Adakah anda di landasan matlamat?

Anda tidak sesat selagi berada selari dengan landasan matlamat. Tingkatkan ilmu dan kemahiran dalam diri. Bukan sebab anda tidak beroleh kejayaan, ada beberapa persediaan yang masih belum anda miliki. Ianya adalah ilmu dan kemahiran tambahan. Ianya boleh dicapai menerusi pendidikan formal atau tidak formal. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling terkesan dan terbaik.

Kejayaan datang dengan susah payah. Untuk menang, anda bakal mengharungi jalan yang sukar. Untuk menjadi seorang yang tewas, memang mudah. Hendak dapatkan wang, anda perlu berniaga atau bekerja. Tetapi untuk rugi atau hilang wang, buangkan saja ia ke mana-mana. Usah merasa lemah dan tidak bermaya kerana jalan yang anda tempuhi adalah sukar. Lebih dekat dengan kejayaan, lebih berat anda diuji.

Ingatlah bahawasanya Tuhan bersama dengan kebenaran. Sebab itu kita diuji. Jika tidak diuji, anda akan menganggap remeh sahaja kejayaan itu. Setiap kejayaan perlukan pengorbanan.

3 thoughts on “Adakah anda di landasan matlamat?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Scroll to Top