Strategi memulakan kerjaya
1. Senaraikan sebanyak mungkin tawaran jawatan kosong. Maklumat tersebut perlu selari dengan kebolehan dan kelulusan anda. Sumber yang paling mudah dicari ialah di internet contohnya laman www.jobstreet.com, suratkhabar harian dan tabloid, poster dan rakan-rakan. Kemudian pilih jawatan kosong yang bersesuaian dengan diri anda. Ambil kira faktor seperti tempat, pengangkutan, kelulusan, skop kerja, cara bekerja dan kos sara hidup.
2. Kemaskini biodata peribadi. Buat semakan pada butir-butir peribadi anda sebelum ianya dicetak dan dihantar kepada bakal majikan. Ada maklumat yang perlu ditambah dan ada yang perlu dikeluarkan.
3. Tampilkan profil yang kemas. Kekemasan pakaian anda mampu mempengaruhi bakal majikan supaya mengambil anda sebagai salah seorang kakitangan di sana. Penampilan yang lusuh dan tak terurus bakal merosakkan imej anda dan organisasi yang dianggotai oleh anda. Penampilan mencerminkan pengurusan.
Ramai yang mahu bekerja tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula. Kredit gambar kepada www.theguardian.com
4. Tonjolkan keupayaan anda. Kebolehan diri anda bukanlah untuk disimpan. Tetapi untuk ditampilkan supaya keupayaan anda diiktiraf. Bukan mudah hendak membuktikan data dalam resume sebagai persembahan di depan bakal majikan.
5. Rancang teliti soalan temuduga yang bakal ditanya. Resume yang anda sediakan adalah cerminan soalan-soalan temuduga yang bakal ditanya. Oleh itu gambaran jawapan haruslan anda karang lebih awal supaya dapat menjawab soalan-soalan yang bakal ditanya.
6. Mengapa perlu lantik anda? Mereka membelanjakan wang setiap bulan untuk memberi pulangan yang bernilai kepada syarikat. Jadi apa jenis sumbangan yang bakal anda berikan pada mereka? Anda perlu fikirkan apakah sumbangan yang bakal anda kongsikan untuk membuktikan bahawa anda bernilai untuk bekerja bersama mereka.
7. Isi borang dengan cermat. Usah jadikan borang permohonan kerja anda sebagai tempat conteng. Jaga kebersihan borang dan bekas yang dipadam.
Oh! Baru saya tahu strategi memulakan kerjaya 🙂
Boleh lawat portal ini untuk tahu Bagaimana Meluangkan Masa Pada Detik-detik Terakhir Sebelum Sesi Temuduga
https://ohkerjaya.com/persediaan-temuduga/bagaimana-meluangkan-masa-pada-detik-detik-terakhir-sebelum-sesi-temuduga/#axzz3Qr0knl3k