Usah memilih kerja di zaman gawat
Isu pengangguran sentiasa wujud dalam bidang pekerjaan. Sama ada ianya bertambah atau berkurang, ia pasti akan ada sepanjang masa. Namun begitu, kadar pengangguran akan meningkat dengan lebih tinggi apabila ekonomi berada di saat gawat. Dalam situasi ini, anda dinasihatkan usah memilih kerja di zaman gawat. Artikel ini akan menerangkan kepada anda mengapa perlu berbuat demikian.
Menurut Datuk Seri Richard Riot, jumlah penganggur di Malaysia berjumlah 399,500 orang. Menurut Menteri Sumber Manusia itu lagi, sebahagian besar penganggur terdiri dari pelajar sekolah yang keciciran selepas mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Malaysia mahu wujudkan 1.5 juta pekerjaan
Dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11), kerajaan merancang untuk memberi peluang pekerjaan kepada 1.5 juta penduduk sehingga tahun 2020. Pada kadar purata, sebanyak 300 ribu peluang kerja dihidangkan setiap tahun sehingga mencapat tahun yang disasarkan. Perancangan ini memudahkan mereka yang mencari kerja, namun anda tidak boleh terlalu bergantung pada kerajaan.
Sektor pasaran kerja amat bergantung pada situasi ekonomi semasa. Jika diperhatikan, banyak syarikat-syarikat besar sudah menjalankan skin berhenti kerja sukarela dan membekukan pengambilan kakitangan baru. Meski pun begitu, warga asing yang datang bekerja di Malaysia tetap bertambah biar pun kadar pengangguran sentiasa meningkat saban tahun.
Cari wang walau terdesak
Biar pun Malaysia mempunyai banyak sekatan bagi pendatang ini, mereka tetap datang memasuki Malaysia secara haram demi mencari sesuap nasi. Seramai 6 juta pekerja warga asing dari India, Bangladesh, Nepal, Myanmar dan Indonesia memenuhi ruang kerja di sini. Hanya 2.1 juta dari mereka yang memiliki permit kerja yang sah yang lain bekerja secara haram dan curi-curi.
Pekerja asing ini menguasai pekerjaan di sektor pertanian dan perladangan. Selain itu, mereka turut bekerja sebagai pembantu rumah, pelayan restoran, pengawal keselamatan dan buruh binaan. Setiap daripada mereka menyumbang wang berbilion ringgit ke negara masing-masing dan sekaligus melonjakkan ekonomi di sana. Sampai bilakah Malaysia harus bergantung kepada mereka?
Hidup di negara luar
Ada menteri berkata, kalau tak suka tinggal di Malaysia, boleh keluar dari Malaysia. Nampak sinis namun boleh dijadikan cabaran untuk merantau di negara orang menimba pengalaman kerja seperti yang dilakukan oleh pendatang warga asing di Malaysia. Pasti ada banyak cabaran kerja yang menanti di sebalik bayaran gaji yang lumayan.
Biasanya pelajar yang menyambung pendidikan di kolej vokasional, politeknik atau sekolah kemahiran ini terdiri dari lepasan PMR dan SPM yang tidak begitu cemerlang keputusannya. Mereka mungkin tidak bagus di atas kertas namun jika diberikan kursus kemahiran, hasilnya lebih cemerlang dari seorang graduan universiti. Sebahagian besar industri Malaysia disokong oleh pekerja dari institusi ini.
Usahawan tersohor dan di antara yang terkaya di dunia seperti Steve Jobs (Apple Inc) dan Bill Gates (Microsoft) merupakan pelajar yang ditendang dari universiti masing-masing tetapi berjaya mencipta revolusi dalam teknologi komputer. Bukanlah bermakna belajar di universiti tidak bagus, namun sekurang-kurangnya mereka berjaya membuktikan bahawa akademik bukanlah segala-galanya.
Peluang kerja lumayan di sektor swasta
Tidak dinafikan bekerja di sektor awam menjanjikan gaji yang lumayan. Ditambah pula dengan elaun sara hidup dan elaun rumah serta kemudahan membuat pinjaman yang menjadi idaman setiap rakyat Malaysia. Sayang sekali jawatan pegawai dan penolong pegawai di sektor awam amat terhad kepada pemegang diploma dan ijazah. Jika lepasan PMR dan SPM akan mendapat jawatan di peringkat rendah.
Oleh itu sektor swasta menjadi pilihan utama bagi mereka yang dahagakan cabaran. Jumlah gaji yang lebih tinggi berbanding kerjaya di sektor awam menjadi idaman. Ada pelajar lepasan sijik dari institut kemahiran bekerja dengan gaji RM1,500 sama tinggi dengan gaji seorang graduan. Itu tidak termasuk dengan bayaran kerja lebih masa yang diberikan oleh pihak majikan dan bonus-bonus lain.
Jika anda tidak mendapat peluang untuk kerja kerajaan, maka kerja swasta adalah pilihan yang terbaik. Anda tidak boleh menunggu sehingga menghabiskan banyak masa yang sepatutnya digunakan untuk bekerja. Gunakan kesempatan yang anda untuk memberikan khidmat yang terbaik dalam sektor pekerjaan swasta. Dengan pengalaman yang ada miliki, kerja swasta mampu memberikan gaji lumayan.
Kami di Tim Infokerjaya ada menyediakan satu panduan khas untuk anda yang mahukan kejayaan dalam kerjaya swasta. Ia adalah panduan asas bagaimana untuk anda bermula. Anda harus tahu bahawa persaingan pada hari ini amat sengit keraja dibanjiri oleh graduan dan pelajar dari institut kemahiran. Gunakan panduan kerjaya swasta sebagai tiket kejayaan. Terus klik banner di bawah untuk tempahan.
Leave a Reply