tahu, berniaga merupakan 9/10 sumber pendapatan, tapi bila ramai yang berebut-rebut mengejar 1/10 pendapatan, maka ramailah yang menganggur.
Kebanyakan mereka yang menganggur pula tak berani nak membuka perniagaan sendiri kerana takutkan risiko dan kurang ilmu serta pengalaman. Masalah ni boleh diatasi dengan merujuk pada orang yang berilmu dan berpengalaman dalam perniagaan. Jika berminat untuk tahu bagaimana boleh PM saya di FB (Nurshuhada Tahir) atau WhatsApp/Mesej di no 017-7346298.
Saya sekadar ingin berkongsi peluang khasnya kepada mereka yang masih lagi menganggur.
Terima kasih.