SPA Buka Peluang Kedua – Exam Penolong Penguasa Kastam

“Tahniah dan terima kasih untuk pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)”

Rasanya itu adalah maklumbalas gembira daripada calon-calon yang menghadapi masalah dalam sesi peperiksaan semalam (5 OGOS 2014). Pihak SPA telah mengambil langkah proaktif dengan membuat mesyuarat terus hasil dari ‘feedback’ calon peperiksaan. Hasilnya;

  • Peperiksaan Ulangan akan dilangsungpada 13 OGOS 2014
  • Calon perlu hantar aduan sebelum jam 12 tengahari 8 OGOS 2014 untuk dimasukkan ke sesi peperiksaan ulangan
  • Aduan boleh dilakukan di Aduan SPA

Gunakan bahasa yang sopan mempamerkan anda adalah calon perkhidmatan awam yang bakal menjawat jawatan ini. Jangan gunakan bahasa kasar/kesat. Ambil peluang ini dan ini adalah hak anda

Berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Kenyataan Rasmi SPA
Kenyataan Rasmi SPA

 

Kami di Tim Infokerjaya mengucapkan salam sukses untuk anda!

 

66 thoughts on “SPA Buka Peluang Kedua – Exam Penolong Penguasa Kastam”

  1. aku dop dang pun nok jawap//sbb aku dop jupe pun soalan.. nok jawap gane…hbs klik orrr ..
    org ambil kat mane gop soalan tu…huhuhuhu

  2. Alhamdulillah utk seksyen A & B leh jawab dgn baik tapi seksyen C dah jawab 200 soalan siap semua hijau malangnya yg ruangan soalan telah di jawab 186 soalan..Harap Pihak SPA terima lah jawapan semua saya..

    Selamat maju jaya kepada Semua Calon hari ini..

    1. As Salam & Selamat sejahtera semua…

      At least korang sumer dpt panggilan kedua. Sy punya kes dh buat aduan then smpai ptg smlm tak trima apa2 panggilan. Then dpt email dr tim infokerjaya sroh email ke pegawai2 SPA. Dah buat pun tapi smpai tadi pagi tggu2 sorang pegawai pun tak reply email. So at last I juz gave up waiting. Pasrah je lah. Tapi still rasa diperlakukan secara sangat tdk adil sdgkan semua syarat diorang kita dh buat. Bila tgok komen2 kat sini rupa2nya masalah masih dua kali lima yer… Even worst…

      Tumpang tanya ckit bagi yg dapat panggilan kedua, soalan2 nya sama mcm sesi pertama ker? Difficulties level amacam?

      Anyway saya juz pujuk hati sendiri maybe saya tak kena panggilan kedua sbb sesi pertama hari tu mereka receive semua kot. Hehehe… All the best to all 🙂 As Salam

  3. hari semua bahagian saya jawab ok…bahagian c penghujung nak habes…baru problem…
    yang ini bahagian a langsung tak dapat masuk, agaknya b dengan c pun sama jugak lahh

      1. dah boleh masuk bahagian a..start pun lmbt 10 minit…bhgian b…zzz xsempat jwb lg 2 soalan ja…bhgian c ok….habis dah…bleh jwb ka

  4. exam 5 ogos tu ok lagi bg saya, yg ini lagi teruk……
    saya dah buat aduan dlm web spa…
    call dari td no busyyyyyyy…..hmmmm

  5. kata naik taraf fuction xde….kata nya 100mps…login tetap sama jgk..exam pertama ok gak..ase yang ni lg teruk…ape ni semua..permainan..nampak permainan dia..

  6. punyalah risau kenapa xdapat2 lg email untuk retest. rupa rupanya termasuk dlm spam. good luck untuk yg retest esok

  7. Alhamdulillah sy xdak sebarang masalah…semua bahagian sy dapat buat..walaupun bahagian A & B masa terlalu singkat,Alhamdulillah dpt jwb hbis kesemua..sy berserah & tawakal je ..kalau ada rezeki ada… terima kasih SPA..

  8. salam rakan2 blh x bantu nk semak kputusan exam sy hri 2…skgni pon bila nk cek blk dpat harap rakan dapat membantu saya..

  9. terima ksih memberi peluang kedua pada saya..sy nk buat aduan..aritu sy tak dapat nk jawab exam online..so skrg ape perlu sy buat

  10. Salam saya hanya dapat
    menjawab setelah 1 jam
    berlalu dan hanya
    sempat menjawab
    setengah soalan untk
    bahagian B.manakala
    bahgian A dan C saya
    dapat menjawab
    kesemua soalan.terima
    kasih memberikan
    peluang kedua.

  11. Nooramira bt musa

    Salam saya hanya dapat menjawab setelah 1 jam berlalu.dh hanya sempat menjawab setengah soalan untk bahagian A.manakala bahgian B dan C saya dapat menjawab kesemua soalan.terima kasih memberikan peluang kedua.

  12. Assalamualaikum..
    Saya tidak dapat menjawab peperiksaan exam on9..apabila saya masukkan nombor ic dan terus klik link utk jawap soalan…soalan tidak keluar…dan server menjadi loading page error…saya dtg awal ke cyber cafe pada jam 8.20a.m 5.8.2014,setelah berjam2 di situ saya masih gagal menjawab walau satu soalan pun..
    Diharap pihak spa dpt memperbaiki sistem on9 ini…dan memberikan peluang kedua kpd sesiapa yg komited bekerja dlm bidang ini..sekian.

  13. alhamdulillah masih ada peluang ke-2. kali ini saya akan manfaatkan peluang kali ke-2 dengan sebaiknya. kalau ada rezeki ada lah 🙂

  14. Seksyen A & B tak cukup masa. Login je dah keluar soalan. Masa untuk jawab soalan 1 dah berlalu. Orang lain dah jawab soalan 2 @ 3 Saya baru nak mula menjawab. Pagi exam saya call SPA server down, Diorang tak ada cakap pape pun untuk jawab exam. Kalau dah habis seksyen A, copy link seksyen A dan paste dekat New Tab untuk jawab soalan seksyen seterusnya… Saya ingat auto lepas seksyen A akan terus keluar seksyen B bila tiba masanya, tapi tidak.. Sedih betul.. Nasib baik try copy link… Kalau tak memang tak jawab soalan seksyen B & C.. Saya harap dapat peluang kedua untuk jawab exam.

  15. JAWAPAN DARI SPA TADI :

    STATUS PERTANYAAN: SELESAI

    Penyelesaian

    Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas adalah berkaitan. Terima kasih atas maklum balas yang dikemukakan. Kami memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh pihak puan berhubung peperiksaan yang dimaksudkan. SPA mengambil maklum perkara tersebut dan peperiksaan kali kedua akan diadakan bagi calon-calon yang menghadapi masalah. Makluman peperiksaan kedua akan dihantar melalui emel sebelum 13 Ogos 2014. Bagi calon di sekitar Lembah Klang, dijemput hadir ke taklimat Peperiksaan Online pada 9 Ogos 2014 (Sabtu), jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Temu duga SPA, Aras 6, Blok C7, Putrajaya. Sekian, terima kasih.

  16. Salam sejahtera..

    pada 05 Ogos 2014, saya langsung tidak dapat untuk menjawab peperiksaan bagi jawatan Penolong Penguasa Kastam W27.. telah berulang kali mencuba, tetap gagal.. terima kasih kepada pihak SPA kerana memberi saya dan calon – calon yang lain peluang kedua.. kami berharap masalah yang sama tidak berulang..

  17. Saya hanya dapat menjawab sec A & B je . sec C xdapat nk masuk . Kecewa betul . Berharap sangat dapat peluang kedua ni .

  18. Kalau kita dah hantar aduan, macam mana kita nak tau kita layak ambil peluang kedua tu? tiada respond dr email yg dihantar…

  19. Saya dapat menjawab Seksyen A & B. Tetapi terdapat sedikit masalah di Seksyen C di mana jumlah soalan yang dijawab hanya 194 soalan sahaja. Sedangkan saya sudah menjawab kesemua 200 soalan. Adakah saya berpeluang untuk menduduki semula exam ini?

  20. Marilah kawan-kawan, kita isi bahagian aduan dan harap termasuk dalam senarai peperiksaan kali kedua. Time is running out.

  21. Noraisha Binti Mahad

    Terima kasih kepada SPA..

    Pada peringkat awal memang sukar untuk saya masuk Portal, Seksyen A & B saya dapat mejawabnya tetapi seksyen C saya telah mejawab semua soalan sebanyak 200 soalan tetap apabila saya lihat pada jumlah soalan yang dijawab sebanyak 129, pada hal bahagian no semuanya telah berwarna hijau dan saya sempat semak semula semua soalan telah dijawab. Adakah saya berpeluang menduduki semula atau macam mana keputusannya.

    Terima Kasih

  22. terima kasih kerana masih ada peluang kedua
    saya hanya dapat login pukul 9.50
    bahagia A- langsung tidak dapat menjawab
    bahagian B dan C- saya sempat menjawab

  23. hai,

    Exam ni saya hanya boleh log in jam 10 lebih, hnya sempat jawab 5 soalan sahaja bahagian A. lepastu dah jem and tak boleh nak masuk . Bahagian B & C langsung tak dapat nak jawap..

    thanks for the second change.

  24. Sec a- sy jz dpt jwp 25 soalan je sb x blh nk login…dpt login pn time dh dkt nk hbs tp sec b dan sec c sempat jwp semua..cuma sec c kat situ dia tls 177 telah dijawab..pdhal soalan 200…adakah sy brpluang utk ambil exam nie semula?

  25. Sec a – okay tapi kesuntukan masa sebab dapat masuk pun pikul 9.15 pagi
    sec b- xokay..masa terlalu terhad then tiba2 system log out sendiri
    sec c- okay…saya habiskan 200 soalan dalam masa 30 minit saja…tapi bila nak tamat masa tiba2 server ada problem..then bila tengok dkat soalan yang telah dijawab cuma 96 sahaja…padahal semua 200 soalan dah warna hijau…macamana ni..nak jawab masa dah tamat..pastu server asik loading2 saja..

    Harap pihak SPA dapat buat exam online ini dengan lebih lancar lagi pada masa akan datang…kesian kami yang exam ni yang mengharapkan peluang seperti ini…tetapi berakhir dengan kekecewaan pulak..

  26. Alhamdulillah..
    Mungkin ini peluang ke2 bg sy..
    Sy hanya dpt login lebih kurang pukul 9.10am.
    Lepas dh jawab 19 soalan server terus down & automatic log out.
    Sy try masuk blk tp xblk..
    In sha Allah sy akn guna peluang ke2
    ni sebaik mungkin..

  27. Salam, sy dpt memasuki ujian kmarin 20mnit sblum masa tamat utk sksyen A .tetapi hnya sempat mnjawab 33soalan .dan bagi sksyen B dan C sy sempat utk mnjawab ksemua soalan .adakah sy boleh membuat aduan dan mngambil smula ujian trsebut?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Scroll to Top