Temuduga Penolong Pegawai Siasatan
Sebagai seorang Penolong Pegawai Siasatan Gred P29, anda perlu tahu beberapa maklumat yang mungkin ditanya semasa temuduga nanti. Anda boleh rujuk contoh soalan temuduga di bawah sebagai persediaan.
1. Sebutkan 3 bahagian utama yang terdapat dalam Sektor Pencegahan.
2. Apa yang boleh anda huraikan tentang Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan?
3. Bahagian Pengurusan Integriti Agensi mempunyai 3 cawangan utama, pilih salah satu darinya dan ceritakan secara ringkas.
4. Salah satu daripada 6 bidang yang difokuskan oleh Pemeriksaan & Khidmat Nasihat ialah Penguatkuasaan. Bagaimana Penguatkuasaan boleh membantu mengurangkan jenayah rasuah?
5. Apakah salah satu dari 5 prinsip Ikrar Integriti Korporat?
6. Anda ternampak satu aktiviti rasuah yang berlaku dalam organisasi tempat anda bekerja. Bagaimana anda hendak melaporkan kegiatan tersebut kepada SPRM?
7. Bagaimanakah proses siasatan SPRM berjalan?
8. Sebagai pemberi maklumat, apakah jaminan yang diberikan oleh SPRM?
9. Mereka yang ditangkap oleh SPRM turut diberikan hak-hak tertentu. Apakah contoh hak yang mereka ada?
10. Bagaimana anda nak cari pesalah-pesalah rasuah yang pernah ditahan oleh SPRM?
11. Berapa peratuskah Penjawat Awam yang ditangkap kerana terlibat dengan rasuah pada bulan Jun 2016?
12. Apakah komen anda tentang larangan kepada Penjawat Awam untuk menyertai Skim Cepat Kaya?
13. Apakah tujuan penubuhan Unit Integriti?
14. Terangkan apa itu My Integrity Assesment (MyIA).
15. Apakah contoh kejayaan operasi SPRM di Malaysia yang terkini?
hi sy refikado dengan kelulusan diploma penguatkuasa undang-undang dan pentadbiran ..boleh sy tahu pengambilan pengawai penyiasat bila lagi ??