Tiada pengalaman kerja untuk ditulis dalam resume
Anda baru sahaja tamat belajar di kolej atau universiti. Tanpa sebarang pengalaman kerja untuk dimasukkan dalam resume, anda kelihatan ragu-ragu untuk memohon sebarang pekerjaan. Memang sukar untuk memohon jika tiada pengalaman kerja untuk ditulis dalam resume. Namun begitu anda tidak perlu risau. Ada cara yang berkesan untuk menulis resume walau pun tiada pengalaman kerja.
Banyak pendapat yang mengatakan resume adalah sebuah ringkasan pendidikan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kerjaya. Sebahagian besar majikan melihat resume adalah medium yang paling pantas untuk mencari pekerja. Oleh itu anda haruslah menyediakan resume yang menepati keperluan majikan meskipun ianya tidak mengandungi pengalaman kerja anda.
Tumpukan kepada kelebihan, kemahiran dan pendidikan anda. Senaraikan objektif kerjaya dan sambung terus kepada pendidikan anda. Himpunkan segala anugerah, kursus, seminar dan aktiviti yang pernah anda hadiri bagi menguatkan lagi permohonan kerja anda. Huraikan jawatan dan tanggung jawab yang telah anda laksanakan dalam kelab atau persatuan yang anda hadiri.
Masukkan pengalaman di kolej
Sebagai contoh, anda boleh masukkan jawatan anda sebagai ketua pengarah program suai kenal yang melibatkan kemasukan mahasiswa dan mahasiswi yang baru mendaftar di kolej atau universiti. Di sini anda perlu tunjukkan peranan yang anda ambil, bagaimana anda mengurus dan membahagikan tugas di kalangan ahli-ahli yang terlibat dalam program tersebut.
Kongsikan ia sebagai gambaran kepada bakal majikan bahawa anda merupakan seorang yang boleh dipercayai, bertanggung jawab, amanah dan sanggup memikul kerja yang ditugaskan. Terangkan juga bagaimana strategi anda menghadapi sesuatu masalah dan mengambil tindakan untuk mencari jalan penyelesaian bersama dengan pasukan di bawah kepimpinan anda.
Contoh penyelesaian masalah
Berikan contoh situasi yang berlaku semasa program dijalankan. Contoh paling mudah ialah anda telah menjemput seorang tokoh kenamaan untuk merasmikan program yang dijalankan. Tiba-tiba disaat akhir beliau tidak dapat hadir dan tiada pengganti. Maka di situ anda aturkan seseorang yang dihormati di kawasan tersebut untuk menjadi pengganti dan merasmikan majlis tersebut.
Usah bimbang dengan pengalaman kerja yang masih belum anda miliki. Fokus pada kekuatan diri anda termasuklah aktiviti-aktiviti yang anda sertai di kolej atau universiti. Senaraikan perkara-perkara yang anda sudah miliki. Tidak semestinya anda baru sahaja keluar dari kolej atau universiti tiada peluang untuk anda mencari kerja.
Iz says
Salam saya nak tanya mengenai cara nak sediakan resume untuk yang kurang pengalaman kerja di industri. Saya mempunyai kelulusan degree chemical engineering dan telah bergraduasi pada tahun 2012. Selepas habis belajar dapat bekerja sebagai pegawai penyelidik di universiti selama setahun dan tamatkan kontrak setahun seperti yang ditetapkan sebab research project siap tapi tak dpt smbg bljr spt y dijanjikan masa interview. Selepas banyak kali mencuba akhirnya dapat tawaran SL1M dan latihan industri bawah SL1M selama 6 bulan. Kemudian dapat kerja sbg pekerja sambilan harian (PSH) juga dipggl RA di tempat yang mula2 kerja dan kembali menggangur sehingga sekarang selepas tamatnya kontrak 3bulan.
Jika sekiranya saya nak pelbagai resume saya dengan sediakan resume yang hanya menggunakan kelulusan matrikulasi dan SPM sahaja. Perlu ke tak perlu letakkan pengalaman kerja yang sebelum ni? Kalau boleh ada tak tips2 y boleh dikongsi untuk membantu saya yang ingin memohon kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan degree saya. Pernah mencuba mohon kerja selain kelulusan namun tidak berjaya mendapat apa-apa tawaran iv.