Dari kecil kita belajar di sekolah tadika. Kemudian belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah. Ada sesetengah ibu bapa menghantar kita ke kelas tambahan atau tusyen.
Sampai tamat peperiksaan SPM, kita diberi peluang untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6 atau di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA). Diploma 3 tahun, ijazah 2 tahun. Sarjana dan doktor falsafah 2 hingga 3 tahun setiap satu.
Jika diperhatikan tempoh belajar di sekolah sahaja 11 tahun. Jika sambung di IPTA, hampir 20 tahun diperuntukkan untuk belajar. Ini tidak termasuk tempoh tambahan untuk mencari dan berjaya dalam kerjaya.
Ibu bapa kita memberi sepenuh kepercayaan kepada anak-anak untuk berjaya dalam pendidikan. Maka kita harus memberi peluang kepada diri untuk berjaya.
Seperti anda menyemai pohon karas, 5 atau 7 tahun barulah dapat gaharunya. Lebih lama, lebih tinggi nilainya.
Masa pohon itu kecil, ia mudah patah, layu dan bantut. Fasa ini memerlukan lebih tumpuan untuk tumbesaran. Sampai masanya ia akan matang.
Bila akarnya teguh, cabangnya menjulang ke langit, masa itu pohon sudah bisa berdiri dengan sendiri. Anda boleh berteduh di bawahnya.
Sama seperti kerjaya, anda perlukan masa untuk berjaya. Mungkin perlukan seumur hidup anda.
Leave a Reply