5 tanda anda patut berhenti kerja
Adakah anda mulai berasa benci dengan kerja sekarang? Ini adalah perkara yang biasa lebih-lebih lagi semasa anda melakukannya untuk sekian waktu. Tiada salahnya sekali sekala anda tidak menyukai kerja sekarang, tetapi jika perasaan tersebut semakin mendalam, maka itulah masanya untuk meninggalkan kerja anda. Ada 5 tanda anda patut berhenti kerja.
1. Hilang fokus sehari-hari. Minda anda tidak dapat menumpukan perhatian seperti biasa. Bermula dengan sehari, ia melarat ke minggu. Anda kelihatan seperti banyak kerja, tetapi sebenarnya penuh dengan masalah.
Lebih penting lagi, jika anda tidak fokus untuk menyiapkan kerja dan anda tahu syarikat sedang kehilangan wang, inilah masanya untuk beredar. Ingatlah bahawa anda pasti rasa bersalah kerana membazirkan masa syarikat dan sumber yang ada.
2. Tunggu Isnin tapi tak sabar tunggu Jumaat. Isnin sentiasa dinanti tapi ia menjadi terlalu lama untuk menantikan Jumaat. Anda tak dapat menikmati hujung minggu anda kerana bimbangkan hari Isnin yang bakal tiba. Sudah tiba masanya untuk anda pergi.
Hujung minggu anda seharusnya diluangkan untuk berehat, bergembira dan melakukan aktiviti yang tidak dapat diselesaikan semasa hari bekerja. Jika anda tak boleh berehat kerana terbayangkan hari Isnin, lebih baik anda cari sahaja kerja lain.
3. Nilai diri anda tidak selari dengan syarikat. Mungkin ini tanda yang paling jelas untuk beredar. Ini adalah isyarat yang boleh anda gunakan semasa ditemuduga oleh syarikat lain untuk tidak membahayakan peluang yang datang untuk jawatan yang ditawarkan.
Bila nilai anda sudah tidak selari dengan syarikat, anda mula meragui segala-galanya yang diberitahu kepada anda. Barisan profesional akan mula kabur dan anda mula melalut sehingga memberi kesan kepada prestasi kerja.
Untuk bekerja secara produktif, penting bagi anda untuk mempercayai matlamat anda dan syarikat sedang bekerja keras untuk mencapainya. Jika anda sedar nilai sudah tidak selari dengan syarikat sekarang, beredarlah segera.
4. Melupakan saat bersama syarikat sebaik sahaja meninggalkan pejabat. Syarikat tempat anda bekerja adalah tempat untuk menyambung hidup anda. Orang berasa gembira untuk melakukan apa yang mereka sukai semasa di dalam dan di luar waktu pejabat.
Mereka sentiasa berfikir apa yang nak dibuat pada hari-hari seterusnya dan apa yang nak dicapai esok. Jika minda anda tertutup sebaik sahaja anda meninggalkan pejabat, itu tandanya masa untuk pergi sudah tiba.
Anda tak perlu fikir tentang kerja sepanjang masa, tetapi bila anda tidak fikir langsung maka anda harus mula berasa risau. Sudah tiba masanya untuk melihat semula apakah perkara yang benar-benar anda mahu lakukan daripada terus tinggal bekerja di syarikat yang menyukarkan anda untuk mempersembahkan prestasi yang terbaik.
5. Anda bercakap hal negatif tentang kerja. Pastinya ramai rakan-rakan di pejabat yang merungut tentang kerja mereka. Anda mungkin pernah bertemu dengan mereka sebelum ini dan cuba mengelak supaya sikap negatif mereka tidak berjangkit dengan anda.
Bila anda menjadi seperti mereka dan gembira bila keluar bersama hanya untuk merungut dan membebel tentang kerja, ucaplah selamat tinggal kepada majikan anda. Sikap ini tidak menambah baik diri anda kerana anda akan menghalang anda daripada menyiapkan kerja.
Anda mula bercakap tentangnya kepada keluarga, rakan, sahabat dan orang yang sudi mendengar. Ini bukanlah sikap yang sihat dan anda lebih baik meluangkan masa dan tenaga melakukan sesuatu yang lebih baik.
Kesimpulan
Keputusan untuk meninggalkan kerja dan mengejar sesuatu yang lebih anda utamakan tidak menjadikan anda lebih baik. Ada faktor lain yang perlu dipertimbangkan dan tanda-tanda di atas hanyalah isyarat untuk membantu anda membuat keputusan dengan lebih awal.
Sikap semasa anda bekerja akan terbawa-bawa apabila anda meninggalkan syarikat. Anda boleh tukar persepsi tentang kerja dan lihat sekiranya ia mengubah sesuatu. Jika tidak, sudah tiba masanya untuk mencari peluang lain di luar sana.
Carian Semasa says
kerja kalau dah tak gembira kena tukar kerja lain
cik dila says
assalamualaikum..
saya ambik keputusan berhenti kerja bila office tidak menghargai penat lelah saya dan rakan sekerja mula bercerita negatif tentang majikan dan office.