Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Kewangan » 3 Tips Kewangan Yang Jarang Dilakukan
3 Tips Kewangan Yang Jarang Dilakukan

Ikhwan Fahmi August 7, 2015 3 Comments

3 Tips Kewangan Yang Jarang Dilakukan

3 tips kewangan yang jarang dilakukan

Dalam kehidupan seharian, rancangan kewangan amat penting bagi membuat perincian perbelanjaan bagi melihat dan mengawal tabiat berbelanja. Dengan cara ini anda boleh melihat bagaimana aliran wang masuk dan keluar setiap hari. Dari sini juga anda boleh amalkan 3 tips kewangan yang jarang dilakukan oleh orang ramai supaya anda dapat berbelanja dengan berhemah.

 

3 tips kewangan yang wajar dimulakan

1. Berikan ganjaran untuk diri anda. Bayar pada diri anda sebagai tanda penghargaan. Simpan gaji yang anda terima untuk diri sendiri dan barulah gunakan bakinya untuk menyelesaikan perbelanjaan yang lain seperti bayaran PTPTN, hutang kereta, hutang rumah atau sewa rumah, bila air dan elektrik dan wang saku untuk ibu bapa. Hadiahkan sekurang-kurangnya 10% – 20% dari pendapatan kepada diri anda.

2. Rekodkan wang masuk dan wang keluar. Kekayakan tidak diertikan dari berapa banyak yang anda dapat, tetapi berapa banyak yang anda belanjakan. Jika pendapatan bulanan anda RM2,500 sebulan tetapi yang dibelanjakan mencecah RM5,000 sebulan, ada sesuatu yang tidak kena pada perbelanjaan anda. Rekod semua perbelanjaan supaya anda tahu perjalanan perbelanjaan wang anda.

3. Tambahkan saluran pendapatan bulanan. Anda mungkin sudah mempunyai kerja tetap dan ingin menambah pendapatan sebagai jalan untuk kekayaan. Perbelanjaan sudah dikurangkan dan pendapatan harus ditambah. Perkara yang penting di sini ialah ilmu pengetahuan tentang menjalankan pendapatan tersebut sama ada ilmu perniagaan atau ilmu pemasaran.

 

3 tips kewangan yang jarang dilakukan

Hargai setiap sen yang anda belanjakan.

 

 

Contoh aliran pendapatan

Aliran pendapatan anda boleh datang dari pelbagai sumber. Ini termasuklah :

1. Pelaburan unit amanah
2. Sewa hartanah
3. Perniagaan runcit
4. Royalti buku
5. Komisyen jualan
6. Bisnes di internet
7. Bisnes affiliate

 

Rahsia orang kaya berbelanja

Mereka yang kaya dan berjaya tidak hanya mempunyai satu saluran pendapatan. Mereka mempunyai banyak cabang pendapatan yang bermula dengan satu saluran. Contoh paling mudah ialah memulakan bisnes affiliate. Ianya dijalankan di internet dengan bermodalkan sebuah komputer dan broadband. Cara menjalankan bisnes affiliate ini amat mudah kerana anda hanya perlu menjalankan promosi sahaja.

Affiliate bermaksud anda menjadi wakil kepada pemilik produk untuk menghasilkan jualan bagi mendapatkan habuan berbentuk komisyen. Sebahagian besar pemilik produk tidak mengenakan yuran pendaftaran. Tugas anda adalah mendaftar dan menjalankan promosi menggunakan bahan-bahan pemasaran yang telah dibekalkan untuk mengaut seberapa banyak komisyen.

Apa yang perlu anda lakukan ialah memahami siapakah prospek anda dan apa yang mereka perlukan. Anda perlu fahami apakah niche bagi bisnes affiliate tersebut. di antara niche yang popular dalam bisnes affiliate ialah niche kesihatan, niche sukan, niche hiburan dan niche kerjaya. Setiap niche mempunyai prospek yang berlainan dan tidak boleh disamakan antara satu sama lain.

Dari situ anda boleh belajar bagaimana untuk membantu mereka menyelesaikan masalah dan menawarkan produk atau servis yang berkaitan. Dari situ prospek akan dapat lihat komitmen anda untuk membantu menyelesaikan masalah dan sebagai tanda terima kasih, mereka akan beli produk yang ditawarkan menerusi link affiliate anda.

 

Peluang jana komisyen bersama Tim Infokerjaya

Anda mungkin kurang faham apabila membaca artikel ini sekali imbas. Oleh itu kami sarankan anda mendaftar sebagai agen affiliate Tim Infokerjaya supaya kami dapat bantu anda dari masa ke semasa untuk belajar membuat pemasaran seterusnya berjaya menghasilkan komisyen yang lumayan. Terus daftarkan nama anda sebagai agen affiliate Tim Infokerjaya sekarang juga.

Bacaan Tambahan:

  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • 7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
    7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan
    7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon…
  • soalan temuduga kerajaan
    7 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan yang Selalu Disoal…
  • temuduga kerja kerajaan
    Soalan Motivasi & Hipotesis dalam Temuduga Kerja…

Filed Under: Kewangan Tagged With: 3 tips kewangan yang jarang dilakukan, affiliate tim infokerjaya, agen affiliate tim infokerjaya

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Comments

  1. raihanah says

    August 23, 2015 at 5:24 am

    no 2 dan no 3 saya kena upkan lagi

    Reply
  2. siti hazreen says

    August 17, 2015 at 5:38 pm

    Dulu rekod jugak wang masuk wang keluar, tp sekarang dah tak buat dah sebab berpinar tengok nombor besar kat makan sahaja hehe

    Reply
  3. rahimah says

    August 13, 2015 at 11:09 am

    Memang kena rekod berapa masuk berapa keluar. Kalau tidak tak tau mana pergi duit.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Tingkatkan Nilai Diri: 9 Kemahiran Diperlukan Oleh Majikan & Cara Kuasainya
  • Gagal Temuduga Kerja Kerajaan Bukan Penamat: Cara Bangkit dan Perbaiki Diri untuk Percubaan Seterusnya
  • Perlukah Fasih Berbahasa Inggeris untuk Temuduga Kerajaan? Tip Kuasai Bahasa untuk Calon
  • Lulus Ujian Fizikal & Pancaindera: Tips Persediaan untuk Calon Jawatan Beruniform
  • Temuduga Kerja Kerajaan Secara Online? Tips Berkesan Untuk Anda

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume contoh objektif kerjaya untuk resume exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja resume kerja kerajaan separa perubatan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA