Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Penulisan Resume » 12 Elemen Yang Wajib Ada Dalam Resume
12 Elemen Yang Wajib Ada Dalam Resume

Ikhwan Fahmi August 1, 2015 Leave a Comment

12 Elemen Yang Wajib Ada Dalam Resume

12 elemen yang wajib ada dalam resume

Dalam menghasilkan resume yang ringkas dan berinformasi, anda perlu masukkan komponen penting yang biasanya digunakan dalam industri pekerjaan. Terdapat 12 elemen yang wajib ada dalam resume anda. Gunakan ia sebagai panduan setiap kali menghantar resume kepada pihak majikan. Ianya disusun sebagai satu panduan umum supaya anda tidak buntu semasa menyediakan resume.

 

12 elemen yang wajib ada dalam resume

Senaraikan apa perkara yang perlu ada dalam sebuah resume.

 

1. Gambar anda. Ini ialah perkara paling asas. Letakkan gambar anda yang terkini. Pastikan ianya tidak banyak bezanya dengan rupa anda. Gunakan gambar anda dengan berpakaian kot atau sekurang-kurangnya t-shirt berkolar.

2. Tajuk. Tuliskan tajuk permohonan anda yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Rujuk kepada iklan yang telah dikeluarkan oleh syarikat yang menawarkan pekerjaan tersebut kepada anda.

3. Tarikh. Ia merujuk kepada tarikh resume tersebut ditulis.

4. Maklumat peribadi. Mulakan dengan nama, alamat surat-menyurat, tinggi, berat, status perkahwinan, minat, hobi dan bilangan adik-beradik.

5. Objektif kerjaya. Apa yang anda mahu capai dalam kerjaya anda? Di sini anda perlu jelaskan apakah tujuan yang anda cari dalam pekerjaan anda. Secara ringkasnya, ia menggambarkan kepuasan anda dalam bekerja. Klik sini untuk lihat contoh objektif kerjaya.

6. Latar belakang akademik. Masukkan maklumat ringkas sekolah, kolej, institusi atau universiti tempat anda belajar. Sertakan peringkat sijil, diploma atau ijazah.

7. Program yang pernah dihadiri. Ini merujuk kepada kursus, program atau acara yang berbentuk akademik atau yang berkaitan dengan bidang pengajian anda.

8. Pengalaman kerja. Letakkan berapa tahun anda bekerja, di syarikat mana dan apa tugas-tugas yang anda lakukan semasa bekerja di sana.

9. Pencapaian. Mungkin anda ada menyertai pertandingan atau menjadi petugas di mana-mana badan sukarelawan atau bukan kerajaan.

10. Kemahiran tambahan. Selain dari pengetahuan dan pengalaman kerja anda, apa lagi kepakaran anda? Tuliskan di bahagian ini. Ia boleh membantu anda memikat bakal majikan. Mungkin anda graduan dari lulusan senilukis dan senireka, tetapi anda mempunyai kemahiran membaiki komputer.

11. Kokurikulum. Apa jenis sukan, persatuan, kelab dan unit beruniform yang anda sertai? Senaraikannya supaya pihak majikan boleh menilai anda.

12. Rujukan. Masukkan 2 penama yang boleh menjadi rujukan anda. Pastikan anda memberitahu mereka terlebih dahulu supaya tidak terkejut. Hubungi mereka tentang hajat anda untuk meletakkan nama sebagai perujuk yang boleh menceritakan tentang diri anda.

Bacaan Tambahan:

  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • 7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
    7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
  • soalan temuduga kerajaan
    7 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan yang Selalu Disoal…
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan
    7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon…
  • temuduga kerja kerajaan
    Soalan Motivasi & Hipotesis dalam Temuduga Kerja…

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: cara tulis resume, penulisan resume

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Tingkatkan Nilai Diri: 9 Kemahiran Diperlukan Oleh Majikan & Cara Kuasainya
  • Gagal Temuduga Kerja Kerajaan Bukan Penamat: Cara Bangkit dan Perbaiki Diri untuk Percubaan Seterusnya
  • Perlukah Fasih Berbahasa Inggeris untuk Temuduga Kerajaan? Tip Kuasai Bahasa untuk Calon
  • Lulus Ujian Fizikal & Pancaindera: Tips Persediaan untuk Calon Jawatan Beruniform
  • Temuduga Kerja Kerajaan Secara Online? Tips Berkesan Untuk Anda

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume contoh objektif kerjaya untuk resume exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja resume kerja kerajaan separa perubatan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA