Keputusan Peperiksaan Online PTD M41 2016
Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengumumkan keputusan peperiksaan online PTD M41 bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 yang telah diadakan pada 19 Januari 2016 lepas. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal usah putus asa. Masa masih ada untuk anda mencuba di masa yang akan datang.
Apa yang anda perlu tahu dan bangga adalah, anda telah diberikan peluang merasai pengalaman menduduki peperiksaan online ini yang merupakan satu inovasi pihak SPA dalam membantu lebih ramai calon mendapat peluang menduduki peperiksaan. Jika sebelum ini peperiksaan diadakan di pusat-pusat peperiksaan menyukarkan kehadiran sebahagian besar calon disebabkan kekangan masa, kini masalah itu tiada lagi dengan sesi peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik.
Semakan keputusan telah dikeluarkan dalam tempoh 1 minggu selepas peperiksaan dan ianya sedia untuk disemak di laman SPA.
Bagi yang belum membuat semakan, sila layari laman web :
Kongsikan Kegembiraan Anda!
Kami mahu dengar daripada anda. Tak kira anda berjaya atau tidak, pastinya anda dapat sesuatu dari sesi peperiksaan 19 Januari yang lalu. Sekali lagi apa yang paling penting adalah pengalaman yang anda dapat dan anda dah tahu apa sebenarnya yang dinilai dalam peperiksaan ini.
Tinggalkan komen anda dan kami akan hadiahkan anda naskhah bernilai RM40 ini secara PERCUMA. Ianya adalah β13 Strategi Kerjayaβ satu ebook yang akan mendedahkan strategi untuk anda dapat kerja. Tinggalkan komen dan naskhah ini akan kami hantarkan ke email anda dalam masa terdekat.
AJ says
Alhamdulillah saya berjaya dalam exam online PTD kali ni. Terima kasih tim info kerjaya!
zi says
alhamdulillah saya berjaya. terima kasih tim info kerjaya
nonie says
dukacita tidak berjaya katenye..heee…tp pgalaman baru la…baru taw kalut nye nk jwp exam tu especially bhgn B…bhgn A pn ad jgk yg x pernah dgr/taw…at least skrg da taw…harap2 lpas ni ad pluang lg
mohd mulyadi says
saya de dpt email dri infokerjaya nie,die ckp saya dh llus ujian PTD,then saya semak dkt SPA die ckp maaf urusan anda tiada dalam maklumat..mcm mne plk 2
KathySheireena says
Saya nak buku percuma EBook ini. Boleh?
Nurul Ain says
Saya tak dapat. Tak sempat jawab bahagian B. Tapi untuk bahagian A agak memuaskan dengan bantuan buku rujukan PTD. Walaupun agak basic, tapi dapat memudahkan saya untuk membuat extra research. Mungkin selepas ini saya perlu lebih latihan untuk soalan matematik.
siti says
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, lulus peperiksaan Online PTD. Terima kasih pada TIM INFO KERJAYA.
Tahniah pada semua yang berjaya dan semoga berjaya di peringkat seterusnya.
Pada mereka yang tidak berjaya, semoga ada rezeki yang lebih baik menanti kalian. Insya Allah.
Mastura says
Alhamdulillah. Lulus kali pertama menduduki online exam PTD. Ada apa2 tips untuk PAC nanti?
Terima kasih banyak-banyak
Nora Omar says
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah syukur, lepas 5 kali menduduki exam PTD, akhirnya saya lulus jugak. Thanks to Rujukan E-Book!
Tahun-tahun sebelum ini, saya pernah menduduk exam bertulis & online juga tetapi tak sesusah soalan tahun 2016 ini. Soalan exam PTD pada 19 Januari 2016 ni memang sangat mencabar terutama sekali Bahagian B. Berpeluh pegang kalkulator.
Harap TIM INFO KERJAYA boleh kongsi panduan untuk PAC & temuduga juga.
Katanya lebih mencabar & menguji fizikal serta mental.
Good luck untuk semua. Jumpa di PAC nanti.
sara says
1st time & tak berjaya π
Atika says
Dukacitanya saya tidak berjaya dalam peperiksaan online pada kali ini. Saya juga menghadapi masalah pada seksyen B . Gambarajah tidak keluar dan walaupun telah menjawab semua soalan tetapi dipaparkan pada status jumlah dijawab hanya 36 sahaja sehinnga masa berakhir. Sangat mendukacitakan tetapi apakan daya rezeki tidak berpihak pada saya pada kali ini. Apapun kepada tim InfoKerjaya, terima kasih dan saya juga tidak ingin lepaskan peluang untuk mendapatkan apa-apa update info dari tim infokerjaya untuk persediaan bagi peluang akan datang. Terima Kasih
Halil says
SALAM,
Saya pertama kali menduduki peperiksaan online ni, Walaupun gagal namun tidak mematahkan semangat saya mencuba pada masa akan datang. Bahagian B memang betul-betul mencabar. Walaubagaimanapun terima kasih TIM INFO KERJA.
Halil says
SALAM,
Saya pertama kali menduduki peperiksaan online, Walaupun gagal namun tidak mematahkan semangat saya mencuba pada masa akan datang. Bahagian B memang betul-betul mencabar. Walaubagaimanapun terima kasih TIM INFO KERJA.
DR.Hensem says
Pilih kasih banyak oleh pihak SPA.saya sedar saya bukan berbangsa melayu…namun ucapan terima kasih sebab menggagalkan saya..Selamat Maju Jaya!!!Terima TIm lain kali gagalkan saya ok..
leha says
Dukacita saya tak berjaya. Masuk 4kali jawab tak bjaya juga. Dah beli e-book pon x bjaya jgk. E-book xbyk mmbantu.. Section A ada kot 2,3 soalan yg sama mcm dalam latih tubi. Section B lagi la.. Nasib badan.
Qastalani says
Tahniah untuk mereka yang berjaya! Dukacita saya tidak berjaya dalam peperiksaan online ini.
Pengalaman: saya rugi lebih kurang 3-4min untuk setiap section kerana webpage lambat loading.
Walaubagaimana pun saya redha dan in sya Allah akan mencuba lagi di masa hadapan.
Terima kasih Tim Info Kerjaya
Nurul says
Walaupun tak berjaya dalam ujian kali ni saya bersyukur diberikan peluang untuk mencubanya.Insya Allah akan buat yg lebih baik jika diberi peluang kedua…tq team info kerjaya ats nota ptd..
Zahir says
Alhamdulillah..tuhan uji saya.saya tidak berjaya dalam peperiksaan online.walau bagaimana pun,itu pengalaman yang cukup bermakna buat saya.saya sempat juga ambil gambar setiap soalan bahagian a dan b untuk rujukan saya di kemudian hari.bagaimanapun,terima kasih tim infokerjaya atas nota ptd itu.
Nas says
Alhamdulillah berjaya..Rumusan saya, bahagian A jawab secepat mungkin yang kita tahu dan guna masa yang lebih tu untuk google. Google akan membantu kerana mustahil untuk kita tahu semua fakta.
Bahagian B, cuba jawab dengan betul 32-35 soalan kerana untuk jawab 40 soalan matematik dalam masa 45 minit amat sukar.
Nadia says
Salam.
Terima kasih untuk tim tuan kerana menyediakan ebook ini untuk calon-calon PTD. Alhamdulillah saya berjaya untuk ke peringkat yang seterusnya.
Terima kasih! kipidap untuk terus membantu calon-calon yang akan datang.
Naziha says
Terlebih dahulu, tahniah!!! kepada yg berjaya….. π
Walaupun saya gagal dlm exm pertama kali ini, tp saya dpt pengalaman semasa menjawab soalan PTD online. InnsyaAllah jika diberi peluang lagi, saya akan gunakan sebaik mungkin segala tips dan buku rujukan yang dikongsi oleh Tim kerjaya untuk persediaan menjawab exm PTD online.
Haslinda Mohd Noor says
Assalamualaikum infokerjaya, terima kasih kerana e-book banyak membantu bukan sahaja dalam menambah pengetahuan mengenai Malaysia tetapi juga dalam format soalan SPA khasnya. Walaupun tak berjaya, tapi bersyukur di atas pengalaman; pertama kali membuat peperiksaan secara online. Terima kasih sekali lagi.
Fel says
Dukacita tidak berjaya. Mgkn kerana mslh utk bhgn b.slps bbrp minit baru dpt msk, gmrh x ada, close seksyen awal dr yg sepatutnya. Tp ebook ni mmg membantu.
zati says
Alhamdulillah rezeki dari Allah..ada tips untuk PAC pula?
Hafieza says
Assalamualaikum. Tahun ini merupakan kali kedua saya menduduki peperiksaan online PTD. Namun, sekali lagi saya gagal. Namun persediaan saya untuk tahun ini berbeza dengan tahun lepas yang mana saya lebih bersedia dengan mengambil langkah membeli ebook daripada Team Info Kerjaya. Walaupun tidak berjaya, saya yakin kerana tiada rezeki lagi.
Ebook sangat-sangat membantu saya. Walaupun tidak berjaya, saya tidak menyesal membeli ebook tersebut kerana banyak ilmu yang diperolehi daripadanya.
Bagi pendapat saya, soalan-soalan untuk peperiksaan online PTD kali ini lebih sukar daripada tahun lepas. Sama ada Seksyen A mahu pun B. Tetapi, Seksyen B lebih menyedihkan kerana saya mengalami masalah teknikal (gambar rajah tidak keluar dan masa menjawab tamat walaupun masa masih ada). Soalan yang diberikan pula panjang dan saya tidak sempat untuk mengira. Soalan agak compicated bagi saya.
Tahniah kepada semua yang berjaya. Yang belum berjaya (termasuk saya), jangan putus asa. In Shaa Allah ada rezeki suatu hari nanti.
alif akmal says
mungkin bukan rezeki menjadi ptd..tidak berjaya ??
Aiman Tak Kisah says
Alhamdulillah lulus juga walaupun Seksyen A tak sempat jawab 3 soalan, manakala untuk Seksyen B pula ada beberapa gambar rajah soalan tak keluar, cuma ada jawapan sahaja.
Pada pendapat saya, Ebook PTD sangat membantu dalam memberi pendedahan tentang bentuk soalan yang dikemukakan, terutamanya dalam Seksyen B. Untuk Seksyen A, saya lebih banyak melakukan ulangkaji berdasarkan buku rujukan SPM Tingkatan 4&5. Kepada mereka yang gagal, jangan putus asa dan cuba lagi di masa akan datang!
Tasnim says
Alhamdulillah.. mungkin rezeki di sini.. tahniah juga buat rakan2 yg lain.. yg tidak lepas in syaa Allah ada yg trbaik untuk awak2 semua.. yg penting jgn putus asa!!
untuk team info kerjaya.. terima kasih kerana menyediakn rujukan untuk kami.. kata pun ramalan.. mungkin ada mungkin tidak dlm exam sebenar.. apa2 pun sedikit sebanyak membantu dlm mendedahkan isu2 semasa yg kurang diambil perhatian.. (semangat gile kot study.. even xmasuk exam pun ianya terbaik! menambahkn pengetahuan yg sedia ada)
#tiadaygmustahiljikaberusaha
Nur Hanisah says
Alhamdullillah Allah permudahkan langkah pertama. Semoga dipermudahkan hingga ke akhirnya.
Terima kasih kepada TIM INFOKERJAYA. Soalan definitely tak sama sebijik2. Tapi membantu dalam memberi idea ketika menjawab. Buku dan ilmu yang menarik untuk dibaca. Membantu untuk merangsang otak untuk explore ilmu yang dikongsi. Pendek kate, break the ice!
Semoga Allah permudahkan sekiranya ini rezeki kita. Goodluck to both me and other candidates π
Next step, ujian psikometrik & PAC. Semoga dipermudahkan. In Sya Allah π
jessica says
Praise the Lord….first time taking this exam….I pass
Nurul Hanani says
Alhamdullillah, saya berjaya untuk ujian online PTD walaupun ini kali pertama mencuba. Terima kasih atas tips2 sewaktu webinar – supaya cakna mengenai isu semasa. Terima kasih juga atas nota ringkas dan latih tubi sebagai guidelines dan gambaran awal cara peperiksaan.
Next steps are psikometric test and preparation for PAC. May Allah help and ease everything.
norhusna says
Allhamdullillah.. walaupun tidak berjaya pada kali ini. tahun depan cuba lagi.. harap nota dan latih tubi tahun depan lebih membantu.
Nor says
Hi,
Assalamualaikum,
Alhamdulillah berjaya dlm ujian ini. Banyak tip2 dr laman web rujukan kerjaya yang menbantu, termasuk saranan membaca buku Malaysia Kita.
Next step is psikometric test & PAC, diharap tim infokerjaya boleh memberi sedikit tip untuk berjaya dalam saringan seterusnya.
Terima kasih.
cahaya says
Saya pun tidak berjaya. Rasa macam frust juga.
Walaupun dh study. Tapi soalan kebykkn tak related sgt dgn ebook.
Dan Part B sy rasa mcm masa cepat sangat.
Halimah says
Setelah kira-kira 6 kali mencuba sejak 10 tahun lalu, akhirnya saya berjaya dalam peperiksaan PTD kali ini. Alhamdulillah, tips & rujukan yang disediakan oleh Tim Infokerjaya sedikit sebanyak telah membantu saya membuat persiapan & persediaan dalam menjalani peperiksaan kali ini. InshaaAllah saya akan cuba melakukan yang terbaik di peringkat seterusnya. Terima kasih.
nor says
Saya x berjaya dlm exam kali nie..kecewa sebab seksyen b lmbt. 15 min baru dpt jawab
..
Yun says
Berjaya =)
Nurariesmansalleh says
Alhamdulillah, berjaya pada percubaan pertama. terima kasih kepada tim infokerjaya atas info2 yang amat membantu. Semoga dimudahkan urusan untuk rakan2 yang lain.
kira says
terbaik
Azlin bin Muhamad Ali says
Keputusan peperiksaan PTD yang dilangsungkan pada 19 Januari yang lalu telah diumumkan dan saya telah gagal.
Sue says
Saya nak! ?
NUR ATIQAH says
Alhamdulillah saya berjaya. Sedikit sebanyak e-book tersebut membantu saya.
Diharapkan ada tips lain yang boleh membantu saya dalam persediaan menjawab ujian psikometrik dan PAC nnti. Thank you π
KHADIJAH KLUANG says
ALHAMDULILLAH SAYA BERJAYA KE PERINGKAT SETERUSNYA..
TERIMA KASIH KEPADA TIMKERJAYA..
DOAKAN KEJAYAAN KAMI UNTUK KE PERINGKAT SETERUSNYA..
Fatin Solihah says
Assalamualaikum.
Tahniah buat semua yang berjaya. Saya telah mengambil peperiksaan ini buat kali pertama pada 19 Jan 2016 yang lalu namun dukacitanya saya telah gagal dalam peperiksaan kali ini.
Namun ia tidak mematahkan semangat saya, kerana saya percaya “gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya”. InsyAllah jika diberikan peluang sekali lagi, saya akan mencuba dengan sehabis baik.
Apa yang saya belajar melalui peperiksaan kali ini, saya perlu memantapkan lagi pengetahuan am tentang negara kita dan negara luar. Bagi seksyen B pula, di sebalik masalah gambar rajah yang tidak keluar pada soalan, saya perlu memantapkan lagi ilmu pengiraan supaya dapat mengira dengan lebih pantas. Saya percaya soalan seksyen B yang dikemukakan tidaklah begitu susah tetapi masalah kekangan masa menyebabkan ramai yang tidak sempat menjawab.
Akhir kata, tahniah lagi sekali buat mereka yang berjaya dan bagi yang gagal pula jangan putus asa untuk cuba lagi. Apa yang penting, pengalaman yang kita peroleh sepanjang menjawab peperiksaan ini.
Aida says
Salam…. saya tidak berjaya……
Walaupun bergitu ia merupakan satu pengalaman yang manis…..
Cuma sewaktu menjawab soalan terdapat gambarajah yang tidak boleh dibuka dan masa menjawab seksyen B saya rasa masa yang diperuntukkan server saya lambat mengeluarkan soalan dan tamat awal daripada masa yang diperuntukkan……
Terima kasih atas segala tunjuk ajar, kerjasama & perhatian kepada semua yang terlibat.
Aida
Firdaus says
Huhu…nak percuma gak boleh? Hehe
Ruzaini says
Thank you so much Tim Infokerja . Alhamdulillah . Berjaya . First time dipanggil untuk ambil exam ptd lulus pula tuh . Looking forward for your next tips :p
Anonymous says
Pengalaman menduduki peperiksaan SPA online buat kali pertama… Soalan-soalan yang agak mencabar…. Banyak juga soalan mengenai ASEAN… Bagi Bahagian B, rajah tidak keluar pada mulanya…. Tetapi lepas refresh, akhirnya keluar juga…. dan syukur kepada Tuhan, saya berjaya.
Dhirah says
Alhamdulillah berjaya exam PTD ini. Syukur!
Afiqah says
Takziah utk diri saya…gagal…soalan seksyen B yang perlu merujuk kpd gambar/jadual x dapat donwlod gambarnya..ada soalan tiada pilihan jawapan, kesemua soalan ini memaksa saya untuk menghentam jawapan..
ziha says
Belom ade rezeki lagi..
tapi soalan seksyen B, soalan kena refer pada jadual tapi jadual xkeluar and belom abes masa lagi dah close sistem xsempat nak tembak soalan yg berbaki.
Tahniah pada yg berjaya.
SARIPAH ABDUL HAMID says
Alhamdulillah saya Berjaya dalam ujian PTD ini. Syukur kepada allah dan berbanyak terima kasih kepada
Team Infokerja kerana telah banyak membantu saya dalam menduduki ujian ini. Selepas ini adalah stage
yang kedua. Moga saya Berjaya juga.
miza says
Dukacita saya tidak berjaya. Takpe, Tahun depan cuba lagi π
MAZNAH says
ALHAMDULILLAH BERJAYA.
TERIMA KASIH KEPADA TIMKERJAYA JG.
DOAKAN KEJAYAAN KAMI UNTUK KE PERINGKAT SETERUSNYA..
Nana Aris says
masih belum rezeki saya untuk kali ini. tahniah kawan-kawan semua yang berjaya untuk ke peringkat seterusnya
Nursyahirah Razali says
alhamdulillah sy lulus exam kali ni. ini kali ke 3 sy jawab exam dan br kali pertama lulus. 2 kali sebelum ni mungkin sebab xpernah prepare utk exa walaupun beli ebook dr ti kerjaya. terima kasih atas tips dan panduan yang diberikan. Ada lagi ke guide dan tips untuk peringkat PAC pula?
Honey says
Kecewa sgt. Sy gagal lg walaupun dh byk kli mencuba. Tp sy redha bukan rezeki sy. Soklan sgt mencabar bg bhgn A.utk bhgn B kluar selepas 10 min. Kesuntukan masa. Harap dpt cbe lg dimasa akan dtg.tks team!
Mohd shaqib zhafri says
Alhamdulillah berjaya.
siti says
Agak kecewa kerana gagal. TT__TT.
Soalan Seksyen B lebih mencabar dengan soalan yang agak panjang dan tricky. Saya juga menghadapi sedikit masalah teknikal pada Bahagian B. Walaubagaimanapun , ini merupakan pengalaman yang baik dan telah menambah ilmu saya ketika membuat persediaan untuk peperiksaan ini.
Terima kasih atas nota rujukan dari timkerjaya yang telah membantu sedikit sebanyak dalam persedian saya.
Amalina says
Sy TIDAK berjaya dalam peperiksaan ini tp alhamdulillah..mungkin ada hikmah kenapa sy x lulus kali ni.always think positive n try again after this..ape2pn trima kasih Tim infokerjaya ats tips yg diberikan..insyaallah ada rezeki kte Cuba lgi. π
Ann says
Dukacita, apapun thanx infokerjaya n ebook bnyk mbntu sy dlm mnambh ilmu pgetahuan am, n fresh blk IQ kira2,best dpt bljr blk…dah prepare tp mungkin bkn rezeki,smoga rezeki akn ada pd msa akn dtg,..tq tim infokerjaya…
Siti Arbaeyah says
Saya tidak lulus exam ini dan agak kecewa kerana soalan bahagian A hanya keluar selepas 10 minit dan bahagian B keluar selepas 5 minit.
Walau bagaimanapun tahniah kepada yang berjaya.
Hafiz says
Saya gagal..tapi takpe…mungkin buan rezeki. Apa2 pun saya berterima kasih sebab tim info ni byk membantu
Audrey says
Saya juga hadapi masalah semasa. Soalan lambat keluar, tiada gambar rajah dan tiada masa untuk rujuk. Saya perlu tengok jam sendiri untuk agak time tok.
rabiatul says
alhamdulillah saya first time ambil dan berjaya! tq team ebook
Ainaa says
Saya tidak berjaya dlm exam online ptd..soalan b yg mncabar xckup masa utk mnjawab..thanz kpd timkrjaya atas nota yg mmbntu dan mnarik minat utk memahami lbih mndalam ttg penatdbiran kerajaan..alhamdulilah sy tdk akn brputus asa utk mncuba pd masa akan dtg..
Intan Syamimi says
mungkin rezeki xde lg kali ni…sek b alhmdulillah xde masalah cume tersngkut kt sek a…ni first time buat exam online ptd. agak kelaut jgak..tp hihi, cube nasib lg lain kali π
*rase mcm nk request extra masa je
Suliati says
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah… selain persediaan dlm pengetahuan am dan jugak ilmu matematik, saya berpndapat persediaan emosi juga penting ketika mnjawap sebb klu sistem down, kita masih mmpu bertenang… jngn sesekali give up di pertengahan jalan.. dah habis exam, bertawakal je la yg mmpu.. klau ada rezeki, adalah.. klu tak da, kita cuba ag..
Amie says
Alhamdulillah, I made it though it was my first time taking the exam. Looking for another useful tips from your team for next stage preparation π Really hope that SPA would fix their system very well if they still want to continue with online examination. Thanks a lot!
suraydah says
as salam semua..keputusan dukacita..ehm, bukan rezki sy kot. tp yg tak puas hati bila menjawab seksyen B terdapat beberapa soalan tak keluar gambar rajah sedangkan soalan berdasarkan gambar rajah tersebut π nak bagitau pihak SPA ke
NZ says
Walaupun gagal tapi akan terus mencuba…
M. Ridzuan says
Alhamdulillah, bantuan ALLAH SWT, sy berjaya melepasi tapisan pertama kali ini… Mudah2n ALLAH membantu utk lulus pd peringkat seterusnya dan seterusnya lagi…. Kpd Tim Infokerjaya terima kasih atas tips dan perkongsian pengalaman, kalau sudi kongsikanlah tips utk berjaya dlm PAC dan temuduga… π
NOORFAIZ says
Sangat gembira apabila lulus untuk ujian PTD walaupun tak menyangka dapat lulus sebab ada masalah server atau connection semasa jawab bahagian B.
Mari says
InsyaAllah..ada peluang cuba lagi..saya tidak tahu sama ada sy je ada masalah teknikal bagi seksyen B..15 minit berlalu..last sy bukak page baru..buat dalam keadaan kelam-kabut..apapun sy berusaha..makasi. π
Nur Syafieqah binti Isarudin Shah says
Alhamdulillah, saya berjaya ke peringkat seterusnya. Peperiksaan online ini menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya mengenai perlembagaan Malaysia serta topik topik yang lain. Terima kasih.
Epul says
Pengalaman yg sngt berhrge amik pekse online PTD 2016 baru2 ni. Namun saya xberjya. Nnti saya cuba lgi. Utk seksyen B tu, dlm mase 1 minit akhir osaya nak taram soklan yg blum dijwb, tiba2 mse dah abis. X abis taram mse tu. Saya syorkn SPA perbaiki kelemhn ni utk mse2 akan dtg. Masa tu cpt2 je nak abis. Padahal ade masa berbaki lagi. Saya rasa ini x adil. Lagi 1, pada calon PTD, nak amik pekse online ni, memang100% kene well prepared. Kalau x, byk sangkut wo… Ok… Salam sukses semua…
manjeet dashini says
Sedih . Gagal. Part b soalan hanya keluar lepas 10 munit. Tak cukup masa. Part a kebanyakannya isu semasa.
manjeet says
Saya telah gagal peperiksaan ptd ini.soalan.part b hanya keluar lepas 15 munit. Tidak cukup masa.
aizuddin says
ebook membantu persediaan saya utk menjawab soalan peperiksaan PTD dan saya telah lulus peperiksaan PTD. Terima kasih admin
manjeet says
Saya telah gagal peperiksaan ptd ini. Kecewa kerana soalan.part b hanya keluar lepas 15 munit. Tidak cukup masa.
Nurul amirah says
Sy x bjaya dlm exam this time.sbb masa x sempat nk jwb sec b tu.masa dah abes..haha..xpe..xde rezeki..nk tnya,btol ke akan dpt free update utk tips exam ptd for next 3 years?
Amirul Asyraf says
Assalamualaikum,
Dukacitanya, saya gagal dalam peperiksaan kali ini. Dalam peperiksaan kali pertama saya ini, pengetahuan am saya mungkin tidak berapa kemas. Kecekapan berfikir bagi soalan-soalan seksyen B perlu dipertingkatkan dan pantas lagi.
Pada hari peperiksaan, terdapat sedikit masalah server yang mengakibatkan saya sedikit lambat memulakan peperiksaan bagi kedua-dua kertas. Tetapi itu tidaklah menjadi suatu masalah jika saya cekap menguruskan masa pada hari itu. Rezeki saya bukan disana nampaknya.
Akhir kata, terima kasih semua yang telah membantu saya sehingga hari ini.
Sehingga bertemu lagi.
Wann Huzida Roza says
Diharap pihak tim kerjaya perbanyakkan lagi contoh soalan seksyen b beserta jawapan dan langkah penyelesaian
Wann Huzida Roza says
Alhamdulillah diberi peluang untuk menduduki peperiksaan online tetapi belum ada rezeki menyebelahi saya untuk menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik.
Apa yang saya nak komen adalah beberapa soalan yang mempunyai rajah di seksyen B tidak keluar dan menyukarkan saya hendak menjawab. Masa yang diperuntukkan untuk seksyen B adalah singkat kerana soalan pengiraan memerlukan masa yang banyak untuk menjawab. Diharap pihak SPA boleh membuat penambahbaikan untuk peperiksaan online pada masa akan datang.
Terima kasih.
Maizatul says
Salam, walaupun sudah ambil exam ini buat kali kedua dan tidak berjaya, namun saya rasa tidak puas hati dan mahu menjawab lagi exam ini jika diberi peluang sekali lagi. Daripada exam ini juga saya boleh mempraktikkan skills menjawab soalan online dan dapat membahagikan masa untuk menjawab soalan yang memerlukan pengiraan. Semuanya bergantung pada keupayaan dan usaha kita.
Dion says
Syukur, pertama kali menduduki peperiksaan online PTD, saya lulus.
Terima kasih kepada En. Khairul dan team Rujukan Kerjaya atas bantuan dan dorongan.
Ieffa Manan says
Assalammualaikum timkerjaya,
Apa pun time kasih banyak2 kerana sentiasa update dgn kami sbg pelanggan. Berbalik kpd soalan2 PTD 2016, boleh saya konklusikan soalan2nya sgt mencabar dan lain drpd lain berdasarkan pada pengalaman sy mnjawab peperiksaan PTD pd tahun 2010, dan online 2012, byk hal baru dan soalan2 baru dikemukakan. Berkaitan updates hal2 kerajaan, spt dasar2 baru dperkenalkan, cth hak milik strata, bajet dan cukai2 kerjaan yg perlu tahu, nama2 negara yg mnggunakan pkataan diplomat, duta atau pesuruhjaya tinggi, bantuan2 rakyat, kewarganegaraan, negara2 PBB, bahasa rasmi di mesyuarat PBB, bdn kwangan antarabangsa, dll yg sy pun dah lupa.hehe. byk juga soalan bertuntuk situasi, dan kita kene selesaikan permasalahan tersebut. Nota PTD yg diberi ada membantu sedikit sebanyak.
Bagi seksyen 2, soalannya sgt tricky,agak panjang dan lebih mencabar. Masa 45 minit diperuntukkan sgt2 tidak cukup, yg mnyebabkan byk sy hentam. Perlukan juga sedikit pengiraan menggunakan simple kalkulator utk jwpn yg cpt dan tepat kerna masa yg suntuk.
Tapi alhamdulillah result peperiksaan hari tu menunjukkan sy pass dan berjaya. Utk kedua kalinya peperiksaan PTD sy berjaya. Satu ketika peperiksaan bertulis lagi ketika itu, dan kali nih peperiksaan secara online. Dulu sy x berjaya ketika di PAC. Sgt sedih. :'(. Harap kali nih sy mampu mengorak langkah utk pass dan berjaya ke peringkat seterusnya dan dapat menjawat jawatan PTD ini.
Sy juga nak ambil kesempatan ni nak tanya pada timkerjaya tentang apa2 info terbaru pengambilan PTD kali ni. Ramai ke pengambilannya? Lepas PAC ape proses strusnya? Adakah kadet atau interview? Dan bila PTD ambilan baru nih akn berkhidmat?
Saya teruja dan nak sgt tawu byk tips dr tim infokerjaya sbb byk mbantu sy. Harap sgt dpt bantu lagi utk preparation sy kelak. Terima kasih sekali lagi. Keep it up!!
Fadhilah Fuat says
Assalamualaikum..
Alhamdulillah saya BERJAYA!!
Sangat terkejut dan tidak percaya..
Bertahun mencuba tetapi tiada rezeki. Tahun ini terdetik untuk membeli ebook PTD, sangat berbaloi. Terima kasih.
siti fatimah says
Saya telah gagal dalam peperiksaan tersebut. Saya juga menghadapi masalah ketika menjawab bahagian B terutamanya bagi soalan yang perlu merujuk kepada gambar.Walau bagaimana pun sepanjang saya membuat persediaan ini saya dapati banyak informasi berguna tentang pentadbiran negara Malaysia yang saya ketahui. Nota panduan yang saya beli sangat menarik minat saya.Saya juga berasa teruja untuk mencabar minda untuk menyelesaikan soalan seperti di bahagian B. Peperiksaan ini menambah minat saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang pentadbiran, perundangan dan dasar yang dilaksanakan di negara Malaysia
Roberto says
Soalan senang dpt jawab hampir 90% tapi still gagal…mcm tak telus atau masalah sistem
Noor Faziedah Chun Lee says
Salam..Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan rezki yang di berikan..saya berjaya melalui exam online pada 19 jan dan lulus untuk ke peringkat seterusnya..suka saya nyatakan ini adalah rezki daripada ALLAH, usaha saya dalam menghadapi peperiksaan ini dan bantuan daripada tim infokerjaya.ini adalah kali pertama saya menduduki exam online SPA dan bersyukur di bantu oleh tim infokerjaya untuk bersedia menduduki exam dengan tips yang sangat berguna.rezki daripada ALLAH s.w.t juga sangat tidak boleh di sangkal kerana keyakinan saya terhadap jawapan saya untuk kedua2 seksyen kurang kerana masalah teknikal seperti tiada gambar rajah soalan dan jawapan yang keluar ketika exam berlangsung..tapi alhamdulillah atas keputusan ini..
Zati says
Perasaan yang mmg sukar digambarkan seperti berperang mengejar masa utk mencuba sehabis baik menjawab soalan demi soalan dlm masa yang suntuk. Alhamdulillah keputusan memberansangkan
Syamimi says
Tahniah buat calon yang berjaya dalam peperiksaan online dan dapat mara ke peringkat seterusnya,dukacitanya saya tidak berjaya dalam peperiksaan online ini tapi saya peroleh pengalaman merasai dan melalui setiap jenis soalan yang dapat tingkatkan ilmu pengetahuan tentang pengetahuan am secara telus.. Moga saya dapat ebook seperti di atas supaya sedikit sebanyak dapat membantu saya di masa hadapan..terima kasih team infokerjaya..
Syukri says
Nak percuma hahaha
Ira says
Alhmadulillah, lulus exam online. Thanks kepada tim infokerjaya atas e book yang banyak membantu! π looking forward for another tips untuk peringkat seterusnya.
Nurul Nadia binti Zamimi says
Alhamdulillah berjaya. Allah bagi saya peluang untuk ke stage seterusnya
nor azlina ali says
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..alhamdulillah..Allah memberi keizinan kepada saya untuk ke stage seterusnya..terima kasih juga diucapkan kepada tim kerjaya atas info yang diberi..sekian..
Zaidatul akma sulaiman says
Assalamualaikum. Alhamdulillah, kali pertama saya menduduki ujian online PTD, saya berjaya ke peringkat seterusnya. Tim Info Kerjaya banyak membantu saya dalam memberikan gambaran berkenaan peperiksaan online, topik2 penting untuk di study dan saya lebih bersedia dari segi fizikal, mental dan teknikal. Terima kasih!