5 langkah pengurusan wang semasa ringgit turun
Dengan penurunan mata wang Ringgit Malaysia, ramai pakar yang memberikan pandangan yang berbeza. Ada yang menyatakan ekonomi Malaysia masih dalam keadaan stabil, selamat dan tidak terjejas. Berbeza pula dengan sebahagian pakar yang lain. Ada yang menyatakan krisis ekonomi bakal berlaku seperti tahun 1998 dahulu. Ikuti 5 langkah pengurusan wang semasa ringgit turun untuk persediaan anda.
1. Kawal kewangan dan uruskannya dengan baik. Nilaikan kembali pendapatan dan perbelanjaan anda. Lihat bagaimana anda membuat simpanan. Senaraikan komitmen bulanan anda seperti bayaran kereta, rumah, belanja makan dan pinjaman peribadi atau pinjaman pelajaran. Jangan lupa masukkan caruman takaful atau insurans.
2. Pantau perbelanjaan dan elakkan membeli perkara yang tidak perlu. Senaraikan barang-barang yang hendak dibeli sebelum anda keluar berbelanja. Susun senarai barang tersebut mengikut keutamaan. Utamakan barang keperluan, bukannya barang keinginan. Buat perbandingan di antara belanjawan terdahulu dengan yang terkini.
3. Elakkan dari terlibat dengan skim yang meragukan. Rujuk kepada senarai syarikat yang telah disenaraihitamkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Jauhi skim-skim pelaburan yang memberi pulangan tetap setiap bulan. Contohnya skim pelaburan emas baru-baru ini yang terbantut kerana penganjur tidak dapat membayar pulangan wang seperti yang diterima sebelum ini.
Setiap hari ada sahaja kes ditahan polis kerana dituduh menggelapkan wang orang ramai, masuk hospital kerana tertekan dengan masalah tuntutan pelabur dan dikejar oleh pihak bank kerana tak mampu untuk membayar wang pinjaman yang digunakan untuk melabur. Akhirnya semuanya sudah melebur. Ramai yang putus saudara dan putus kawan akibat skim-skim ini.
4. Tambahkan pendapatan secara sampingan. Ada banyak cara untuk menambah pendapatan. Ia boleh dilakukan secara online atau pun offline. Di internet, ramai orang menggunakan laman web, blog dan Facebook untuk membuat jualan produk dan menawarkan servis. Jika anda bijak mengambil peluang, platform yang saya sebutkan tadi mampu memberikan pulangan wang yang anda perlukan.
Bagi cara offline pula, anda boleh mulakan dengan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan seperti gerai burger, membuat tempahan kek dan biskut atau menawarkan perkhidmatan takaful dan menjadi pembekal barang makanan atau keperluan.
5. Belajar ilmu keusahawanan, perniagaan dan pelaburan. Dengan mempelajari ilmu keusahawanan, anda akan dapat menyelamatkan diri daripada rugi besar dalam perniagaan. Anda juga dapat memanjangkan lagi sumber pendapatan anda dengan membuat pelaburan di tempat-tempat yang berpotensi untuk mendapat pulangan yang lumayan.
Akhir kata, pada ketika ringgit sedang menyusut, anda boleh membuat pilihan untuk berbelanja seperti sediakala atau pun mengurangkan perbelanjaan dan dalam masa yang sama menambahkan saluran pendapatan. Pengorbanan hari ini bukan semata-mata di saat ekonomi sedang gawat, tetapi untuk memastikan anda boleh terus hidup dengan disiplin ekonomi yang bersistematik.
rose anna says
Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Rose Anna, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (roseannamoore70@ gmail.com)
duniafarisya says
Zaman sekarang,side income sudah menjadi satu kemestian.Biarpun kerja makan gaji sudah lebih dari cukup.Setidaknya kita sediakan payung sebelum hujan 🙂
ctfand says
Berduit atau tak berduit (terutamanya) memang kena hati2 dalam berbelanja dan menguruskan kewangan sekarang ni..silap catur, boleh terbabas lebih2 yg kerja makan gaji..
Bagus tips ni..terima kasih atas perkongsian..